Bab 2

4.2K 159 2
                                    

Hani memandang geram ke arah Hilman. Hilman yang sedar dirinya di renung Hani mengerutkan dahinya sedikit.

"Kenapa?"

Hilman yang berkaca mata hitam itu merenung mata cantik Hani. Dengan ber spek macam tu bolehlah dia nak main tenung tenung. Hani takkan perasan punya.

"Tak ada apa. Hani ni sebenarnya geram sangat kat abang tau."

Hani sandar belakang badan dia ke kerusi. Matanya melirik ke sekeliling cafe. Beberapa orang remaja perempuan kelihatan menjeling jeling ke arah Hilman.

"Geram? Kenapa pulak? Aku buat apa?"

Hilman buka kaca mata hitam dan di letak ke atas meja. Rambut yang terjuntai ke dahi dia selak ke belakang.

Aksinya itu ralit di perhatikan Hani. Tuan dahlah macho, buat gaya kirai rambut macam tu makin macho jadinya. Hani gigit hujung bibir.

"Abang tu..."

Meleret jawapan si Hani. Hilman garu kepala. Tidak faham.

"Apa Hani? Jawaplah betul betul."

Hilman sedut air nescafe ais di hadapannya. Hani hanya order air suam sahaja. Di suruh order air lain, katanya jaga body. Jaga apanya kalau pinggang pun hanya secekak je. Hilman geleng kepala. Hani yang mulut becok.

"Abang tulah, kenapa hensem sangat. Hani rasa insecure tau."

Hampir tersembur air yang di minum Hilman. Nasiblah dia sempat kontrol elok punya, kalau tak mau Hani banjir nescafe hari ini.

Dia tenung tajam muka tak bersalah Hani. Hilman yang masih terbatuk kecil mengambil tisu yang di hulurkan Hani.

Aihh, budak ni.

"Hani, jangan buat perangai sangat lah. Merapu je kerjanya. "

Hani jongket kening memandang muka kemerahan Hilman. Kes tersedak air sampai memerah muka macho dia. Hani ketawa perlahan. Suka sangat menyakat jejaka nan satu.

"Laa, apanya. Hani cakap benda betul tau."

Hani pusing pusing kunci kereta Hilman di atas meja. Mata dia tak lepas memandang meja sebelah. Bukan dia tak perasan yang 4 ketul remaja perempuan tadi ralit memandang Hilman.

Hani ketap bibir. Jangan mengada nak tenung abang orang lah.

" Lepas ni abang nak kemana pulak?"

Hani sentuh jemari kasar Hilman. Saja nak menyampaikan mood romantik pada meja sebelah. Hilman terkaku dek sentuhan lembut Hani.

"Abang, kenapa senyap? Takkan Hani sentuh macam ni abang jadi serupa patung. Aumm abang ni. Sweet sangat."

Hilman yang terasa tangan dia bagaikan terkena renjatan elektrik menarik perlahan. Tak rela sahaja bersentuhan dengan Hani.

" Errr, errrr. Tak kemana. Balik kot."

Hilman tergagap gagap. Hani senyum manis. Sempat dia jeling meja sebelah.

Dia pasti yang pompuan pompuan tu semua nampak dengan aksi dia tadi. Dia sangat yakin, sebabnya muka bebudak tu semua nampak macam frust sangat. Hani bangga sekejap.

" Abang ni, buat buat gagap pulak. Tapi kalau abang betul gagap sekalipun, Hani tetap suka kat abang. Kalau lidah abang tak lancar nak ucapkan kata kata cinta, Hani kan ada."

Hani tenung sahaja muka Hilman. Dia tongkat dagu di atas tapak tangan yang berlabuh di atas meja.

Hilman malas melayan. Dia sedut kembali minuman nya. Tekak dia yang perit tu kena isi dengan sesuatu yang menyejukkan.

" Abang, apakata kejap lagi kita pergi mall depan sana. Hani nak cari barang sikit."

