"Kau..Sayang aku ?" Perlahan kepala diangguk. Razif tersenyum kecil saat jari telunjuknya digenggam tangannya. Setelah dia bersikap pentingkan diri sendiri,Faqira masih tetap mahukannya.

"Aku janji. Aku takkan tinggalkan kau lagi. Kau jatuh. Aku ada. Kau sakit. Aku ada."

"Tapi abang tinggalkan Iya juga."

Razif mengeluh perlahan."Tak lagi. Aku janji. Kita takkan terpisah."

"Betul ?"

Razif mengangguk."Sampai kita keluar dari semua ni. Atau,sampai bila-bila."

"Aku takkan tinggalkan kau. Itu janji aku."

Razif tersenyum saat kenangan lama terlayar di minda. Setitik demi setitik air mendarat di atas wajahnya. Jelas menandakan hujan yang bakal turun. Namun dirinya masih tak berganjak.

Senyumannya makin lebar saat hujan semakin turun dengan lebat. Tubuh yang sudah basah sepenuhnya serta kesejukan yang mula membaluti tubuhnya tidak diendah sama sekali.

Apa yang pasti dia puas. Puas kerana hujan yang turun seakan memahami isi hatinya yang perih. Walau senyuman yang terlakar tampak manis,namun setiap lakaran itu adanya kepahitan.

"Rose.."

***

Ragu-ragu dirinya saat terpandangkan wad yang tertera dengan aksara,

LCP-004

Sama ada perlu atau tidak dia meneruskan langkah untuk memasuki ke dalam wad itu. Penuh rasa bersalah di dalam dada. Namun setelah berperang dengan akal,langkah diteruskan jua.

Langkah Faqira terpaku. Membiarkan pintu tertutup dengan sendiri. Malah rasa serba salah semakin bermaharajalela dalam diri. Salah dia kah ? Penyebab lelaki itu dimasukkan ke dalam wad ?

'Mak cik jumpa dia pukul 3 pagi dekat mini garden. Dengan hujan lebat mak cik nampak Razif terbaring dekat buaian.'

'Muka dia pucat. Nadi dia juga perlahan.'

'I don't think so pukul berapa patient mula tak sedarkan diri but mengikut pemerhatian saya,patient mungkin terdedah dalam tiga jam sebelum Puan jumpa dia. '

Tubir mata terasa hangat. Iris matanya terpanah pada wajah yang masih pucat seakan tiada darah. Disusuli dengan oksigen tambahan yang disalurkan melalui hidung. IV Drip. Defribilator.

Adakah dia juga bakal kehilangan lelaki itu seperti mana Saffia hilang Luthfi ?

"Tak. " Kepala digeleng laju bersama air mata yang mengalir di pipi. Simpati akan keadaan lelaki itu. Yang tampak sedang melawan kesakitan.

"My bad."

***

"I told you already ! Tapi kau tak nak dengar !"

"Apa pula saya ? Awak nak kena bantai ke ?"

"Nah Cik Zul." Ujar Iylia selamba sambil menghulurkan anak patung untuk dijadikan habuan sebelum dia kembali melayan movie nya.

"Oh thanks." Anak patung itu diambil lantas ditekap ke kepala Afiy. Menghamburkan geramnya kerana setiap ujarannya disangkal. Afiy sedaya upaya mengelak disusuli dengan gelak tawa.

"Penat saya cari idea. Awak pula senang-senang je reject ! How dare you !" Bush ! Anak patung putih itu dihempas pada tubuh Afiy. Dia turut tergelak. Hilang terus kesopanan dan kesusilaan yang dia jaga di sekolah. Dengan Afiy ni memang tak boleh bawa bincang !

Iylia menggeleng kepala melihat perangai tak matang kawan-kawannya. Punyalah kecoh konon nak buat studygroup math. Tak pun pasal akaun. Sampaikan 2 hari 2 malam whatsapp riuh dengan mereka yang tak henti-henti bertanya. At the end datang rumah dia, there's nothing to do with it.

"Fuh penat !" Cik Zul mengelap peluh di dahi. Tergelak dia melihat Afiy yang sudah terdampar di atas katil. Penat sebab gelak je pun.

"Tukarlah balik ! Gunalah warna pink !" Bentak Afiy dengan geram saat Cik Zul memilih warna grey. Yang Cik Zul ni pula menyirap. Rasa nak cekik-cekik je minah sebelah ni.

"Shut up you ! Tak kisahlah warna apa pun yang penting awak kene present dekat depan. Ada faham ?"

"Why me ? Nooo Iylia okay Iylia." Jari telunjuk dihala pada Iylia. Sempat dia picit pipi Cik Zul. Dah geram sangat ni.

Iylia menekup kedua-dua belah telinga. Sumpah telinga dia sakit dengar dua orang budak ni memekak. Rasa nak je tendang sampai Pahang sana.

Saffia yang melihat tergelak kecil. Walaupun bilik ni memang riuh gila dengan suara Afiy dan Cik Zul tapi cukuplah untuk buatkan dia tenang daripada fikir masalah dia dengan arwah.

'Seronoknya jadi diorang.' Bisiknya dalam hati sambil mata melirik Afiy,Cik Zul dan Iylia. Diorang tak pernah care pasal lelaki pun. Tak perlu nak jaga hati orang. Tak perlu nak dapatkan attention lelaki. Tak perlu nak dapatkan sayang daripada lelaki.

Tengoklah je lah diorang. Gaduh-gaduh pun tetap masih boleh ketawa. Setakat gaduh-gaduh hempas bantal,tarik tudung,cubit pipi tu. Memang dah cukup bahagia untuk diorang.

Seronokkan jadi diorang. Lagi-lagi Iylia ni. Heartless. Nampak lelaki pun macam nampak kain buruk. Tak berminat. Nak pandang pun tak apatah lagi nak sembang.

"Cik Zul !"

Iylia menggeleng kepala melihat dua manusia yang sedang berebut laptop. Masalahnya laptop ada dua kenapa nak kongsi juga ?

"Nur Shafikah !" Afiy bangun. Pandangan berpusat terus pada Rabiatul yang dah mula menunjukkan wajah bengang. Cik Zul yang melihat mempamerkan senyuman mengejek.

"Nor Zulaikha !" Zulaikha terdiam. Kini giliran Afiy pula membalas dendam. Tetapi masih akur diam tatkala suara Rabiatul dah memetir.

"Korang ni kenapa ? Pasal warna je pun sampai nak roboh bilik ni ?"

"Tak adalah Cik Zul-"

"Afiy yang-"

"Stop !" Rabiatul mengangkat pistol mainan adik Iylia membuatkan Afiy dan Cik Zul menahan tawa walaupun wajah Rabiatul tersangatlah serius. Mana pula lah si Rabi ni dapat pistol tu.

"Sekali lagi aku dengar siap korang ! Aku halau sorang-sorang dari bilik ni. "

Laju Afiy dan Cik Zul mengangguk sebelum kembali menyambung tugasannya. Iylia sedaya upaya menahan tawa dengan menekupkan wajah pada bantalnya. Kelakar betul dengan diorang ni.

***

P/s:

I'm sorry for only being able to do two chapters because I'm busy with the end-of-year exams. But I can still update the maximum for only 2 chapters and I will try not to disappoint at you all.

See you soon !

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now