33 | Kai Izay

2.6K 181 8
                                    

Suasana yang hening di tanah lapang itu ditemani dengan bunyi buruk gagak. Suasana bertambah seram apabila masing masing dengan aura gelap tersendiri.

Maira melangkah maju kehadapan bagi mengetuai peperangan tersebut, Kai yang berada di hadapannya dipandang tanpa rasa gentar. Malah hanya dendam saja yang membara.

Elly memandang ke sekeliling mereka. Hairan apabila tiada satu pun tentera Kai kelihatan. Matanya beralih pada Shuu pula namun jawapan yang sama dia perolehi.

" Kenapa aku rasa tak sedap hati. " Ujar Ellin sendiri. Dia memandang ke arah Maira yang semakin dekat dengan Kai.

Kini, jarak antara Maira dan Kai hanya beberapa meter sahaja. Kai langsung tidak menunjukkan sebarang riak takut malah hanya tersenyum sinis.

" Sya, something wrong. Tentera Kai takde kat sini. " Dragna yang berada pada tempat yang tinggi itu mula memberi laporan. Bukan sahaja dia, malah Arean dan Catrina juga turut hairan.

" Ariella, Violet, pergi periksa bandar Alanstia. Move move! "

Tanpa banyak kata, Ariella dan Violet bergerak dari posisi masing masing dan terus memecut ke Alanstia.

" Maira, jaga jaga. Ada sesuatu yang tak kena. "

" Wow, ada apa ramai ramai ni datang. " Kai memulakan perbualan.

" Apa rancangan kau! " Maira berkata lantang. Setiap kali dia melihat Kai, setiap kali itu juga dia melihat kegagalannya sebagai seorang ketua.

" Kalau aku bagitahu rancangan aku, habislah aku. " Kai berkata dengan sarcastik.

Nash dan Luke berdecit kegeraman, lalu membuang pandangan ke arah hutan yang berdekatan. Membulat mata mereka apabila melihat pokok disitu mula membesar.

Luke memandang ke arah langit yang semakin gelap pula.

" No way! "

" Sya, illusion magic! " Luke berkata dengan cemas kepada Sya. Nash memandang ke arah Luke lalu menganggukkan kepalanya. Kelibat mereka berdua hilang dari pandangan dengan sekelip mata.

Dragna dan Catrina yang mendengarnya turut tersentak dan dalam masa yang sama dia hairan. Untuk apa Kai gunakan illusion magic.

Ellin memandang ke arah langit yang kian gelap, mungkin hujan akan turun tidak lama lagi. Dia memandang kembali Maira dan Kai yang sedang bertekak itu.

" I got it! Guys, kita kena berundur. Now, now!! " Mereka yang mendengar terus menjadi panik termasuk Maira. Tidak faham dengan apa yang berlaku.

" Tidak begitu mudah. "

Langit yang gelap menjadi cerah semula tetapi diganti dengan batang pokok yang menjalar dan menghasil satu perangkap.

Pelbagai usaha dilakukan mereka untuk menghancurkan batang pokok itu namun tidak berhasil.

" Kita dah terperangkap. Lost keys, berundur dahulu. " Gesa Sya. Mereka tidak mampu membantah, namun terus meneleporkan diri jauh dari situ.

Pada awal rancangan, lost keys akan muncul sebagai backup jadi kedudukkan mereka agak jauh. Akibatnya, mereka lebih senang melepaskan diri.

" Tak boleh, tenaga aku dah takde. " Ujar Zein dengan termengah mengah. Tenaga mereka hilang dengan mendadak setiap serangan yang dilakukan.

Tubuh mereka seakan menjadi lumpuh, tidak mampu digerakkan.

" Apa yang jadi?! " Ujar Lena dengan cemas apabila melihat tubuhnya sedikit demi sedikit menghilang.

Perkara yang sama turut berlaku pada semua yang berada di dalam perangkap itu.

Sya yang turut berada di tempat yang tinggi hanya mampu melihat hingga saat terakhir dengan air mata yang berjurahan.

" Tak, tak mungkin. " Dragna berkata dengan cemas sambil berjalan mundar mandir di ruang tamu itu. Jelas getaran di tangannya akibat takut.

Kesemua mereka terdiam kerana masih lagi terkejut dengan apa yang terjadi. Kini, bilangan mereka sudah berkurang. Peratusan untuk menentang Kai kini semakin menurun.

Arean meraup mukanya dengan kasar manakala Nash dan Luke sudah tidak mampu untuk bersuara. Langsung tidak terfikir untuk membuat lawak saat itu.

" Kita dah kalah. "

Uncontrobler Power 2 √Onde histórias criam vida. Descubra agora