31 | Castor

2.6K 192 6
                                    

Sya tersenyum sinis memandang hutan di hadapan rumahnya. Meskipun gelap tetapi ianya langsung tidak menghalang penglihatan Sya walaupun sedikit.

Bunyi cengkerik memeriahkan malam yang sunyi itu.

Tangan Sya dibawa ke hadapan lalu digenggam erat dan menyebabkan letupan terhasil.

Seorang lelaki melompat keluar dari hutan itu lalu mendarat di belakang Sya. Kini dia dikepung pula Sya, Luke dan Nash.

" Siapa yang hantar kau? " Soal Nash mendatar dengan tangan yang disilang.

" Kau tau siapa. " Ujarnya dengan sinis.

Luke yang baru ingin membuka mulut segera ditutup oleh tangan seseorang. Meronta ronta dia apabila tangannya turut dikunci.

"Awal balik. " Tegur Sya.

Dragna dan Catrina hanya tersenyum. Tangan Dragna yang menutup mulut Luke masih tidak dilepaskan.

Lelaki tadi tersenyum sinis melihat Sya dan yang lain langsung tidak menumpukan perhatian kepadanya. Bom gas dilepaskannya, terbatuk batuk mereka semua.

" Bukan pilihan yang bijak. "

Arean tiba bersama cakera apinya yang mengelilingi lelaki itu. Setapak Arean ke hadapan, setapak lelaki itu berundur.

Degupan jantung Castor berdengup kencang apabila cakera itu betul betul mengelilinginya.

" Kai hantar kau? " Soal Catrina sambil menutup hidung. Tidak tahan dengan bau gas itu.

" Jawablah! " Jerkah Luke melihat lelaki itu hanya mendiamkan diri.

" Apa nama kau? " Cakera didekatkan dilehernya.

" Castor. "

" Goodbye Castor. " Sebatang anak panah menusuk jantung Castor. Arean menggelengkan kepala apabila mata mata kini memandangnya.

" Ini takde dalam rancangan. " Ujar Arean.

" Aku tau. " Sya memandang ke atas bumbung rumahnya. Elly dengan kerudung hitamnya mendarat di hadapan Sya lalu menarik panahnya dan menghalakan ke arah Sya.

Rakan rakannya tidak dapat menolong apabila Sya memberi arahan untuk tidak masuk campur.

Sya tersenyum memandang Elly walaupun wajah Elly kelihatan dingin. Tiada secalit senyuman yang menghiasi wajahnya. Elly betul betul seram dibandingkan dengan sebelum ini.

" Macam mana kau boleh jumpa aku. " Soal Sya dengan tenang. Tidak terfikir akan dirinya yang bakal ditarik nyawa.

" Ellin dengan Ai. " Sya menjawab pertanyaannya sendiri.

" Kau dah bunuh beast yang berkeliaran dekat Alanstia? "

" Oh ye, Shuu dengan Shuri dah selesaikan. "

" Sorry. " Akhirnya terluah juga ungkapan maaf dari Sya setelah beberapa minit mendiamkan diri. Elly yang mendengarnya juga terkedu.

" Sorry sebab buat korang risau. "

Elly menurunkan busur pemanahnya dengan tubir mata yang berair.

Sya tersenyum lalu menarik Elly ke dalam pelukkannya. Jujur dia akui, dia rindu pada rakannya yang lama. Ingin saja dia memunculkan diri.

Tapi dia sedar, mereka akan diburu Kai. Semuanya akan sia sia saat nyawa mereka diancam.

" Huwaaa, sedihlah cerita korang. " Nash sudah menangis teresak esak lalu memeluk Luke disebelahnya.

" Macam perempuan lah kau ni. " Marah Luke lalu menolak Nash menjauhinya. Padahal matanya juga sudah berkaca.

Dragna, Catrina dan Arean tergelak kecil.

" Hazel. " Panggil Elly.

Seorang gadis bermata Hazel keluar dari semak berdekatan. Segera dia berlari ke arah lelaki tadi. Anak panah ditarik kasar, darah membuak buak keluar.

Hazel melekapkan tangannya bagi menghentikan pendarahan. Mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu.

Sekelip mata, luka itu sembuh.

Hazel mencapai kotak tisu yang dihulurkan Dragna. Beberapa helai tisu ditarik untuk membersihkan tangannya yang kotor akibat darah Castor.

" Jijik. " Hazel berlari menuju ke pili air yang berada di luar rumah.

Mata Sya memandang ke arah Castor yang cuba untuk bangun. Dia mendekati Castor lalu menghulurkan tangan untuk membantunya bangun.

Tergamam Castor melihat kebaikkan Sya. Tanpa ragu ragu dia menyambut huluran itu.

Tanpa banyak kata, leher Castor di cekik pula oleh Sya. Sya langsung tidak menunjukkan belas kasihan.

Castor diangkat tinggi dan dia cuba menarik tangan Sya yang mula menjerut lehernya dengan kuat. Terbatuk batuk Castor cuba mengawal nafasnya yang tersekat sekat.

Castor dicampak tepi dan jelas dia cuba menahan sakit apabila diseret pada tanah yang berbatu.

Sya menarik baju Castor dan memaksanya untuk berdiri menghadap Sya.

" Mana Frost? " Tajam mata Sya memandang Castor yang sudah lemah. Namun Castor masih tidak mahu membuka mulut.

" Peluang terakhir, mana Frost ? "

Sya berdecit lalu mencampak Castor pada pokok. Kekuatan yang digunakan Sya menyebabkan beberapa pokok di situ patah.

Castor terbaring lemah, mulutnya mengeluarkan cecair merah yang banyak.

Setelah Sya masuk ke dalam rumah, segera Catrina berlari ke arah Castor.

" Kau patut bagitahu je mana Frost. " Ujar Catrina kepada Castor.

" Adik aku jadi tebusan Kai, kau rasa aku akan bahayakan nyawa adik aku? " Sinis kata kata Castor lalu meludah darah di dalam mulutnya.

Catrina melepaskan nafas berat lalu menghentak kepala Castor.

" Sorry Castor. "



Uncontrobler Power 2 √Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang