Part 5

561 9 0
                                    

Liya bersalaman dengan mak long dan pak longnya sebaik sahaja ibu dan bapa saudaranya tiba di rumah mereka. Dipeluk erat tubuh mak longnya. Rindu.

"Rindunya Liya dekat mak long. Kan Liya dah bagi tahu abang Farhan nak datang rumah mak long malam ni. Tapi ni hah mak long yang datang sini. Nasib baik bagi tahu kita orang dulu tau. Boleh Liya masak untuk semua"

"Balik sini kenapa tak cakap. Dah sebulan balik baru mak long tahu. Kalau bukan dari Farhan ni tak ada siapa nak beritahu mak long. Lina?" Puan Aisya tidak menjawab pertanyaan Liya.

"Bukan tak nak beritahu mak long. Lina dah suruh Liya beritahu mak long dari hari dia balik rumah dia. Dia yang degil."

"Liya kenapa tak nak beritahu mak long?" Liya menjeling Farhan. Semua sebab abang sepupunya yang buka mulut.

"Liya ada beli ole-ole untuk mak long sekeluarga. Nah" Dia menghulurkan sebuah beg kertas sederhana besar kepada mak longnya. Sengaja lari topik.

"Ni nak bodek mak long kamu ke Liya"usik pak long yang sedari diam dari tadi.

"Hah kamu ni Liya sengaja nak lari topik. Kenapa tak nak mak long tahu kamu dah balik." Mak long mengeraskan suaranya. Selahi Liya tidak menjawab selagi tulah dia akan bertanya. 

Liya memandang kepada Lina meminta tolong. Lina pula buat tak tahu dengan pandangan Liya. Nasib kau lah dik.

"Sebab Liya tak nak abang Farhan tau."laju sahaja mulutnya bertutur. Mulut ni kan selalu lagi laju dari otak.

"Hah.."Farhan terkedu. Jawapan spontan Liya membuatkan mata Farhan tertumpu kepadanya. 

"Err..tak ada apalah mak long. Liya lupa lah nak beritahu. Ni mak long tengoklah Liya beli apa untuk mak long. Untuk pak long pun ada. Cantik tau." Liya kalut. Cuba mengalihkan fikiran mak longnya. Lina ketawa apabila Liya terlepas cakap dihadapan mereka semua.

"Untuk abang tak ada ke." Soal Farhan. Dia tahu Liya masih lagi ingin menjauhkan diri darinya. Dari tadi dia hanya merenung wajah Liya. Rindu sesungguhnya. Sudah lama dia tidak berbual mesra dengan Liya dan sekarang dia yakin Liya tidak mahu lagi bercakap dengannya.

Tetapi dia masih lagi berharap agar hubungan dia dengan Liya kembali pulih seperti dulu. Keluar makan bersama, shopping sama, jongging sama, tengok wayang sama-sama. Dia rindu semuanya tentang Liya. Dan dia yakin perasaannya itu telah berubah.

"Tengoklah dalam beg tu. Kalau ada nama abang adalah."ujar Liya tanpa memandang ke arahnya. Tidak sudi lagi ke Liya melihat wajahnya.

"Untuk Han ada dalam ni."ujar mak long. Ole-ole dari Liya bertukar tangan. Farhan membelek tshirt berwarna ungu dengan tulisan korea yang tidak dia fahami. Liya masih ingat warna kesukaannya.

"Terima kasih Liya. Liya ingat lagi warna kesukaan abang."ujar Farhan. Dia tersenyum.

Mak long memerhatikan Farhan yang teruja mendapat ole-ole dari korea itu. Sementara Liya pula hanya menganggukkan kepalanya. 'Ada something ke budak berdua ni.'

"Ehh..dahlah tu boraknya. Jom lah kita makan. Lina dengan Liya masak makanan kegemaran mak long." Celah Lina.

"Baru nak jemput makan Lina" gurau pak long.

"Yelah pak long. Dari tadi sibuk berborak dengan Liya ni sampai lupa nak makan."

"Liya masak rebung masak lemak kegemaran mak long."

"Kami masak lebih sikit sebab mak long sekeluarga nak datang. Kalau tak beli je mak long. Hisyam pun outstation jadi rasa malas nak masak lebih. Kami berdua je pun."

