Qhalish yang sudah tertidur lena terus di cempung lalu dibawa ke bilik tidur Qhalish. Qhalish diletakkan pada katil selimut anaknya itu ditarik hingga ke paras bahu. Dahi anaknya dikucup lagi sekali.

"Sleep tight honeybear..." Sempat lagi dia berbisik pada telinga Qhalish sebelum dia beredar dari bilik itu.

"Dah tidur ke Qhal ?" Qashaff yang baru saja keluar dari bilik itu terkejut mendengar sapaan seseorang dari belakangnya. Serta-merta refleksi tubuhnya berpaling ke belakang.

"Bongok !" Marah Qashaff sambil mengurut dadanya. Jantung dia bagaikan tercabut rasanya. Nasib dia tak ada penyakit jantung kalau tak jadi arwah dalam rumah ni.

Qayrel hanya menayangkan gigi putihnya yang tersusun cantik.

"Sorilah bro... Manalah aku tahu kalau kau terkejut dengan kedatangan aku ni. Qhal mana ?" Qayrel mencari-cari kelibat anak buahnya.

"Dia ada dalam bilik. Tidur. Yang kau terpacak dekat rumah aku ni buat apa ? Dah buang tabiat ke ?"

"Aih, menghalau nampak ?"

"Bukan itu yang aku maksudkan. Yalah kau bukannya selalu datang rumah aku lagi-lagi lewat malam macam ni."

"Takdelah, aku malas nak duduk kat rumah tu. Mommy tu asyik nak pot pet pot pet je... kerjenya. Ni telinga aku ni dah bernanah dengar dia membebel. Bukan setakat bernanah, ni jiwa aku pun tak tenang." Komplen Qayrel lalu dia melabuhkan punggungnya di atas sofa bersama keluhan berat dihembuskan. Qashaff masih tetap dengan pendiriannya. Mukanya tidak ada secalit senyuman.

"Kau dah cari calon ke ?" Tanya Qayrel membuatkan Qashaff berpaling ke arahnya.

"Calon ape bendenye..."

"Calon isteri kau lah ngek ! Takkanlah calon pekerja ! Kau ni... Nak aku lempang ke ape ?" Geram Qayrel lalu mendengus kasar.

"Kau rasa kau dah tahu kan jawapan aku selama ni. The answer still the same nothing change. Pintu hati aku ni dah tertutup rapat Qay dan mustahil ia akan terbuka kembali. Bukan senang nak lupakan semua peristiwa tu. Aku dah cuba untuk lupakan tapi apa yang aku dapat ? Aku dapat mimpi peristiwa tu berulang-kali. Apa lagi kau nak suruh aku buat Qay ? What should I do to destroy this freaking memories huh ?" Luah Qashaff. Kepalanya di tunduk kebawah. Fikirannya serabut. Buntu.

Mengapa dia tidak dapat melupakan perempuan yang telah memberi kesan luka pada dirinya.

Qayrel terdiam seketika lalu kepalanya digeleng beberapa kali. Sedih dia melihat penderitaan abang dia. Sudahlah ditinggalkan oleh kekasih buat selamanya.

"Totally yes, I know your answer. But could you think sampai bila kau jadi macam ni ? Seksa perasaan sendiri ? Come on lah... Angah... You have to move on. Roda takkan berhenti selagi dia belum betul-betul sampai di tempatnya."

Qashaff masih diam tidak berkutik.

"Enough blaming yourself, Angah. Kau tu seharusnya fikir tentang Qhalish tu. He need a mother. Love from a mother. Don't you pity of him ? Please for the sake, please don't make him to be sad. Kau janganlah fikir tentang perasaan kau sorang je tapi fikir juga lah perasaan Qhalish. He need you for the most. He need you to support him." Terang Qayrel dengan matang lalu memberikan renungan penuh harapan pada Qashaff. Hati kecilnya selalu berdoa agar pintu hati abangnya terbuka dan kebahagiaan abangnya.

"Insyaallah, kau doakan je aku supaya dapat jodoh."

"Kalau doa je tanpa usaha buat ape. Lebih baik kau bujang telajak sampai tua !"

KELETUK !

Ha... Dapat satu. 

"Sakitlah bodoh !" Adu Qayrel sambil menggosok kepalanya yang sakit akibat di ketuk dengan Iphone 11+ Qashaff.

"Doa tu baik-baik sikit lain kali." Geram Qashaff.

Adakah patut adik dia ni doa dia tak kahwin sampai ke tua.

"Yalah... But you have to promise first kalau nak aku doa baik-baik."

"Hm. Ape bendenye promise ?"

"Haih, cakaplah janji dulu bro !"

"Yalah... Yalah... janji. Dah puas hati !" Qashaff mengalah. Tangannya disilang ke dadanya. Apa benda adik dia ni nak cakap ? Jangan kata jadi pembunuh upahan sudah.

Qayrel tersenyum kambing. Sementara Qashaff sudah berasa hairan dengan senyuman Qayrel.

Seram je...Dia tengok Qay ni.

"Dalam masa tiga bulan aku cabar kau cari calon kakak ipar aku. Kalau tak... Aku gelar kau ni pengecut hati batu lepas tu aku takkan tegur kau. Apa macam ? Deal ?"

Membulat mata Qashaff. Apa?! Cari calon kakak ipar? Dalam masa tiga bulan! Kejap dia salah dengar ke ni?

"A.apa? Apa kau cakap tadi?" Soal Qashaff menginginkan kepastian.

"Cari calon isteri kau dalam masa tiga bulan. No excuse dah janjikan tadi. Kalau mungkir berdosaa...." Sedas Qayrel sambil tersenyum kemenangan.

Whaat the freak !

Menyesal pula dia berjanji tadi. Tulah... siapa suruh kuat mengalah dengan adik sendiri. Kan dia dah naik kepala.

Dia memandang Qayrel dihadapannya. Geram dia melihat adiknya itu. Sudahlah bersalah boleh pula dia berwajah selamba badak. Nak je aku bagi penampo dekat dia tu!

"Kau ingat benda kahwin ni boleh dibawa main-main ke? Kalau sebulan kahwin tak kenal hati budi masing-masing lepas tu cerai-berai macam mana? Tak ke niaya aku! Aku nak kahwin sekali je sekali seumur hidup." jelas Qashaff.

"Sebab tu aku buat kau macam ni. Nak harapkan kau usaha sendiri matlamatnya aku tak merasa kau naik ke pelamin. Macam ni je kau ni ada rupa, hensem, badan sado, maskulin takkan seorang gadis pun kau takde. Tak percaya aku."

"So good luck ! Aku nak naik atas dulu. Nak tidur. Esok dah nak ambil Lisa di airport. Good night." Pamit Qayrel dan meninggalkan Qashaff bersendirian.

Qashaff menetap bibirnya dengan dengan geram. Keluhan kasar dihembuskan.

Menyesal tak berguna. Dah terlanjur. Kata orang 'terlajak perahu boleh undur, terlajak kata... Inilah padahnya.'

⚜️❣️⚜️

Hai ! Korang ! Apa macam part ni ? Ha... ada watak baru ke korang baca kat sini ? Lisa ? Siapa Lisa ? Bagi readers, sila teruskan baca novel ni. Tentang Lisa korang akan tahu selepas bab ni.

Jangan lupa bagi komen plus vote yer...

Tolong Lindungi Dia Where stories live. Discover now