" Khai.. Khai.. Macam macam lah kau ni. Ini bukan gaduh. Ini namanya bermanja. Aku kalau gaduh, aku akan pastikan cara aku gaduh nanti lain sikit. Bergaduh dalam bilik dengan isteri."

Selamba..

Dan selamba juga dia kenyit mata cantik dia itu pada aku. Sampai tertelan air liur aku dengan aksi mengejut dia. Senyuman nipis kelihatan terukir di bibir.

" Hey.. Hey.. Jangan nak mengajar macam macam. Memang lah dah tak lama nak kahwin, tapi Maira ni masih anak dara. Tak sesuai dengar lagi. Kau ni, makin nak kahwin makin lain macam."

"Well, kau tahu lah lelaki macam mana.."

"Yeahh.. Lelaki kan..."

"Dah.. Dah.. Maira tak nak dengar cakap merapu abang dengan Ray. Sebelum Maira hantuk kepala korang berdua, baik korang stop. Ee, tak senonoh.."

Aku segera paling ke belakang. Berjalan laju ke arah dapur. Cuba melarikan diri dari perbualan angah dan Ray yang dah makin lari dari titik kesucian nya. Ee, tak sesuai untuk telinga aku dengar.

Memang lah tak ada ayat yang lucah tetapi hint diaorang itu buatkan dada aku berdebar gila. Aku rasa gerun bila fikirkan hal kahwin. Entah apa yang akan jadi pada aku nanti.

Eh, sempat!

"Ha Ray, jemput duduk. Pagi ni Maira masak nasik lemak. Patut pun semangat lain macam buat breakfast, rupanya tunang nak datang makan."

Maklang senyum sejemput. Dia keluar dari dapur dengan sepinggan kuih karipap. Aku juling mata ke atas. Mak dengan anak sama naik. Mula lah tu nak menyakat. Sah, angah mengikut gen maklang. Gen masuk air. Berbeza sangat dengan paklang yang serius.

Ray duduk sebelah angah.

"Dah tu nak kemana? Cedok lah nasi kat Ray ni."

Angah ni potong stim betul. Aku baru je melangkah setapak untuk naik ke atas dah kena panggil.

"Pulak,"

Aku pusing balik berjalan semula ke meja makan. Ray pandang aku sekejap sebelum teguk air kopi di dalam cawan.  Pinggan yang maklang hulurkan aku cedokkan nasik ke dalam pinggan. Tak banyak dan tak sedikit. Sederhana sahaja. Dia nak makan banyak pepandai lah dia senduk sendiri. Sambal bilis aku taruk di tepi pinggan dia. Kacang goreng pun sama. Pastu hirisan timun aku letak sama. Tak lupa juga seketul ayam goreng.

Ok, perfecto!

"Nak apa apa lagi baby?"

Aku usik Ray dengan panggilan sebegitu. Siap berlenggok gitu. Manja.. Sengaja beb. Nak tengok rupa kemaluan dia macam mana. Eh, silap.. Kemaluan muka lah.

Jelas Ray nampak terkejut. Tapi sempat di hadiahkan pandangan mata yang redup pada aku. Sukalah tu orang panggil manja manja. Tang kita dok ber aku kau tu tak apa pulak. Puas aku minta untuk tukar panggilan kami dia buat tak tahu. Katanya tunggu lah nanti.

Nanti tu entah bila.

"Tak ada dah. Terima kasih sayang."

Ray kenyit mata kanan dia kepada aku. K. Kini aku pulak yang terusik. Serta merta muka aku memerah malu. Tanpa buang masa lagi cepat cepat aku berjalan ke tangga. Sambil tu aku pekakkan telinga dari kena sakat dengan angah dan maklang.

Malu wei. Walau diaorang tu keluarga aku malu tu tetap ada bila dok cakap cakap pasal hubungan aku dan Ray.

" Maira, Maira. Patut sangat lah korang ni kawin cepat cepat, masing masing tak menyabar je. Budak budak zaman sekarang."

Angah geleng kepala. Eh, macamlah dia tu bukan budak zaman sekarang. Ray buat tak tahu. Berselera makan nampak bang. Sempat lagi mata ni melirik gerangan si tunang.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