"Yang lain semua makan dulu tau. Lina nak jenguk Fira kejap." Ujar Lina lalu beredar menuju ke dalam bilik untuk melihat anaknya yang sedang tidur.

Farhan bertambah terharu kerana melihat ada lauk kegemarannya. Dia yakin Liya yang memasaknya. Pantas sahaja tangannya mencedok kuah asam pedas ke dalam pinggan. Rasa yang sama. Dia tersenyum sambil makan.

"Yang Han senyum-senyum ni kenapa. Makan pun boleh lagi tersenyum macam tu." Soal pak long pelik.

"Masuk air agaknya."perlahan sahaja Liya bercakap tetapi masih mampu didengari oleh Farhan yang duduk di hadapannya. Farhan ketawa kecil apabila mendapat jelingan tajam daripada Liya.

"Pak long sedap tak Liya masak. First time Liya masak paprik ayam tu. Tak tahu kena dengan tekak pak long ke tak." Soal Liya apabila dia melihat Encik Hamdan mencedok lauk itu ke dalam pinggannya.

Encik Hamdan hanya mampu menunjukkan ibu jari tanda bagus. Masakan Liya kena dengan seleranya. Liya dari dulu lagi sudah pandai memasak. Berkat ajaran daripada isterinya sendiri.

Liya tersenyum manis apabila masakannya menepati selera mak long dan pak long. Farhan? Ermmm biarlah bukan dia tidak pernah masak lauk kegemaran Farhan sebelum ini. Malah selalu. Jadi tak perlu tanya Farhan sama ada sedap ke tak. 

"Kamu dah dapat kerja ke Liya"soal Encik Hamdan. 

"Dah pak long. Dah lebih seminggu Liya kerja kat situ."

"Dekat mana Liya."soal Puan Aisya pula. Mahu tak terkejut, tahu-tahu sahaja Liya sudah bekerja di Malaysia. 

"Dekat Petaling Jaya mak long." 

Farhan mendengar sahaja perbualan Liya bersama dengan orang tuanya. Tidak masuk campur langsung. Malah dia sibuk menyuap makanan ke dalam mulut. 

"Lah dekat dengan tempat kerja Han lah juga. Nanti kalau ada apa-apa senang lah. Boleh saling membantu kan." kata Puan Aisya. 

"Mak long bukan apa Liya, kamu balik Malaysia bila pun mak long tak tahu. Ni tahu-tahu saja dah bekerja."

"Maaflah mak long Liya terlupa nak beritahu. Mak long cakap tadi tempat kerja Liya dekat dengan tempat kerja abang Han kan. Setahu Liya dulu bukan abang Han kerja di Bangsar ke." Farhan mengalih pandang apabila namanya disebut oleh Liya.

"Abang Han kena tukar ke cawangan di Petaling Jaya. Berjaya Holding nama syarikat tempat kerja abang. Liya tahu di mana."

Liya hanya mengangguk. Mestilah dia tahu kalau dah bangunan tu di sebelah bangunan pejabat dia. 

"Sebelah bangunan pejabat Liya" Liya menjawab pertanyaan Farhan tanpa memandang wajahnya.  Ingatkan dapat lari jauh daripada Farhan tetapi dirasakan dirinya semakin dekat dengan Farhan. 

"Jadi Liya kerja di Gamuda Sdn Bhd la ye. Dekat sangatlah tu. Boleh kita lunch selalu nanti." Farha tersenyum. Ada peluanglah untuk dia mendekatkan diri semula dengan Liya. 

Liya mencebik. Ingat dia nak...

"Tambah lagi lah makan tu mak long pak long. Nak bawa balik pun tak apa." Liya tidak mengendahkan soalan abang sepupunya itu. 

Lina hanya memerhatikan tingkah Liya terhadap Farhan. Bukan dia tidak nampak Farhan yang cuba berbual panjang dengan Liya tetapi Liya sengaja tidak ambil tahu dan tidak mengendahkan pertanyaan Farhan. 

Lina hanya mempu berharap agar hubungan Liya dan Farhan kembali seperti dahulu. 

Kekasih Hati SelamanyaWhere stories live. Discover now