"Eleh malu malu. Padahal nak."

Aku gelakkan dia. Padan muka.

"Amboi amboi, gelak sakan."

Daim dengan rambut terpacak berjalan ke meja kami. Dengan muka tak tahu malu, dia duduk selamba.

"Kau nak apa Daim."

Tanya aku malas malas. Malas nak melayan sebenarnya. Bukan aku tak tahu si Camelia tu macam kutu je dengan Daim. Mengekor je kerjanya. Kang terlebih layan, nampak kat dia mau kena fire aku nanti.

"Takkan aku tegur pun tak boleh?"

Daim kenyit mata. Aku juling mata ke atas.

"Tegur tu tak salah. Tapi jangan mesra sangat. Apa kau nak dengar bunyi guruh berdentum ke kejap lagi?"

Atalia cebik bibir. Menyampah agaknya dengan perangai entah apa apa Daim tu.

Apa taknya, minggu lepas dia kasi panas dalam dewan study dengan selamba badak duduk di tepi aku.

Sangkanya Camelia tak masuk dewan. Selang 15 minit kemudian elok sahaja tercongok di depan kami.

Makanya gamatlah seisi dewan lepas je kelas tamat ari tu. Di semburnya aku, cakap minah tak reti malu dok menempel dekat pakwe dia.

Hibiscus betul. Nasib baiklah Ray dah menunggu, kalau tak memang aku luku luku kepala diaorang. Bagi berjambul kiri dan kanan.

"Korang ni, takkan tak tahu lagi perangai Camelia tu macam mana. Normal lah dia macam guruh. Kalau jadi macam earthquake baru tak normal."

Kemain dia gelak. Gembira betul hati dia. Geram pulak aku jadinya.

"Macam ni lah Daim, nak cakap banyak aku bimbang otak kau tu stuck tak boleh nak hadam sangat nasihat orang. Apakata kau buat hal kau. Aku dengan hal aku. Kau jaga Camelia kau tu baik baik. Aku pun dah nak kawin haa."

Aku tengok riak muka Daim yang dah berubah macam tenuk jatuh ke dalam lumpur. Nampak terkejut gila. Tak percaya dengan kata kata aku lah tu.

Termasuk Daim ni dah berapa belas orang dah yang terlopong sama. Semuanya macam tak percaya yang aku bakal kahwin. Macam lah aku ni tak laku sangat, atau diaorang fikir yang aku ni tengah test lawak terbaru depan diaorang.

"Wei biar betul Maira?"

"Kau ni memang.. Tak payah lah nak bergurau sangat."

"Muda lagi wei, takkan dah nak kahwin?"

Dan macam macam lagi pertanyaan ketidakpercayaan mereka terhadapa aku. Sampaikan aku sendiri pening nak menjawab. Ini semua terjadi bila ada teman sekuliah aku yang mula terperasankan cincin tunang di jari manis aku.

Apa lagi kecoh lah mereka yang sudah terkenal dengan mulut kepochi.

" Kau biar betul? Kau saja cakap macam ni kan. Sebab kau tak nak aku ganggu lagi kan."

Daim cuba nak capai jemari aku. Aku awal awal lagi dah menepis tangan dia dengan buku tebal di tangan. Kuat juga aku hempuk tangan dia sampaikan berdecit Daim sakit. Gila nak bagi dia pegang jemari comel aku ni. Memang ke kubur cepatlah dia kejap lagi. Jika bukan aku yang tanam dia hidup hidup mesti abam Ray kesayangan aku tu yang tolong buatkan.

" Daim, jaga batas sikit!"

Atalia menegur garang. Good job bebeh. Inilah anak sedara yang baik. Mata dia mencerlung tajam. Sekali dengan gigi yang di ketap kuat.

"So sorry. Aku tak sengaja. Please tell me that you were lying."

Daim kelihatan resah. Muka kami di tenung bagai nak tembus. Sekejap pandang aku sekejap pandang Atalia.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now