◑05◐

1.9K 216 29
                                    

A/N:

hai,jeo disini untuk update.
happy reading,vote dan comment jika mahu!💕

Apa.. apakah?!

"S-selamatkan aku Sejeong... tak boleh ke aku berpasangan dengan kau?" rengekkan aku hanya dia lihat dengan muka dia yang memang dah dibasahi dengan air mata,lencun.

"AKU PUN NAK DENGAN KAU~~ UWAAA" rengek Sejeong dan aku dengan dia saling berpelukan.

Biarlah budak-budak ni pandang aku dengan Sejeong ni senget ke serong ke.. tapi aku taknak pair dengan lelaki!

"Apa-apa sajalah budak zaman sekarang ni. Okay,baiklah. Cikgu akan mula berikan pasangan korang semua ya~" Tuan Kang petah berkata-kata di hadapan.

Budak lelaki semuanya happy,perempuan pun happy juga tapi bukanlah untuk aku dan Sejeong.

"Joohyun dengan Aera,Jungkook dengan Lisa,Minhyuk dengan Joorin,Jaemin dengan Haerin.... bla bla bla..."

"... Taeun dengan Sejeong dan yang terakhir Taehyung dengan Sooji-"

Aku meraung dalam kesenduan. Begitu juga Sejeong.

"Sudah sudah! Dapatkan pasangan kamu,permainan akan bermula!" arah Tuan Jung dan semuanya sudah bangun bergerak ke arah pasangan masing masing.

Sejeong sudah kena tarik dengan Hyun Taeun. Aku pula..masih lagi berdiri kaku di tempat aku,sampailah satu manusia ini menghampiri.

Aku pandang dia dengan mata yang berair dan dia pun menunduk pandang aku yang lagi rendah dari dia.

"Hiks.." sendu aku sendirian,lalu mengelap mata aku yang berair.

"Macam budak kecik. Jomlah." ajak Taehyung lalu lengan aku ditarik dia ke arah tengah court.



°°°

"Putera hanya boleh menghalang bola dari terkena puteri anda,manakala puteri hanya boleh mengelakkan diri dengan duduk belakang putera anda sendiri dan lakukan serangan,faham semua?!" kata Tuan Kang dan semua menjerit faham.

Sempat lagi aku menjeling ke arah Sejeong dengan pasangan dia,Taeun. Nampak gembira sangat diorang.

Tak sama macam aku dengan Taehyung. Seorang bersemangat,iaitu dia dan seorang lagi masih lagi tersendu-sendu,akulah tu.

"Ppalliwa,Sooji-ah! Kita boleh menang!" arah Taehyung dengan bersemangat.

Mulalah bola dibaling dan bola dihalang. Ada juga pasangan-pasangan yang sudah kalah.

Tiba-tiba bola dibaling ke arah aku dan aku menutup mata ketakutan.

Bangg-

"Yah,nerd- kau tak apa-apa ke?" soal Taehyung yang memegang kedua-dua bahu aku dan sempat lagi dia menghalang bola dari terkena aku dengan badan dia.

Mesti sakit..kan?

"Ya.. ya-" jawab aku lalu dia pusing ke hadapan untuk fokus kepada permainan.



"Baiklah!! Perlawanan menjadi sengit berhangit sekarang ya!! Taeun dan Sejeong dari Kumpulan B akan berlawan dengan Taehyung dan Sooji dari Kumpulan A!!" laung Tuan Kang.

"Okay,Sejeong!! Kita boleh buat!!" laung Taeun pada Sejeong dan mereka bersorak riang.

"Wah,semangatnya.." kata aku lalu Taehyung memandang aku dengan mata dia yang besar tu.

"Ha,nerd. Aku tak suka kalah,kalau kalah aku akan buli kau sampai graduate,ya sayang?" kata Taehyung dan aku tercengang.

"Fokus,Kim Sooji!! Dalam exam boleh pula kau fokus,dalam game jugak kau kena fokus!!" tambah lelaki ini lagi.

Bingit telinga aku. Ya ya,aku dan dia harus menang. Aku tak mahu dibuli hingga graduate!!

Prrritttt-

Bunyi wisel ditiup memulakan perlawanan antara kami.

Sejeong mula lakukan serangan dia dan Taehyung menghalang bola tu dari terkena aku.

Tak sepatutnya aku duduk diam macam ni,ya kan? Aku patut tangkap bola dan buat serangan-

Tapi bila nak tangkap je,mesti bola tu datang laju je kearah aku. Tambahan lagi,aku pakai skirt tak guna ni. Kalau seluar,sudah lama aku melompat-lompat sana sini.

Pernah kau nampak seekor musang melompat? Tunggu bila aku pakai seluar-

Taehyung halang lagi bola yang datang dengan tangan dia yang sudah mula kemerahan,buatkan aku rasa bersalah.

Bila Sejeong dapat bola aku mulakan sesi untuk menangkap bola,jadinya aku tolak Taehyung ke tepi dan menunggu untuk menangkap bola. Tapi-

Bukk!!

"...wah.." aku nampak semuanya bersinar dihiasi bintang-bintang dan jatuh terjelepok aku macam nangka busuk dekat lantai dan semuanya jadi gelap.

"Kim Sooji!!!"




TBC

Note: hahaha. jeo berdekah masa menaip chapter ini,tapi tak tahulah jika readers juga terhibur-

anyway,Hyun Taeun tu.. macam familiar hokk- maklumlah ya,jeo peminat setia K-Drama 'School 2017' yang Sejeong ada berlakon.

💙 apa-apapun terima kasih sudi membaca.

KTH ✔ ENDLESS KIM.Where stories live. Discover now