16 | Crystal Lake

2.8K 223 7
                                    

"Woah." Ternganga mulut Ellin apabila melihat tasik yang besar di hadapan matanya. Tasik itu bukan sahaja besar malah bersinar sinar bagaikan kristal.

"Tempat yang sesuai untuk berehat." Ujar Riana pula.

Rumput yang lembut menjadikannya tempat yang sesuai untuk Riana merehatkan diri. Langit yang biru menjamu pemandangannya. Angin yang sempoi sempoi bahasa menjadikan suasana nyaman.

Setelah puas menatap tasik kristal itu, Ellin mula mengutarakan soalan.

"Apa maksud Sya,jalan yang penuh dengan misteri?" Soal Lena lalu memandang Arean.

"Kau masih tidak faham?" Soal Arean lalu tergelak kecil.

Dia mengeluarkan sejenis alat yang berbentuk cengkerang lalu mula meniup.

Bunyi merdu yang terhasil itu menarik perhatian mereka semua. Riana yang sudah terlelap membuka mata. Dia tidak dapat mengabaikan bunyi yang merdu itu.

Setelah Arean habis meniup,Lena mula bertanya. "Apa benda tu?"

"Ini namaya Octorius. Sejenis alat music yang dicipta oleh Sya sendiri." Terang Arean lalu tersenyum.

"Tapi untuk apa?"

Bertambah lebar senyuman Arean. Tasik yang tadinya tenang memercikkan air.

Arean tergelak sendiri melihatnya lalu menunjukkan ke arah tasik itu.

Seekor atau seorang duyung sedang melompat bagaikan dolphin sebelum berenang ke tepi tasik.

"Olive"

Gadis duyung yang dipanggil sebagai Olive itu tersenyum manis. Ekornya yang berwarna putih biru berkilauan itu mula bertukar menjadi sepasang kaki.

"Arean!!" Gadis yang bernama Olive itu menjerit kegembiraan lalu melompat ke atas Arean.

Arean juga turut ketawa. Entah mengapa, mereka yang melihat itu tersenyum. Tersenyum melihat keakraban mereka berdua itu.

"Kenalkan, ini Olive. Salah seorang kawan Sya juga." Ujar Arean setelah ketawanya reda. Dia menghulurkan tangan kepada Olive untuk membantunya berdiri.

"Hye!!" Sapa Olive dengan ceria.

"Auch." Arean berdecit kesakitan perlahan. Dia menyelak baju yang menutupi lengannya.

Sebuah kelopak biru mula kelihatan di sebelah kelopak merah. Dalam diam dia tersenyum sendiri.

'Lima saja lagi.'

"Sebenarnya aku masih tak faham. Macam mana Sya boleh kenal korang dan pergi ke Younre Forest dalam masa yang singkat sedangkan sejak kitaorang sampai ke Alanstia dua tahun lepas, kitaorang selalu dengan dia." Ellin menyuarakan persoalan yang bermain di mindanya.

"Ada lagi yang kau tak tahu tentang Sya." Ujar Arean.

"Maksud kau?" Airin yang mendengarnya mula tertarik.

"Selama ni, Alanstia adalah rumah Sya sebelum dia dicampak ke bumi. Sya berada di sini sudah lama tetapi disebabkan dia masih kecil, memorinya di Alanstia dan bumi tidak dapat bersatu dengan baik."

"Maksudnya, dia hanya ingat memorinya tentang Alanstia jika dia di Alanstia dan memorinya perihal bumi jika dia dibumi." Terang Arean lalu mencampakkan lagi sebiji batu ke dalam tasik kristal.

Olive yang dari tadi memerhatikan tingkah laku Arean sudah tidak dapat menahan perasaan. Lantas dia menyekeh kepala Arean beberapa kali.

"Berapa kali aku nak cakap,jangan baling batu ke dalam tasik. Kaum aku boleh terkena batu tu kau tau." Ujar Olive dengan geram. Ingin saja dia menghempuk kepala Arean dengan batu besar supaya dia rasa apa yang kaumnya rasa.

Frost turut tergelak melihat Arean diperlakukan seperti itu. Matanya dan Olive kini bertembung. Sebuah kenyitan diberikan kepada Olive manakala Olive sedaya upaya menahan dirinya daripada memberi tindak balas yang melebih.

'Nice to meet you again, Olive.'

Uncontrobler Power 2 √Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin