Ya Allah betapa besarnya ujian yang kau limpahkan pada hambamu Ya Allah.

'Beb,teruknya condition kau. Kau memang betul-betul nak pergi jauh daripada aku ke ?' Rintihnya dalam hati. Tak pernah terdetik walau sekali dalam fikiran bahawa mereka akan melalui semua ini.

Pathetic.

"Aisyah ?"

Air mata diseka dengan hujung lengan baju. Panggilan yang masih bersambung itu kembali menggamitnya. Buntu dengan apa yang berlaku.

"Afiy,"

"Ye aku kat sini. Kau okay tak ?"

Liur ditelan payah sambil kepala menggeleng perlahan."Aku tak okay. Dia..Dia ada harapan untuk sembuh kan ?"

Talian sepi buat seketika. Soalan yang baru sahaja dia utarakan benar-benar membuatkan Afiy kelu. Seakan tidak tahu mahu memberikan respon yang bagaimana.

Afiy hela nafas berat."Aku tak tahu. Tapi aku harapkan ya."

Ya. Dia juga mengharapkan perkara yang sama. Seakan lupa dengan apa yang pernah berlaku pagi tadi. Seakan lupa dengan apa yang pernah berlaku antara mereka berdua sebelum ini.

Melainkan hanya keajaiban yang turun pada malam ini.

Untuk lelaki itu.

***

"Iya dah pukul berapa ni kenapa tak turun makan lagi ?"

Faqira mengangkat kepala lalu pintu yang tertutup rapat ditenungnya. Nafas dihela berkali-kali. Mengeluh atas apa yang berlaku hari ini. "Nanti Iya turun !"

Kepala diletakkan di atas meja beralaskan lengan. Video pendek yang berdurasi selama 3 minit itu ditonton berkali-kali. Air mata yang gugur pantas diseka. Terlalu tragis kemalangan yang membabitkan sebuah lori,sebuah kereta dan sebuah motorsikal milik Luthfi. Jelas dalam video ini betapa teruknya keadaan lelaki itu saat dirempuh dari belakang dan bertembung dengan sebuah lori yang baru sahaja mahu memasuki simpang bertentangan.

Video itu dihentikan. Tak betah untuk melihat lama-lama. Ikutkan hati mahu sahaja dia kongsikan video ni pada Aisyah. Tapi dia sendiri nampak bagaimana rupa dan keadaan Aisyah saat melihat dengan mata kepala sendiri tentang apa yang berlaku petang tadi.

Hari ni tular di whatsapp yang semuanya tentang Luthfi. Ternyata ramai yang terkesan dengan kes kemalangan yang melibatkan salah seorang pelajar yang menjadi kebanggaan sekolah.

Faqira memejam kelopak mata. Berdoa dalam hati supaya Allah dapat memberikan keajaiban lelaki itu. Supaya dia dapat sedar dari koma.

***

Kedua-dua tangan disapu ke wajah usai sahaja bacaan lepas solat ditunaikan. Tak lupa juga untuk menunaikan solat hajat buat Luthfi. Baru sahaja dia menyangkutkan sejadah,haandphonenya berbunyi menandakan terdapat panggilan masuk. Laju dia mendapatkannya sebelum skrin handphone dipandang.

"Rabi ?"

Aisyah berdehem sekilas lalu button hijau disentuh. Telekung yang masih tersarung tidak ditanggalkan. Hati jadi tak menentu.

"Rabi kenapa-"

"Aisyah..Weh tsk ! Tsk !"

Aisyah terdiam. Tangannya mula terketar-ketar tatkala tangisan Rabiatul mengisi ruang pendengarannya. Sangat pelik kalau gadis itu menangis. Sebab Rabiatul yang dia kenal paling susah nak menangis melainkan..

"Rabi kenapa kau menangis ?"

Suara esak tangis Rabiatul masih kedengaran. Tersedu-sedan gadis itu dari dalam talian."Ak-aku..Aku tak tahu nnak ca-kap."

"Kenapa ni Rabi ?! Jangan buat aku takut !" Marah Aisyah dengan nasa tertahan. Menangis tu nanti-nanti lah ! Sekarang dia nak tahu kenapa Rabiatul menangis.

"Rabi !" Geram Aisyah dibuatnya tatkala Rabiatul hanya mendiamkan diri. Sengaja nak kenakan dia ke apa ?

"Lu-thfi." Bagaikan seakan ada renjatan dalam tubuh sehingga membuatkan Aisyah tersentak saat nama itu menyapa telinganya. Tubuhnya semakin kuat menggigil seiring dengan degupan jantung yang berdegup seakan mahu meloncat keluar.

"Kenapa dengan dia ?" Soalnya dengan nada mendatar.

"Luthfi dah tak ada."

Air mata jatuh setitik. Seluruh tubuh menggigil hebat sehingga membuatkan handphonenya terlepas daripada tangan lalu terhempas ke bawah. Lutut terasa longgar sebelum dia rebah ke bawah. Terkejut dengan berita yang menjengah pendengarannya.

He's gone.

***

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now