◑17◐

1.6K 205 29
                                    

A/N:

Sediakan parang,baldi dan tisu. Konflik bermula disini.

Sediakan lagu ballad yang sedih macam Winter Bear,The Truth Untold,Scenery atau macam-macamlah sebab chapter ini panjang. Jadi nanti taklah bosan.

Oh,jangan lupa juga,pakcik sprite-

💕

Sedang leka aku makan ramen panas baru dimasak sambil tengok tv,terdengar bunyi kereta yang masuk perkarangan rumah.

Eo,mesti eomma dengan appa!

Aku meletakkan chopsticks di tepi mangkuk dan bangkit menuju ke pintu untuk menyambut kepulangan eomma dan appa.

Kreakk

"Eomma,appa.." sapaku pada ibu bapa aku yang berwajah mencuka sahaja. Mungkin mereka penat sebab bekerja terlalu kuat.

"Anak eomma,apa khabar?" soal eomma dan aku tersenyum padanya.

"Sihat je,eomma." kataku pada eomma dan peluk tubuhnya.

Lalu aku mendekati appa dan memeluk appa.

"Sooji rindu appa dan eomma.." ujarku dengan ikhlas.

"Ya,rindu anak appa juga.."

"Tch,'anak appa'?" soal eomma dingin membuatkan aku berkerut dahi. Mesti ada something yang jadi ni.

"Yelah,anak aku."

"Bukan ke anak kau dekat Hokkaido sana,eo?"

"Kau merepek apa? Sooji ni anak aku,bukan anak kau!"

"Aku yang melahirkan dia,akulah ibunya dan dialah anak aku!"

Mereka mula.. bertengkar. Aku rasa nak menangis..

"Eomma,appa.. apa semua ni?" soalku dengan nada yang terkejut dengan perbalahan antara dua insan yang aku rindui,yang selama ini ada dalam hidup aku. Melahirkan aku,dan memperkenalkan dunia kepada aku.

"Sooji ah,jangan dengar cakap jantan tak guna ni. Kamu anak eomma yang baik kan?"

"Eh kau perempuan,anak kau pun dekat Taiwan,anak jantan Choi tu kan!"

"Kau yang curang sampaikan perempuan dekat Jepun tu beranakkan anak kau!"

"Habis anak-anak lelaki Choi tu bukan ke anak yang kau lahirkan,eo?!"

"CUKUP!!!" jerit aku menghentikan perbalahan antara mereka yang saling meninggi-ninggikan suara terhadap satu sama lain.

"Sooji ah.."

"APA SEMUA NI?! EOMMA DENGAN APPA CURANG DENGAN ORANG LAIN,ADA ANAK LAIN PULA TU?! APPA,EOMMA! SOOJI NI NAK CAMPAK MANA? MANA TANGGUNGJAWAB EOMMA DAN APPA SEBAGAI PARENTS SOOJI?" meninggi suara aku yang hanyalah merupakan seorang anak tunggal kepada eomma dan appa.

Mungkin aku akan dicop sebagai anak durhaka,namun... aku juga dikecewakan. Dengan dua insan yang menjadi pelengkap hidup aku.

"Sooji tunggu eomma dan appa keseorangan dekat Korea ni berbulan-bulan... tapi apa yang Sooji dapat..?" soal aku dengan kecewa yang melanda.

"Sooji k-kecewa dengan eomma dan appa.." kataku dalam suara yang tersekat-sekat menahan tangis.

Lantas aku berlari keluar,jauh dari rumah yang seakan roboh kerana hilangnya kesetiaan terhadap diri masing-masing dan mendatangkan kekecewaan yang amat menyakitkan.

"Hiks!! Hiks... hiks-"

Aku berlari tanpa hala tuju,sambil menangis dengan kuat.











°°°

Sejak semenjak ni.. aku termenung sahaja. Fikirkan lepas insiden aku larikan diri dari rumah itu eomma dan appa dah bincang secara baik demi aku.

flashback

"Maafkan kami,Sooji.. kami tak dapat jadi ibu dan ayah yang baik untuk kamu.."

"Benar,kami curang antara satu sama lain sebelum kamu dilahirkan lagi.. Eomma sudah kahwin lain,appa kamu juga sudah kahwin lain.."

"Jadi,eomma dan appa nak tinggalkan Sooji sendirian macam ni?"

"Maafkan eomma,Sooji ah.."

Tangisan aku semakin menjadi-jadi.

"Appa kamu.. sudah c-ceraikan eomma dengan talak 3,Sooji ah.."

Bamm-

Pintu bilik aku tutup dengan frust. Aku stress,aku depressed.

"Sayang..!" laung eomma yang mengetuk kuat pintu bilik aku dari luar.

"Pergi! Sooji benci eomma dan appa!!" jerit aku dan menangis sepanjang malam itu.

Keluarga aku sudah berpecah belah.

Keesokannya masa aku nak ke sekolah,eomma dan appa sudah tiada lagi di rumah ni. Bilik diorang kosong,tiada barang mereka langsung seolah-olah mereka pindah ke family mereka yang di Jepun dan Taiwan,meninggalkan aku sendirian di Korea tanpa ada sesiapa.

Surat,sampul berduit dan kad kredit serta buku bank di atas meja aku belek. Surat yang ditulis eomma aku baca dengan air mata yang tak henti-henti menitik.

"Maafkan eomma,nak... eomma tak dapat jadi yang terbaik..

Maafkan eomma terpaksa tinggalkan kamu sendirian di Korea.. eomma terpaksa  tinggal dengan keluarga eomma di sana-"

Terus surat itu aku koyak-koyakkan dan lemparnya ke lantai lalu aku meraung dengan kesedihan yang aku sudah tak mampu nak hadap.

Jujur pada tuhan,aku bencikan dua insan yang merupakan segalanya bagi aku.

end of flashback

Tanpa aku sedari,air mata ligat jatuh dari pelupuk mata.

Aku sakit.. aku sakit dengan segalanya.

Seakan-akan aku mati dalam hidup.


TBC

Note: Disebabkan lama tak update... jadi chapter ini panjang.

Macam mana? Korang menangis tak?

Ehehehe. 💙

KTH ✔ ENDLESS KIM.Where stories live. Discover now