"Kau jangan gunting tangan aku pula."

"Tak."

20 saat kemudian..

"Lamanya cepatlah."

"Kejap lagi sakit."

"Lagi sakit ?"

Faqira terdiam sebelum tersengih."Lagi sikit."

"Dah cepat." Serentak tali putus. Razif segera membuka ikatan kakinya sebelum tali di tangan dan kaki Faqira dibuka. Dibuat dengan tergesa-gesa kerana dia dapat merasakan lelaki itu akan datang dalam masa terdekat.

"Sian tangan abang merah."

"Kau lah ni lambat sangat."

"Hahahaha kejap lagi dia datang ambil-"

Faqira dan Razif sambil berpandangan tatkala terdengar sayup-sayup suara abang besar tadi. Serta-merta kedua-duanya cuak. Rasanya macam tak sempat nak lari.

"Abang-"

"Shuh !" Razif memutarkan bebola mata mencari sesuatu sebelum pandangannya berpusat pada sebuah almari kayu. Lantas tangan Faqira ditarik sebelum menyembunyikan diri di belakang almari tersebut.

Streett...

Faqira terbeliak. Baru sahaja dia mahu membuka mulut,tangan Razif pantas menutup mulutnya. Menghalangnya daripada berkata sesuatu. Malah lelaki itu juga memberi amaran melalui isyarat mata.

"Weh !"

"Bodoh mana budak-budak tu ?!"

"Manalah aku tahu ! Aku tinggalkan diorang kat sini tadi ?!"

Razif menarik Faqira ke dalam pelukannya. Dipeluk erat tubuh kecil itu sambil menahan rasa gemuruh dan takut dalam diri tatkala kedengaran beberapa barang jatuh diatas lantai. Menandakan lelaki itu sedang mencari mereka di setiap ruang yang ada.

"Carilah bengap ! "

Faqira mendongak memandang mata Razif. Terasa tubir mata terasa hangat dek kerana terlalu takut tatkala barang yang dihempas semakin kuat. Diselangi dengan bunyi hempasan kaca. Saat air matanya mengalir pantas Razif menyeka sambil menggeleng kepala tanda memujuk. Sekarang bukan masa nak menangis !

"Aku rasa budak-budak tu dah keluar !"

"Kejar cepat !"

Bam !

Pintu yang tertutup rapat membuatkan Razif menghela nafas lega spontan tubuh Faqira dilepaskan. Nak tergelak dia melihat budak perempuan itu menggigil. Tu lah ajak lari awal-awal banyak tanya.

"Macam mana kau nak mati kat sini kalau diorang dah cari pun kau dah takut macam ni ?"

"Iya takut."

Razif mengeluh lalu tangan Faqira dipegang.

"Kita keluar dari sini dulu."

Faqira mengeluh kecil tatkala mimpi malam tadi menjengah fikirannya. Sekali gus membuatkan mood dia terbang. Tak rasa nak jumpa dan bercakap dengan sesiapa malah rasa macam tak nak sekolah je harini.

Tapi terpaksa.

"Oit ! Termenung je pasaipa ?" Kening Rabiatul terjongket sebelah. Sangsi dengan perubahan emosi yang ditonjolkan Faqira. Selalu pagi-pagi macam ni dah kecoh dengan gosip lah. Crush lah.

"Haah Qira. Kau diam je dari awal kau datang sampailah dah nak rehat."

"Awak tak sihat ke Qira ?"

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now