◑39◐

1.5K 168 7
                                    


Kim Soo Ji

Sedang leka aku memerhatikan sekeliling kedai di tepi jalan ini,aku ternampak sosok tubuh yang memang aku rindui selama ini.

Ya,mungkin dahulunya dia pernah sakitkan hati aku,jiwa aku dan segalanya.. namun,jikalau bersama Taehyung aku boleh berbaik.. takkanlah Sejeong kawan baik aku ni tak boleh?

"Terima kasih,datang lagi!" ujar Sejeong yang bekerja sebagai jurukaunter di dalam cafe yang dulunya kami selalu datang lepak bersama.

Selepas giliran ahjussi tua di depan aku tadi,kini giliran aku datang.

Aku melangkah ke hadapan dengan mata yang tak lepas dari memandang wajah yang aku rindui.

"Ya cik, selamat datang..."

Aku tahu dia terkejut tengok aku sudah terpacul depan mata dia sekali.

"Aku nak cakap dengan kau sekejap. Boleh?" soal aku padanya yang seperti mahu melarikan diri dari terua bertembung dengan aku.

Akhirnya dia menggangguk,dan aku tunggu dia sekejap di hujung cafe.












•°°°

Tap-

Aku mendongak ke hadapan dan terlihatnya Sejeong sudah berdiri di sebelah kerusi yang berhadapan dengan tempat yang aku duduk.

"Eo,duduklah..." ujarku dan dia perlahan-lahan duduk berhadapan dengan aku.

Aku nak jernihkan keadaan yang keruh antara aku dan dia.


"Kau sihat?" soalku,memandang dia tepat ke wajah dengan pandangan yang redup.

"S-sihat. K-kau pula macam mana?"

"Aku sihat je. Hehe." sempat lagi aku berseloroh di hujung ayat.

Tapi dia,bukan Sejeong yang aku kenal pada beberapa tahun lepas.

Sejeong yang dulunya bising seakan makcik yang suka membawang kini menjadi renab yang penakut. Macamlah aku ni musang yang nak terkam dia.

Tak.


"Sejeong ah..." panggilku perlahan dan memegang tangannya yang sedikit sejuk diletakkan atas meja itu.

Akhirnya,wajah yang sungguh aku rindui itu kini berpaling memandang aku.



"Aku rindukan kau."



TBC

Note: Endless Kim akan ditamatkan paling lewat hari Ahad ni.

Alert. 💫

KTH ✔ ENDLESS KIM.Where stories live. Discover now