"Apa datin merepek ni? Saya takkan terima Imdad". Kataku perlahan.

Uncle Wan ketawa sinis.

"Boleh percaya ke? Bukan semua jantan kau layan?" Berdesing telinga aku mendengar kata - kata lelaki tua itu. Kalau bukan disebabkan aku masih hormatkan dirinya, memang mati juga orang tua ni kena belasah dengan aku!

"Widya, apa yang susah sangat? Aku sendiri semalam dah jumpa mama kau. Dia sendiri kata tunggu keputusan kau. Dia ikut aje. Kau terima ajelah. Apa yang Raf ada aku juga ada. Malah aku boleh jaga kau lebih baik berbanding bad boy kesayangan kau". Katanya sinis.

Aku ketap gigi.

"Aku takkan terima kau sampai aku mati sekali pun!" Bentakku.

Aku ingatkan duduk di rumah sudah selamat daripada bertemu dengan orang seperti Imdad dan Uncle Wan. Rupanya sangkaanku meleset. Sama sekali salah!

"Widya, bertenanglah. Imdad cintakan Widya. Takkan Widya tak nak?" Tambah Aunty Aliesha lagi.

Hatiku mula rasa meruap panas. Menggelegak saja.

"Dia tentu pandang harta anak kita, Sha. Raf tu bukannya bodoh. Semua benda dia tak tahu buat. Mustahil perempuan macam dia ni mudah - mudah terima Raf". Celah Uncle Wan pula.

Aku ketap gigi.

Pantang betul aku bila orang tuduh aku sebegini. Aku bukannya pisau cukur! Selama aku bertemu dengan Raf, tak pernah aku minta duit dia walau satu sen pun!

"Widya..."

"Aku tak nak lah dengan harta anak kau tu! Aku cuma cintakan dia je. Aku nak dia. Bukannya harta dia. Nanti mati pun bukan boleh angkut harta tu masuk kubur!" Tengkingku.

"Tapi Imdad cintakan Widya".

"Anak datin pun cintakan saya!" Tempelakku lagi. Geram betul aku.

Anak dia cintakan aku dia tak nampak. Apa yang dia nampak anak saudara mereka sahaja. Pentingkan orang lain berbanding anak kandung. Mak ayah apa mereka ni?

Pandanlah Raf tak suka dua - dua!

Imdad ketawa sinis.

Dia bangun mendekatiku. Tanganku ditariknya kasar.

"Kau ikut aku". Arahnya.

"Tak naklah. Ni rumah aku. Kau jangan buat berani sangat!" Tengkingku lagi.

Kalau dia berani buat macam - macam memang aku tak akan teragak - agak nak panggil abang. Biar abang aku belasah dia sampai lebam!

Imdad mencengkam rahangku kasar. Matanya tajam memandang wajahku.

Aku tak takut!

"Kau memang bodoh sebab percayakan Raf bulat - bulat. Kau tak tahu Raf tu ada sebab dia cintakan kau. Kau lembab". Cemuh Imdad.

"Biarlah aku bodoh sebab cintakan Raf. Daripada aku jadi tak berotak sebab cintakan kau". Tukasku sinis. Kalau di sekolah mungkin aku takut untuk melawannya kerana dia sentiasa dilindungi oleh ayah saudaranya. Tapi di sini aku takkan takut. Ini rumah aku. Abang aku ada.

"Kau perempuan sundal, kalau orang nak terima ajelah. Jangan acah - acah suci sangat. Kau tu pun hina!" Sejurus itu hujung bibir aku diciumnya. Api amarahku sudah membuak - buak naik.

Terleleng terus wajah Imdad bila menerima tamparanku.

Ya kalau betul pun aku hina... Kenapa dia masih sibuk nak terkejarkan aku? Berhenti ajelah!

"Kau berambuslah Imdad! Aku takkan terima kau sampai aku mati! Aku benci kau!" Herdikku. Air mata jatuh menitis membasahi wajahku.

Sakit hatiku melihat pandangan jelik dan sinis kedua ibubapa Raf. Kenapa mereka layan aku sehina ini?!

Her  Bad Boy - [ɌȺF]Onde histórias criam vida. Descubra agora