"Go Razif go ! Go-"

Faqira mengeluh kecil sambil menumpukan pandangannya pada Razif yang sedang beregu dengan pihak lawan. Sedar tak sedar,hari ni merupakan hari kejohanan sukantara. Riuh suara pelajar-pelajar bersorak demi memastikan kumpulan mereka untuk meraih kejayaan. Lihat sahajalah betapa bingit dan sesaknya di kawasan padang sekolah yang penuh dengan aktiviti sukan yang dijalankan serentak. Antaranya bola sepak,bola keranjang,takraw. Gelanggang takraw terletak di tepi padang jadi senang cerita kita kategorikan sebagai satu padang.

Tapi sebingit-bingit di sekitar kawasan padang ni,bingit lagi manusia yang memekak kat sebelah ni. Tak habis-habis dengan tarian suka papazola nya. Debik kang baru tahu !

"Razif ! Go ! Go ! Go ! Razif ! Go ! Go-"

Pakk !!

"Makk !!"

Laju Afiy mengusap punggungnya sebelum tubuh dibalikkan menghadap belakang. Tak sempat dia mahu menghamburkan amarah,kini bibir tersungging senyuman malu. Aduhai mem besar datang pula ! Kacau keamanan dia betul !

"Kamu buat apa ni ? Joget sana joget sini. Tahu tak kamu sedang menghalang pandangan saya untuk melihat pelajar-pelajar hensem saya yang sedang berlawan ?"

Pfft ! Faqira tergelak kecil diikuti Aisyah di sebelah. Aduh teacher pun fangirling juga ke ya rabbi !

Afiy menundukkan sedikit badan sebelum kembali tersengih."Maaf teacher."

"Memang teacher. Dia ni dari tadi duk gelek-gelek macam apa tah."

Faqira tersenyum lebar. Yess Rabi berpihak pada dia ! I love you Rabi !

"Alaa bukan selalu."

"Dah-dah. Sekali lagi kamu halang pandangan saya,memang saya rotan punggung kamu tu. Kalau nak rasa buatlah."

Laju Afiy menggeleng."No teacher. Tak nak."

Kepala digeleng perlahan melihat teacher Emi dengan Afiy. Teacher ni nampak je garang tapi sebenarnya satu kepala juga. Pantang kalau nampak Afiy buat perangai,saja je nak gertak. Padahal apa-apa yang perlu,Afiy juga yang dia cari. Haihlah untungnya jadi murid kesayangan cikgu ni kan..

Pretttt !!!!

Tumpuan Faqira kembali berpusat pada perlawanan bola keranjang tatkala wisel berbunyi menandakan perlawanan sudah pun tamat. Kini apa yang tertulis di papan putih di kawasan pengadil jelas membuktikan bahawa kumpulan HS meraih kejuaraan berbanding kumpulan PF. Dan semestinya lah sudah tentu kumpulan yang terdiri daripada Razif adalah juara. Nak-nak pula lelaki itu memang berbakat.

Pheww masa depan yang cerah !

Bibir melakar senyuman manis membalas lambaian daripada Razif. Lelaki itu dari jauh memandangnya walaupun sedang berada dalam kelompok ahli kumpulannya. Dengan bandana hitam dikepala cukup membuatkan Faqira tidak dapat menafikan lelaki itu benar-benar hensem.

Eh astaghfirullahalazim apa aku fikir ni !

Tangan naik meraup muka. Menepis perasaan aneh yang cuba bersarang di dada. Apa yang berlaku tempoh hari masih belum pudar dari ingatan. Dia tak mahu tanggung risiko lagi. Cukuplah sekadar dia tahu bahawa wanita itu semestinya bukan dia.

"Cikgu ni tak sporting langsung !" Rungut Afiy seraya kembali duduk. Bibir dijuih ke hadapan tanda memprotes. Orang nak happy-happy pun tak boleh !

"Yang hang terkinja-kinja tu pasaipa ? Kan dah kena."

Aisyah tergelak kecil. Figura Luthfi yang berada tidak jauh dari tempatnya duduk dikerling dengan hujung mata. Lagi-lagi apabila Syifa turut berlabuh punggung di sebelahnya. Dia sendiri tak tahu apa motif perempuan tu. Nak kata sepupu,nampak macam tak.

The Rose [ C ]Donde viven las historias. Descúbrelo ahora