Part 13

419 10 0
                                    

"Kenapa dengan kereta Liya?" Soalnya sambil turut melihat Farhan yang sedang terbongkok  dihadapan bonet hadapan kereta Liya. 

"Cuba start" Arah Liya dia berlari anak ke keretanya dan cuba hidupkan engine tapi tak berjaya. Ok. Rosak apa ni lah agaknya. Liya masih setia berdiri di sebelah Farhan.  

"Abang tak sure sebab apa kereta Liya tak boleh hidup. Abang dah try jumper dari kereta abang pun still tak boleh jugak. " Ujar Farhan lagi. 

"Selalu ke kereta ni rosak?"

"Tak pernah pulak rosak sebelum ni"

"Kalau macam tu, abang call kawan abang lah. Suruh dia towing kereta ni. 

"Okay..ikut abanglah. Liya tak tahu nak buat apa."

Setelah menghubungi kawan Farhan, masing-masing tersandar di kereta milik Liya. Menunggu dengan penuh sabar..

"Thanks abang sebab tolong Liya. Sorry sebab susahkan abang, And thanks juga sebab ambil Liya semalam." 

"Sama-sama. Liya akan jadi keutamaan abang sekarang ni. So jangan rasa diri tu susahkan abang. Abang tak kisah. Nak suruh abang ambil dan hantar pergi kerja hari-hari pun boleh. Tempat kerja kita kan dekat." Farhan tersenyum memandang Liya. 

Liya membalas senyuman Farhan. 

Lima belas minit kemudian, kawan Farhan iaitu Rizal datang menghampiri mereka. Setelah berbual seketika Rizal meminta diri untuk beredar dari situ untuk membawa kereta Liya ke bengkel. 

"So sekarang ni.."

"Sekarang ni apa?"Liya pantas memintas percakapan Farhan. 

"Sekarang kita nak pergi mana?"soal Farhan. Masih lagi memandang wajah manis Liya di sebelahnya. 

"Dah tak ada apa nak buat kita balik jelah"balas Liya. Dia tidak betah apabila mata Farhan tidak sudah-sudah merenungnya dari tadi. 

"Awal lagi ni Liya. Selalu hujung minggu banyak aktiviti yang boleh kita buat. Waktu cuti ni baik manfaatkan masa yang ada untuk berehat dan melepaskan tekanan sambil bergembira."

"Apa je yang boleh kita buat"

"Liya nak pergi mana. Abang ikut aje mana Liya nak pergi " tanya Farhan.

Liya pula terpinga-pinga apabila Farhan bertanya kepadanya.  Ikutkan dia, lebih baik duduk berehat di rumah daripada berkeliaran sana-sini membuang duit je. 

"Kalau ikut Liya, Liya nak balik je."

"Takkanlah Liya nak balik rumah sekarang ni?"

"Dah abang yang tanya Liya,  Liya jawab jelah dah memang Liya rasa lagi baik duduk rumah."

Geram pula dengan Farhan. Dia yang tanya kita dah jawab dia bantah pula. 

"Okay tadi dah sarapan, awal lagi ni kalau nak pergi lunch. Sekarang ni kita pergi shopping nak tak. Lagi pun tadi umi ada mesej abang suruh belikan barang dapur."

"Sejak bila abang suka shopping ni"soal Liya. Pelik tiba-tiba Farhan ajak dia membeli-belah. Kalau dulu pantang di ajak ditolak mentah-mentah. Bosanlah apalah. 

"Alah bukan selalu abang nak shopping. Kita cuci-cuci mata tengok barang-barang baru. Kalau berkenan belilah. Liya kalau nak apa-apa bagi tahu abang. Abang belanja."

"Ikut abanglah. Liya tak kisah." 

Farhan gembira apabila Liya tidak menolak seperti biasa. Dia tenang memandu menuju ke destinasi.

Setelah sampai ke tempat yang di tuju, Farhan terus memberhentikan kereta diruang kosong  yang telah disediakan selepas melihat sebuah kereta berlalu dari situ. 

Kekasih Hati SelamanyaWhere stories live. Discover now