Part 14

421 9 1
                                    

Setelah membeli makanan ringan dan minuman Liya dan Fizah menunggu giliran untuk masuk ke dalam panggung wayang. Ada lagi 20 minit. Mereka mengambil keputusan untuk menonton wayang selepas makan tengah hari. Disebabkan hujung minggu keadaan di situ sedikit sesak.

"Lambat lagi nak masuk panggung ni. Penatlah berdiri lama kat sini"bebel Fizah.

"Kau ni pun sabarlah. Siapa jugak yang tengok wayang ni tadi.

"Yelah memang lah aku yang nak tengok wayang ni tapi diorang tu pun lama sangat nak bukanya.

"Cakap dengan kau ni kan asyik nak menang je tau"rungut Liya kepada sahabat baiknya itu. 

"Tak suruh pun kau cakap dengan aku kan. Aku bebel sorang-sorang"balas Fizah lagi. Liya menggeleng kepala sahaja. Dia tidakmendahkan lagi Fizah lagi yang masih lagi membebel. Diperhatikan keadaan sekeliling sebelum matanya tertumpu kepada sesorang dan pasangannya.

Terasa dirinya diperhatikan, Farhan turut meliarkan pandangannya. Matanya bertembung dengan sepasang mata yang cukup dikenali. Dengan langkah yang pantas dia bergerak ke arah Liya.

"Hai Liya."

Sapaan daripada suara yang amat dikenali itu menyebabkan Liya beralih pandang. Seraut wajah Farhan bersama seorang gadis yang berdiri disampingnya menyapa penglihatan.

"Eh abang pun ada kat sini. Buat apa kat sini?"

"Apa lagi yang boleh abang buat kat sini selain daripada nak tengok wayang."jelas Farhan sambil menunjukkan tiket wayang di tangannya.

"Tengok cerita apa tu" celah Fizah.

"The Nun"

"Eh samalah. Kita orang pun nak tengok cerita tu."ujar Fizah teruja.

"Kita orang duduk seat c1, c2."sibuk pula Fizah nak memberitahu nombor tempat duduk mereka. 

Liya hanya membiarkan Fizah yang sedang berborak dengan Farhan. Matanya lebih tertarik melihat kepada wanita yang sedang berdiri disebelah Farhan dan hanya mendiamkan diri. Liya memberikan senyuman kepada wanita itu.

'Cantik' desis hati Liya .

"Wahhh..kebetulan ni. Sebelah menyebelah lah ni."ujar Farhan turut teruja.

'Ohhh dammn..Dahlah lepas keluar dengan Farhan seminggu yang lalu mereka tidak lagi berhubung. Sekarang ni seat sebelah je.

"Teman wanita abang ke ni"soal Liya membuatkan Farhan beralih pandangan kepada Liya.

"Kalau ye"

"Kalau ye baguslah. Boleh cepat kahwin."menyesal tanya.

"Ni kawan abanglah Reena. Kami keluar bertiga lah.Boyfriend dia pergi tandas dari tadi."jelas Farhan tidak mahu Liya salah faham apabila melihat pandangan pelik Liya terhadapnya. Takut Liya salah sangka.

"Ohhh..hai kak. Saya Liya. Ni kawan saya Fizah" Liya menghulurkan salam dan diikuti dengan Fizah. Reena menyambut salam dari Liya dan melemparkan senyuman.

"Kau cemburu eh Liya?" soal Fizah lebih kepada berbisik. Lia menjegilkan matanya kepada Fizah.

"Kalau cemburu baguslah. Tapi abang tak ada apa-apa dengan dia. Masih single and available lagi. Tengah tunggu jawapan daripada seseorang je untuk tukar status."balas Farhan. Dia masih mendengar apa yang dispersoalkan oleh Fizah.

Liya terkedu memandang Farhan. Dia cepat-cepat menarik tangan Fizah apabila penghalang untuk memasuki ruang panggung telah dibuka. Tidak mahu lama-lama berhadapan dengan Farhan.

"Masuk dululah"ujar Liya. Fizah dengan pantas menuju ke kerusi di bahagian te tepi.

"Bagilah aku duduk situ"rayu Liya dengan muka mengharap.

Fizah buat tidak tahu sahaja apabila Liya bercakap dengannya. Dia sudah menyelesakan diri di tempat duduk tersebut sambil mengunyah popcorn. Mata di alihkan ke hadapan menonton iklan di skrin sementara menunggu cerita yang akan ditayangkan. 

Kecil besar keil besar je Liya memandang Fizah. Dia mengeluh. 

"Kenapa Liya berdiri ni. Tak duduk"soal Farhan. 

"Hah" bila masa pula Farhan sudah berada di situ. 

"Buat apa kat sini"soal Liya. Dia melabuhkan punggung di kerusi apabila melihat orang ramai mula memasuki panggung. 

"Ni kan tempat duduk abang." balas Farhan. 

"Kenapa tak bagi kak Reena yang duduk kat sini."soal Liya masih tidak berpuas hati. 

"Eh..suka hati abanglah nak duduk kat mana. Abang yang bayar duit tiket ni tau" dia mengangkat kening kepada Liya yang masih tidak berpuas hati dengan keadaan itu. 

"Apa lagi ni Liya. Cuba duduk diam-diam. Bisinglah. Cerita dah nak mula dah tu" ujar Fizah. 

Didalam panggung Liya tidak dapat fokus terhadap cerita yang ditayangkan. Semua gara-gara Farhan yang duduk disebelahnya. Kejap diusiknya Liya, disuakan kepadanya popcorn.

"Duduklah diam-diam. Orang nak tengok movie ni. Kacaulah abang"bisik Aliya. Tidak mahu mengganggu orang lain.

Farhan tersengih. Entah kenapa dia tidak rasa mahu menonton filem yang ditayangkan. Dia lebih suka mengacau Liya yang berada disebelahnya.

"Abang nak Liya cungkil biji mata tu ke. Orang cakap tak faham bahasa." Biar pun kasar percakapan Liya, Farhan masih boleh tersengih-sengih.

"Aduhhh"Farhan cepat-cepat menutup mulut apabila ada suara orang belakang yang menyuruhnya diam.

Liya senyum. Padan muka. Rasakan cubitannya.

"Sampai hati cubit abang." Farhan mengusap lengannya yang terasa pedih. Liya hanya mampu menayangkan muka selamba.

"Tapi kalau nak cubit selalu pun boleh. Abang suka."

Liya terus menggeleng kepala. Malas mahu melayan Farhan. 

Kekasih Hati SelamanyaWhere stories live. Discover now