Kami bergerak masuk ke sebuah restoran masakan melayu. Waktu lunch macam ni semestinya ramai orang. Masing masing sibuk mengoder makanan. Kami duduk di meja belakang sekali rapat ke dinding cermin. Aku duduk sebelah Ray. Atalia duduk sebelah Ray dan maklang serta mama Atalia duduk menghadap kami.

Aku pandang muka Ray. Mamat ni tak pernah tak hensem. Makin hari makin kacak. Bergetar siot buku lali aku. Ray paling wajahnya padaku.

"Kenapa?"

Dia tenung dalam mata cantik aku. Malu tertangkap keterlanjuran mata memandang dia aku pandang lurus ke hadapan.

"Maira, jangan amalkan sangat."

Aku paling balik muka menghadap muka dia.

"Amalkan apa?"

Dia kenyit mata sebelum berbisik.

"Amalkan sikap gelojoh kau nak renung muka teruna aku ni."

Gulp, tertelan liur sendiri jadinya aku. Segera muka aku memerah macam tomato ranum.

Ray ketawa perlahan. Tapi dapat di lihat lesung pipit dalam dia yang terbentuk tu. Lawa sangat. Tanpa sedar siku kanan aku labuhkan atas meja, menahan dagu sambil mata ralit memandangnya.

"Ni dah nazak sangat dahni maklang nya oii."

Mama Atalia tepuk tangan maklang. Aku kerutkan dahi.

"Nazak? Siapa nazak mama?"

Ray hanya senyap. Matanya fokus memandang kakaknya. Maklang senyum penuh makna. Atalia biasalah dengan handphone.

"Korang berdua lah."

Maklang balas sepatah. Aku pandang Ray. Ray jongket bahu tak faham.

"Yelah, dok main tenung tenung. Bisik bisik tapi ada orang tu tak nak kawin lagi. Siap mengamuk tak tentu pasal, padahal dah merenyam sangat dah tu nak kawin."

Bedebuk, rasa macam buah durian gugur atas muka. Pedih, malu bengkak semua ada. Memerah muka aku malu.

" Oo eh, orang tu mengamuk ke maklang?"

Ray senyum mengejek padaku. Ini yang tak suka ni. Cakap dengan orang lain, tapi pandang orang lain.

" Yelah, dari dalam butik tadi lagi dok membebel."

Mama Atalia tambah perisa mengusik aku sama. Makin bertambah tambah malu muka aku.

" Sebab tu lah Ray ajak kawin awal awal, biar dia dapat tenung muka Ray ni siang malam. Ada pulak tak nak kawin."

Aku jengilkan mata luas luas pada Ray. Dia buat derk je.

"Ee, miang."

Aku cubit lengan keras dia. Dia buat selamba je. Tahulah isi tu keras. Tak merasa agaknya sepit ketam aku ni haa.

Maklang dan mama Atalia apa lagi, ketawa senang hati. Ray hanya tayang muka beku.

___________________________________

Kami berjalan seiringan keluar dari restoran. Maklang, mama Atalia dan Atalia balik dulu. Ray minta aku temankan dia. Kata nya nak beli barang. Dia diam dan aku pun sama. Kalah tanah perkuburan walau dalam suasana bising kat mall ni.

Aku gosok tapak tangan.

"Ermm Ray, betul ke yang 5 bulan lagi kita kawin?"

Aku gigit bibir. Malu sebenarnya nak tanya benda macam ni. Bukan aku tak tahu mulut puaka Ray tu macam mana.

Dia berhenti berjalan dan pusing menghadap aku.

"Kenapa? Dah tak sabar nak hidup dengan aku?"

Kan dah cakap. Aku buang pandang ke kedai sebelah. Malu.

"Maira, bila aku cakap pandang muka aku. Pusing sini."

Teragak agak aku pandang dia. Dia ketawa perlahan. Allah, macho gila. Rasa macam nak gomol gomol. Eh.

"Bukanlah, tanya je. Tadi diaorang cakap macam tu. Awak tak ada pun cakap kat saya."

Aku pandang sesaat anak matanya. Terus aku pandang kat lain. Masih malu.

"I taught i wanna gift you a suprise."

Bercantum kening aku. Aku dongak pandang mata dia.

"Suprise?"

"Ye, lamar kau depan mata berdua bertentang mata. Maybe with a romantic dinner atau apa sajalah."

Dia senyum lagi. Tanpa sedar bibir aku turut tersenyum manis.

"Auchh Ray, tak sangka awak ni ada jiwa romantik jugak kan. Makin berbunga bunga cinta saya kat awak."

Aku ketawa kecil. Sebenarnya dalam nada mengejek. Ray yang kaku batu tu boleh romantik? Mungkin aku pengsan nanti.

"We will see about it later."

Dia senyum penuh makna. Mata dia pun sarat dengan perasaan yang tak dapat nak aku gambarkan.

"Dah lah, awak sebenarnya ni nak beli apa?"

Kami mula berjalan kembali.

"Boxer"

Sepatah sahaja jawapan dia buatkan mata aku terbuntang luas. Muka selamba badak je. Dia tak sedar agaknya, ajak aku sekali buat apa. Pergilah sendiri.

"Ee tak senonoh. Beli lah sendiri, asal ajak orang. Tak nak lah."

Aku pusing belakang. Belum lagi langkah pertama Ray dah tarik tangan aku.

"Senonoh tak senonoh. Kau tu bakal isteri aku. Buat apa nak malu. Nanti kau tengok jugak."

Apa? Ray jongket kening dia.

"Pervert. Ray gila. Lepaslah. Tak nak."

Ray tarik aku ke arah sebuah kedai. Betul betul kedai pakaian lelaki. Berderau darah aku. Belum pun setapak kaki masuk ke dalam kedai tu kelihatan Izni meluru laju ke arah kami.

What a small world.

"Ray, tak sangka jumpa kau kat sini. Rindu wei."

Izni rapat ke arah Ray. Aku di sebelah di jelingnya. Cungkil biji mata baru tahu.

"Izni, kau buat apa kat sini?"

Lagak Ray bersahaja je, kedua tangan di masukkan dalam poketnya.

"Saja, shopping."

Katanya sambil menunjuk ke arah bag plastik yang ada di tangan. Shopping macam nak kenduri.

"Eh, alang alang kat sini jomlah aku temankan kau. Kau nak beli apa?"

Dia cuba memaut tangan Ray. Tapi Ray tepis. Aku senyum bahagia. Memandai je nak paut lengan abang hensem orang.

"Tak payahlah susah susah, aku datang dengan Maira. So Maira je yang akan temankan aku."

Ray tarik tangan aku dan gengam kemas. Aku dongak pandang matanya.

"Ha a, susah susah je cik Izni ni. Saya kan ada. Lagipun tak best lah kalau cik Izni ikut sama."

Izni buat muka meluat. Kami berbalas pandangan. Aku balas gengaman Ray.

"K lah, jom sayang. Tadi cakap nak pilihkan boxer yang lawa lawa. Jom, nanti abang tunjuk yang mana satu saiz abang."

Ray tarik tangan aku masuk ke dalam kedai. Gila apa nak tahu saiz dia.

"Bye Izni."

Dia lambaikan dari belakang sahaja kat Izni. Aku tengok muka Izni cemberut gila. Jeles ler tu.

Makanya bermulalah detik detik aku di buli mamat sengal ni. Dia memang masuk air. Kemaruk nak kawin dah agaknya.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now