Part 4

582 11 1
                                    

                 2 Tahun setengah Kemudian...

Kunci kereta yang berada di atas meja di ambil. Liya terus keluar setelah meminta izin dengan Lina. Sudah sebulan dia pulang ke Malaysia dan kini dia sedang bekerja sebagai akauntan di sebuah syarikat terkemuka. Baru seminggu. Dalam masa yang sama Liya juga akan membantu Fizah mengusahakan kedai bakery . Fizah merupakan sahabat dia yang juga menyambung pengajian dengannya di Korea.

Kereta myvi hitamnya laju menuju ke sebuah destinasi yang ingin ditujui. Lebih kurang dua puluh minit perjalanan, Liya sampai di hadapan sebuah kedai masakan kampung. Sebaik sahaja masuk ke dalam kedai itu dia melihat dengan jelas Zira yang duduk berseorangan sambil bermain telefon bimbitnya.

"Wei mangkuk. Salam mana "marah Fizah apabila dia dikejutkan dengan tepukan di belakang badannya.

"Assalamualaikum Cik Fizah. Dahlah tersengih-sengih main phone. Mesti Irfan kan. Tunang kau tu kalau sehari tak mesej kau tak boleh ke" Liya tersengih.

"Waalaikumussalam Cik Liya. Apasal kau lambat. Ehh, biarlah aku nak mesej dengan tunang aku. " Soal Fizah.

"Sorrylah kakak aku tu suruh pegi beli barang lah apalah. Nasib baik kau dah pesankan makanan. Aku dah lapar ni." Liya mengambil sebiji kuih karipap yang berada dihadapannya lalu dimakan.

"Sedapnya." Kata Liya dengan mulut yang penuh dengan karipap.

"Cuba senonoh sikit makan tu. Perangai tak ubah-ubah." Tegur Fizah . Liya buat tak tahu. Perut tengah lapar jangan cakap apa-apa.

"Liya..abang sepupu kau apa cerita?"

Setelah habis karipap yang dimakan, Liya menyambung makan semula. Bihun bandung yang masih berasap tu dikacau dan ditiup perlahan. Satu suapan dua suapan. Dia tidak mengendahkan soalan Fizah.

"Liya aku tanya kau ni."

"Kau ni, bagilah aku makan kejap!" Liya mengetap bibirnya. Tak menyabar sungguh.

"So..?"

"Kau tanya aku apa tadi? Tak dengar." Ujar Liya. Tak dengar ke buat-buat tak dengar.

"Abang sepupu kau yang kau ada hati kat dia tu. Apa kes?"

"Entah. Last aku dengar cerita dari along setahun yang lepas. Sebelum kita balik sini. Dia bercerai dengan Ain. Aku pun tak tahu cerai sebab apa."

"Kau tak gembira ke dia dah bercerai?" soal Fizah. Ingin mengetahui perasaan sahabatnya.

"Maksud kau apa?"

"Dia dah berceraikan. So adalah peluang kau nak dapatkan dia semula."

"Nak gembira buat apa. Aku memang tak pernah dapat dia pun sebelum ni. So nak dapatkan semula apa hal. Dia tak nak aku. Tak kan aku nak terhegeh-hegeh kat dia." Ujar Liya. Meskipun hatinya masih lagi menyintai abang sepupunya.

Bihun bandung disuap lagi ke dalam mulut. "Kau ni makanlah makanan kau tu. Tak luak dari tadi. Nanti aku habiskan baru kau tahu."usik Liya.

"Ishhh kau ni banyak makan sungguh."masam wajah Zira. Liya tersenyum.

"Laparlah beb. Semalam dari petang aku tak makan tau." Liya membuat wajah kesian.

"Tapikan yang kau tiba-tiba tanya aku pasal Farhan ni kenapa?"

"Kalau kau nak tahu abang Farhan kau tu ada dekat belakang meja kita. Selang dua buah meja dari meja kita ni"

Kekasih Hati SelamanyaWhere stories live. Discover now