57 | A Future

1.8K 119 7
                                    

Sehari sebelum bulan mengambang, Sya dan rakan yang lain masih lagi mempersiapkan diri masing masing.

Lawan mereka kali ini bukanlah seperti Vold yang hanya menggunakan darkness tetapi Kai yang turut menggunakan teknologi bumi.

Bang!

Bang!

Bang!

Catrina mengelak setiap serangan itu dengan lincah. Matanya mencari arah tembakan itu.

" Dragna, kau hampir bunuh aku tahu tak? " Ujar Catrina dengan marah setelah melihat Dragna sambil memegang selaras sniper.

" Kenapa nak marah? Kau tak larang aku pun serang dari belakang dan kau tak cakap pun aku boleh serang kau dalam gelanggang je. Lagipun, bukan ke puak darkness boleh serang secara mengejut macam ni? "

Catrina mengetap gigi menahan marah. Dia tidak boleh buat apa jugak, lagipun memang itu yang dia pernah katakan kepadanya.

" Catrina, aku nak cakap sikit. " Ujar Sya yang baru muncul.

" Aku pergi dulu. "

" Kau nak cakap apa? "

" Dari dulu lagi aku terfikir kenapa nama kau serupa puak lynx sedangkan kau kata kau dari puak mermaid. Kau tipu kan bila kau cakap kau dari puak mermaid? "

Catrina terkedu, tidak sangka rahsianya terbongkar hanya disebabkan nama.

" Patutlah segala gerakan kau lagi lincah dari daripada yang lain. Tapi kenapa kau kena tipu? "

" Sya, kau tak tahu apa apa tentang Lynx. Sejak kecil, kami dilatih untuk berburu tapi langsung tidak dapat turut serta dalam perang. Berbeza dengan mermaid, hanya disebabkan mereka salah satu kaum kerabat mereka dibenarkan perang? Nonsense. "

Sya mendiamkan diri mendengar penjelasan seterusnya.

" Aku tak puas hati tentang tu, aku suka perang. Tugas aku bukan hanya dalam puak. Sya, Alanstia tidak adil. Percaya cakap aku. Satu masa nanti, akan ada seseorang yang melanggar undang undang Alanstia. "

Sya hanya memandang kepergian Catrina, dia tahu siapa yang Catrina maksudkan tu.

" Shuu dan Shuri, aku nak kauorang berdua pergi arahkan orang kampung berpindah ke tempat yang lebih selamat. "

"Roger! " Ujar mereka berdua serentak.

"Hazel, pastikan tiada perangkap yang dipasang. "

" Kita akan buat tiga barisan penyerang, Greatest warrior dan team Ariella akan berada di barisan hadapan. Barisan kedua pula terdiri daripada tentera istana dan pelajar akademik yang terlatih. Barisan penyerang yang ketiga akan terdiri daripada pasukan memanah yang diketuai Elly. " 

Tiada bantahan daripada mereka disitu. Kurang daripada 48 jam, tentera Kai akan mula menyerang. Mereka perlu menyusun strategy yang terbaik agar perkara yang sama tidak berulang.

" Pasukan pertahanan akan berada di belakang sekali. kita akan mempersiapkan tentera tambahan dan para healer di situ."  Fawn menambah.

" Dragna--"

" Aku akan berada di barisan pertahanan yang pertama. " Dragna memotong kata kata Catrina. Dia tidak mahu berada bersama marksman yang lain mahupun di barisan penyerang kedua. Dia perlu bantu Sya mnghabiskan perang ini. 

"Kita akan pastikan, ini perang yang terakhir di Alanstia. "

"Macam mana dengan perbincangan tadi?" Sya menyoal Dawn yang baru mengambil tempat di sebelahnya. 

"Bagus, tiada apa apa perbalahan. " Dawn mengukir senyumannya. 

"Lepas perang ni nanti, kau dah buat keputusan untuk ke mana? " 

" Aku ingat nak jadi macam dulu, aku nak merantau seluruh Alanstia dan tolong orang putus asa. " 

" Kau tak nak cuba terlibat dengan assassin? " Soal Sya kosong. Hanya mengisi kebosanan malam.

" Tak nak lah aku, cukuplah aku hanya membunuh dalam diam. "

Sya tergelak mendengar Dawn itu. " Memang itulah yang aku harapkan dari 'si gadis putih'. Innocent macam malaikat tapi sebenarnya berbahaya dalam diam."

"Macam mana dengan kau? Kau akan terus di Alanstia atau tak? "

" Aku pun tak tahu. Lepas je perang tu nanti, seluruh Alanstia akan tahu kewujudan aku kembali termasuk yang lain. "

" Aku rasa kau patut dengan yang lain semula. Macam dulu Sya. " Ujar Dawn lalu memejamkan matanya. 

Sya terdiam seketika lalu meneleportkan dirinya dari situ.

"Macam dulu? Aku pun nak macam dulu kalau boleh. "

Uncontrobler Power 2 √Onde histórias criam vida. Descubra agora