50 | Death

2.2K 137 4
                                    

"C-Castor." Tergagap gagap Olive berkata pada yang lain sambil jari telunjuknya menunjukkan pada kepala Castor yang terpisah dari tubuhnya.

Jam 7.30 pagi, jeritan Olive dari hutan mengejutkan seluruh penghuni rumah Nash yang sedang bersarapan itu.

Mereka tergesa gesa menuju ke arah Olive dan apabila mereka tiba di sana. Olive sudah pun terduduk sambil menggigil melihat keadaan Castor.

Frost sudah awal awal lagi dibawa menjauhi tempat itu, risau jika perkara ini akan merosakkan kesihatannya.

" Tak de siapa ke yang sedar Castor keluar dari rumah? " Soal Ariella selaku yang paling matang di situ. Rata rata dari mereka hanya menggelengkan kepala.

"Ariella, Kai dah mula berani serang tempat kita. Lepas Sya diculik, Castor pula dibunuh. Lepas ni apa pulak? " Acrux memicit micit kepalanya lalu bersandar pada sebatang pokok.

Pak!!

Tersentak Dragna apabila tubuhnya dipercikkan sesuatu. Apabila melihat darah yang dipercikkan, dia segera mencari puncanya.

Dragna tergamam, dia menunjukkan keadaan Acrux itu kepada yang lain.

Mata mereka kemudian tertumpu ke arah Acrux, melihat keadaan Acrux itu mengalir air mata Rys.

"A-Abang... " Rys cuba menahan dirinya daripada menangis teresak esak, pandangannya mula kabur dan akhirnya dia jatuh pengsan.

" Catrina, bawak dia balik. Tolong pantau sekali keadaan rumah. "

Tanpa sebarang bantahan, Catrina terus menghilangkan diri bersama Rys.

Dragna pula dengan berhati hati menuju ke arah Acrux, keadaan Acrux tidak ubah seperti Castor. Kepala terpisah dari badan.

Bella juga turut berada di situ selepas mendapat tahu akan kehilangan Sya, dia terus menggunakan ability nya untuk memantau hutan itu jika terdapat sebarang perangkap lain.

" Apa kita nak buat sekarang? " Soal Olive dengan takut.

" Kita akan semadikan mayat mereka berdua dulu. Lepas tu baru lah kita fikir apa yang perlu dibuat. " Keputusan Violet mendapat persetujuan dari mereka semua.

" Kita dah kehilangan sumber maklumat kita. Kita dah hilang hacker terbaik kita. " 

" Arean mana? "

" Arean pergi panggil lost keys, Octarius tak dapat digunakan memandangkan Sya dalam keadaan sangat lemah. " Bella berkata perlahan. Langsung tidak seronok dengan keadaan sekarang.

Octariusnya dipandang sepi, sungguh Lost Keys tidak berguna tanpa Sya.

" Octarius patutnya boleh digunakan tapi Sya dah connectkan kami semua dengan dia supaya dapat berhubung dengan lebih jauh. Tapi sumber tenaganya bergantung kepada Sya. " Olive menyambung.

Tok tok tok!!

Ketukan di pintu mematikan perbincangan mereka, masing masing mengangkat bahu. Tidak terfikir akan siapa yang bakal mengetuk pintu.

Catrina sebagai wakil mereka, membuka pintu dengan perlahan. Kepalanya diintai keluar melihat gerangan yang mengetuk itu.

" Guys, Kita dalam masalah!! " Catrina dengan tergesa gesa menutup kembali pintu rumah dan kembali pada mereka.

Beberapa kepingan gambar Alanstia's Greatest Warrior dan rakan Sya di sana dipangkah dengan warna merah.

" Mereka dalam bahaya. " Frost mencelah.

" Apa kita nak buat? Mereka tak boleh ke sini atau kewujudan Sya akan terbongkar. "

" Dan kita tak boleh biarkan mereka mati. "

" Kalau kita gunakan galaxy wall? "

" Tak boleh juga, Kai berkebolehan untuk teleport masuk. Jadi galaxy wall tidak dapat menghalang."

" Okay macam ni, kita akan tunggu lost keys ke sini dulu. Barulah kita bincang dengan kebolehan masing masing. " Ariella bertindak untuk menenangkan mereka semua. Jika mereka terus begini, mereka akan hidup dalam ketakutan malah semangat untuk berlawan juga akan pudar.

" Harap haraplah ni berkesan. "


Finally,

boleh jugak update walaupun

Storyline dah banyak lupa

Hehehehehe

Uncontrobler Power 2 √Kde žijí příběhy. Začni objevovat