◑29◐

1.6K 196 23
                                    


A/N:

Terima kasih banyak-banyak pada siapa yang menyokong fanfic ni.. Jeo terharu sangat bila dapat comments 'update lagi' dari korang..

Sebagai hadiah, nah.

💕






Taehyung yang baru sahaja pulang ke rumahnya itu melangkah masuk ke dalam biliknya yang gelap itu.

Kemudiannya,lampu bilik dibuka dan terlihat Kim Sejeong,tunangnya disudut katil.

"Hiks... hiks-"

Sayu suara Kim Sejeong menangis,lantas lelaki itu meletakkan beg dan baju blazernya di atas katil dan menuju ke arah tunangnya.

"Sayang,kenapa ni...?" soal Taehyung.

Sejeong hanya terus menangis dan menangis. Tubuh Taehyung dipeluknya perlahan-lahan dan lelaki itu juga memeluk gadis itu semula dengan wajah yang.. risau.

"Kenapa ni..?" soal lelaki itu lembut. Belakang gadis yang menangis teresak-esak itu digosoknya perlahan.

"Hiks... S-sooji.. Saya rindukan Sooji.." ujar wanita itu dengan tulus ikhlas.

Taehyung juga merasakan rindu dan.. sedikit kehilangan. Entah mengapa,dia juga tidak tahu.

"5 tahun sudah berlalu.. hiks,t-tapi kepulangan dia masih tidak-"

"Sabar ya,sayang.. kita doakan yang terbaik sahaja untuk Sooji.."

"M-macam mana kalau dia dah tak ada? D-dosa saya benar-benar banyak p-padanya.."

"Apa maksud awak?"

Sejeong meleraikan pelukkan itu dan memandang Taehyung dengan pandangannya yang sayu.

"Saya cintakan awak,Taehyung..." ujar gadis itu dan Taehyung tersenyum kecil pada tunangnya itu.

"Sayang.. kita dah bertunang tahu? Tinggal kahwin je nanti-"

"Tapi awak bukanlah milik saya,Taehyung..." kata-kata wanita di hadapan lelaki itu membuatkan Taehyung tercengang.

B-bukan milik gadis yang dicintainya separuh mati itu? Apa maksudnya yang sebenar?

"Kita perlu cari dan minta maaf pada Sooji,Taehyung.."



















°°°

Sementara itu,Sooji yang berpakaian gaun malam berwarna hitam itu berdiri di koridor rumahnya sambil mendongak merenung langit yang kian.. mendung.

Bulan seakan lenyap disebalik awan. Sama seperti dirinya yang lenyap disebalik kesakitan.

Manusia-manusia yang gadis itu sayang dan cintai itu langsung tidak mencarinya untuk 5 tahun yang penuh dengan derita.

Jatuh airmata Sooji,maka jatuhlah setitik demi setitik air hujan.

"Aku m-menangis kerana mereka lagikah?" soal gadis itu pada diri sendiri.

Jungkook yang sepertinya tergopoh-gapah baru turun dari tingkat atas mencari-cari kelibat gadis itu.

"YAH KIM SOOJI!" laung Jungkook dan lantas mendapatkan Sooji yang semakin basah kuyup dibawah hujan pada malam itu.

Terus Sooji ditarik masuk ke dalam rumah dan Jungkook memandang wajah gadis itu yang sedang berduka.

"Berhentilah Sooji,fikirkan tentang manusia-manusia itu..." ujar Jungkook.

Sooji hanya mendiamkan dirinya lalu perlahan-lahan melangkah membawa diri ke tingkat atas untuk ke biliknya.



Dan pada malam itu juga,dua gadis sedang berduka.





TBC

Note: update yang seterusnya... esok. Atau harini? 😎

KTH ✔ ENDLESS KIM.Where stories live. Discover now