Hani capai handphone dia. Di belek belek gallery handphone. Sekarang mood serius. Bukan mood mengusik dah.

"Oo ok."

Hilman jawap sepatah. Dia pandang ke meja sebelah. Kelihatan 4 sekawan remaja perempuan sedang memerhati kan dia.

Oo patut pun Hani nampak lain macam.

Hilman senyum. Itu pun antara nampak dengan tak je. Hani panggung kepala.

"Apa lagi Hani?"

Hilman jeling Hani yang kelihatan tepat memandangnya.

"Tak ada apa. Hani sedang menatap keindahan ciptaan tuhan kat depan mata Hani ni. Ya Allah, indah sungguh anugerah mu. Sehinggakan aku terasa nak gigit gigit. Geram kot."

Hani pandang tepat ke mata indah milik Hilman. Terkedu sekejap jadinya Hilman bila Hani cakap begitu.

Oh Hani, hentikanlah permainan mu. Jantung ni bukannya normal dah. Belum umur 40 aku dah kena sakit jantung tahap kronik.

Hilman garu kepala dia. Dia gelisah. Walau dia lelaki bila berhadapan dengan Hani yang berstatuskan adik, dirinya terpaksa untuk berkelakuan baik.

There's no more 'badboy'.

"Hani, jaga kelakuan sikit. Kau tu perempuan jangan bagi orang pandang kau murah. Tak payah nak mengusik aku lebih lebih, apa pun yang terjadi antara kita. Kau tetap adik aku."

Hilman hela nafas yang berat. Mata Hani dia tatap lagi. Seolah olah cuba membuat Hani faham dengan apa yang dia cuba sampaikan.

Hani masih dengan sikap selamba badak air dia.

" Abang Hilman, rasanya awak dah tahu kot kenyataan sebenar pasal hubungan kita. Kita bukan adik beradik sedarah ataupun sedaging. Mak dan bapak saya orang berlainan dan awak pun sama. Kalau kita jatuh cinta sekalipun tak ada yang salahnya. Ikutkan hati nak panggil abang pun saya geli tau. Sebab awak tu bukannya abang pun pada saya. You're someone special that i loves so much."

Fuh, panjang lebar penjelasan Hani. Walaupun dia agak sentap dengan jawapan Hilman, tapi tetap cuba di maniskan muka yang memang dah manis ini.

Hani mengguman perlahan di dalam hati dia.

" Hani, kita..."

Hani letak jari telunjuk dia ke bibir merah Hilman. Hilman senyap terkedu. Mata mereka bertatapan.

"Abang, kalau abang tak suka kat Hani tak apa. Hani faham. Tapi jangan buat Hani kecik hati tau, sebab hati Hani ni tak mudah terusik dengan kata kata kejam abang. Aa gitu."

Hani kenyit mata kanan dia ke arah Hilman. Jari di bawa balik ke bibirnya sebelum di kucup sedikit pada bahagian yang terkena bibir Hilman tadi.

Makanya meluas besar mata Hilman terlihat kan perangai tak semenggah Hani. Hilman pandang kiri dan kanan. Semua mata seolah olah terpaku pada mereka.

Gila tak gila buat scene romantik kat cafe sekolah memandu? Bukannya orang seorang dua kat sini, hampir penuh kedai adalah.

Hani memang masuk air.

Hani gelak manja. Dia capai sling beg dia, handphone di masukkan ke poket hadapan seluar jeans dan berjalan keluar dari cafe. Sempat lagi dia capai kunci kereta.

"Jom abang. Kita sambung keromantikan kita kat dalam kereta pulak."

Hani ciut rahang Hilman. Melopong mamat tu dengan tindakan selamba Hani.

Aduhai anak gadis ni seorang. Hilman bangun dari kerusi nya. Membuntuti langkah Hani. Nasib baik dia sedar status diri mereka. Kalau tidak dia pun tak tahu apa yang bakal dia lakukan.

KERANA DIA LELAKI ITU! Where stories live. Discover now