"Yang tu Iya beli."Bibirnya dijuih ke arah plastik di tangan Faqira."Yang ni Mak Ani belanja.Nah,"Pisang goreng ditangan Mak Ani diambil sebelum duitnya dihulur.

"Terima kasih Mak Ni."

"Sama-sama."

Mak Ani memulangkan baki duitnya sambil matanya meliar seakan mencari sesuatu."Abang Fiq mana ?"

Bibir Faqira dimuncungkan ke arah rumahnya."Abang main Lego sorang-sorang."

"Laa kenapa tak teman Iya ?"

Kedua-dua bahu dijongket tanda tidak tahu. Selalunya kalau nak ke mana-mana pasti abangnya tu akan teman. Walaupun nak pergi tandas sekalipun.

"Okaylah Mak Ni. Bye !" Lambai Faqira sebelum berlalu pergi. Pisang goreng ditangannya dikunyah perlahan. Tak diingati langsung pesanan abangnya tadi.

"Ehem."

Faqira memandang seorang lelaki yang sedang berdiri di sebuah pokok lantas dia menghadiahkan senyuman pada abang tersebut. Namun langkahnya terhenti apabila disapa.

"Beli apa tu dik ?"

Faqira menunjukkan plastik bungkusan di tangannya."Pisang goreng."

Lelaki itu mengangguk seraya tersenyum manis."Abang nak satu boleh ?"

"Boleh !" Ujar Faqira mesra lalu segera dia membuka plastiknya. Namun belum sempat dia mahu mengeluarkan seketul,terasa tubuhnya melayang diangkat seseorang.

"Ajiq ! Cepat Jiq !"

Jeritan Faqira berjaya menarik perhatian abang Fiqri dan Mak Ani. Sempat dia lihat abangnya yang berlari untuk mendapatkannya sebelum dia dibawa masuk ke dalam sebuah kereta.

"Abang-"

Faqira pengsan tatkala terhidu bau cecair kloroform. Yang dia nampak ada satu susuk tubuh budak lelaki yang sedang tidur dikerusi belakang sebelum pandangannya gelap.

***

Faqira terjaga saat terasa kakinya disentuh oleh tangan kasar seseorang. Kepalanya yang sakit membuatkan Faqira mahu menangis di situ juga. Dengan bau yang pelik dan busuk di sekitarnya. Dengan suasana bilik yang tampak suram.

"Kau hidup lagi ?"

Spontan kepala Faqira menoleh ke belakang. Memandang seorang kanak-kanak lelaki yang turut memandangnya dengan keadaan tangan diikat dibelakang. Nampak sangat..

Mengerikan.

"Kenapa..Kita kat sini ?"

Belum sempat budak lelaki itu menjawab. Terasa pintu biliknya dibuka kasar sebelum dimasuki oleh satu susuk tubuh yang tak berbaju. Di wajahnya terlakar senyuman yang menakutkan dihadiahkan buat Faqira.

Serta-merta Faqira menggigil ketakutan saat melihat seorang kanak-kanak tak berpakaian di satu sudut di luar biliknya. Wajah lelaki itu dipandang.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now