"Huh..jenuh cari parking"bebel Farhan. Mana taknya. Berkali-kali dia berlegar mencari tempat letak kereta yang kosong. Dari tingkat bawah tanah, hingga ke tingkat atas barulah akhirnya dia berjaya mendapat tempat letak kereta. 

"Jom keluar. Liya termenung apa ni." soal Farhan. 

Farhan keluar terlebih dahulu dari perut kereta. Setelah melihat Liya masih tidak keluar menyebabkan Farhan bergerak ke tempat Liya dan membuka pintu untuknya. Liya tersentak. 

Liya tersentak apabila di tegur. 'macam mana boleh termenung ni'

"Terima kasih"ucap Liya malu-malu. Muka menunduk semasa melepasi Farhan. 

Farhan tersenyum dengan tingkah Liya. 

Keadaan pasar raya ketika itu agak sibuk dengan orang ramai. Memandangkan sudah hujung bulan mungkin disebabkan itu kebanyakan orang sudah menerima gaji. 

Farhan membawa Liya ke kedai menjual pakaian lelaki. Sudah dua kedai yang mereka sudah masuk tetapi masih belum ada yang Farhan berkenan. 

"Tak gelap sangat ke"

"Kain dia panaslah"

"Fesyen lama"

Satu yang boleh dilabelkan kepada Farhan. Cerewat. Hampir setengah jam di kedai itu Farhan masih tidak menjumpai baju yang ingin dibeli. Ini sudah kedai yang ketiga. 

"Pergi tempat lain je lah abang. Lama sangat lah. Dari tadi tak jumpa-jumpa"keluh Liya. Penat mengikut langkah Farhan ke sana ke sini.

"Okay2 sorry. Kita pergi kedai lain ye. Kesian Liya kena ikut abang yang cerewet ni kan."

"Eh baru tau ke" Liya menjeling. Tidak tunggu lama dia terus keluar dari situ. 

Farhan tersenyum. Kebelakangan ini kerja dia asyik tersenyum je. Panahan cinta agaknya. Diamengikut langkah Liya yang sudah jauh ke depan. Menonong jalan tanpa memandang kiri kanan. 

"Uish cepatnya jalan. Nak pergi mana ni" pintas Farhan. 

"Tu.."Liya menunjukkan sebuah butik menjual pakaian lelaki dan wanita. Nampak mewah. Mesti ada baju yang diinginkan Farhan. 

Liya terlebih dahulu masuk ke dalam butik tersebut. Diberikan senyuman kepada pekerja yang menegurnya. 

Liya membelek-belek baju yang terdapat di situ. Semuanya cantik-cantik. Kain pun okay. Dah harga mahal macam tulah. Dia memilih sehelai kemeja hitam bercorak jalur halus putih. Nampak ringkas tapi mewah. Sehelai lagi dia memilih tshirt ungu berlengan pendek dari jenis kain cotton. 

"Nah"Liya memberikan kepada Farhan. 

Farhan membelek baju tersebut. Agak lama dia membelek baju itu. 

"Nice"ujar Farhan. Liya mampu tersenyum. Farhan tidak menolak cadangannya. 

"Abang ambil lah ni"

"Alhamdulillah. Okay. Pergilah bayar. Liya tunggu kat luar. Farhan mengangguk. 

Sementara menunggu Farhan, Liya berdiri di luar kedai sambil memerhatikan gelagat orang yang lalu lalang. 

"Kita terus pergi beli barang dapurlah. Bising nanti umi kalau abang tak beli. Boleh tak ni" tanya Farhan.

Liya tidak membantah. Dia mengikut langkah Farhan menuju ke Jaya Grocer yang terletak di tingkat bawah. Sebuah troli di ambil bagi menyenangkan mereka meletak barang yang di ambil. Liya terlebih dahulu menolak troli tersebut sementara Farhan membelek telefon bimbitnya.

"Tolong abang cari barang yang umi suruh ni. Banyak sangatlah pulak. Mana tah nak pilih."bebel Farhan melihat senarai barang di telefon bimbitnya. 

"Meh sini nak tengok" Farhan menerahkan telefon bimbitnya kepada gadis yang setia berada di tepinya itu. Dia tersenyum memandang Liya. 

Farhan mengambil alih tugas menolak troli. Farhan hanya mengikut Liya yang sedang memilih barang. Dari satu tempat ke satu tempat . Farhan melihat ke dalam troli. Terdapat botol kicap, pelbagai sos, gula, garam, telur, minyak, tepung, dan beberapa perencah. Tidak termasuk bahan basah lagi. 

Farhan melihat sahaja Liya yang sedang memlih barang. Dia suka dapat luangkan masa berdua dengan Liya. 

Liya pula ralit memilih bahan-bahan basah. Tidak sedar tingkahnya dari tadi di perhatikan Farhan. 

"Ermm..rasanya semua barang yang mak long nak dah ada ni." Farhan melihat semula ke dalam troli. 

"Ada yang kurang ni"ujar Farhan. Dia menolak troli ke bahagian jajan. 

"Mak long tak suruh pun beli biskut-biskut kerepok ni semua." 

"Umi tak suruh tapi abang yang nak makan nanti"

Liya melihat jika ada barang yang berkenan di hati. Matanya melilau-lilau mencari barang yang dikehendaki. Dia senyum. Sudah jumpa. Empat botol snack pringles  pelbagai perasa di capai dan terus diletakkan ke dalam troli. 

"Abang suka makan ni kan. Liya dah ambil. Satu Liya punya. Abang belanja" ujar Liya apabila Farhan melihat kepadanya. 

"Thank you. Nak ambik banyak-banyak pun tak apa. Abang belanja Liya. Ambillah lagi barang lain."

Liya membalas senyuman Farhan. Cair melihat senyuman manis Farhan. 

Kekasih Hati SelamanyaWhere stories live. Discover now