◑35◐

1.7K 185 13
                                    


A/N:

Gila lama tak update ni. Maaf,PT3 tinggal 2 minggu sahaja lagi.

Ha,tahun depan free. Boleh publish fanfic banyak-banyak.

Ini dia,update. Lepas ni ada lagi sebab Jeo dah janji untuk multiple update.💗








Sooji hanya melemparkan pandangannya ke luar tingkap kaca di sebelah manakala lelaki di hadapan hanya merenung wajah yang dirindui itu di hadapan tanpa berkelip. Seakan creep.

"Dah kenapa kau t-tenung aku macam tu?" soal Sooji masih lagi kekok dengan segalanya.

Sooji sekarang di cafe Yoonminericano duduk berhadapan dengan Kim Taehyung yang serupa bagai psycho dihadapannya merenung tepat ke mata dan wajah cantik gadis itu.

"Maafkan aku,ya?" ujar Taehyung masih lagi merenung Sooji dengan renungan yang tampak redup. Gadis itu yang pada awalnya sedang menghirup airnya kini sudah memandang Taehyung dihadapannya.

"Kau sukakan Sejeong. Jadi buat apa nak maaf dengan aku?" ujar Sooji dengan wajah berkerut.

"Aku dapat tahu yang kau sukakan aku sebelum Sejeong sukakan aku dulu..."

"Benda dah lepas,buat apa kau ungkit?"

"Aku nak minta maaf sebab tak nampak kewujudan kau di antara aku dan dia.."

Sooji mengeluh berat. Inilah yang dia benci dan ini yang dia mahu elakkan.

"Fikir maaf kau tu boleh hilangkan semua kesakitan ni ke? Kau fikir aku yang dulunya suffer sebab kau boleh baik dan maafkan kau macam tu je? Fikirlah Taehyung,kau dulu rapat dengan aku, buat baik dengan aku hinggakan timbulnya perasaan cinta yang betul-betul ikhlas untuk kau dalam hati aku.. tapi kau hancurkan semuanya sebab kau buat semua tu demi Sejeong je. T-tak kesian ke dekat aku? Aku taknak semua ni lagi. Maafkan aku sebab aku taknak semua ni lagi. Aku nak lupakan semuanya. Kau,dia dan kisah antara kita semua. Aku tak benci korang. Aku buat semua tu sebab aku sayangkan korang. "

Kata-kata yang meniti di bibir Sooji membuatkan gadis itu menangis,menitik-nitik jatuhnya air mata yang disangka takkan turun di hadapan lelaki yang wanita itu mahu jauhi dirinya dari dia.

Tapi,depan mata Taehyung yang baru tersedar semua tu sendiri si Sooji menangis.

"S-Sooji ah..." ujar Taehyung dengan perasaan bersalah,ingin mencapai tangan gadis itu namun cepat gadis itu mencapai begnya dan berjalan keluar dari cafe itu.

Hujan yang kian melebat di bawah langit gelap pada malam itu diredahnya Sooji dengan teresak-esak dia menangis.

"K-kenapa kau lembik s-sangat ni,Suzy..?" soal Sooji pada diri sendiri.

Taehyung hanya mengejarnya di bawah hujan,berlari ke arah Sooji untuk meminta maaf setelah rasa bersalah yang menampar-nampar pada dirinya membuatkan lelaki itu mula timbul rasa sayang pada gadis itu.






TBC

Note: Sedikit pelarian daripada plot sebab... biarlah dia. 😆

KTH ✔ ENDLESS KIM.Where stories live. Discover now