"Err Razif." Bibir bawah digigit. Serba-salah dia mahu menuturkan kata maaf itu.

"Sorry pasal tadi. Aku tahu aku tak patut ceroboh privasi kau. Aku minta maaf." Faqira menunduk. Kalau lepas ni Razif benci dia memang tak tahu lah dia nak kata apa.


"It's okay. Aku yang patut minta maaf sebab berkasar dengan kau. Aku tak patut buat macam tu."

Razif tersenyum. Ada sebab kenapa dia bertindak gila seperti tadi. Kasut tu barang yang paling berharga. Kenangan antara dia dan 'Rose' ketika susah dan senang dulu.

"Kalau kau tak kisah,boleh aku tahu. Tu kasut siapa ?"

Razif mengangkat muka."Kenapa nak tahu ?"

Pantas Faqira menggeleng. Dalam hati dah berbakul-bakul sumpah seranah dituju buat dirinya. Dasar perempuan tak malu. Tadi dia sentuh barang orang. Sekarang nak tahu rahsia orang.

"Kasut tu..Milik 'dia'."

"'Dia' yang kau cakap kat tasik tu ke ?"

Razif mengangguk lalu mengeluh perlahan. Hatinya menjerit seakan mahu meluahkan apa yang dia rasa. Mahu memberitahu secara depan dan terang-terangan bahawa 'dia' tu Faqira. 'Dia' tu Rose. Yang berada di hadapan dia sekarang ni. Yang sedang menunjukkan wajah polosnya.

Sebab 'dia' tu kau !

"Tu je hadiah yang terakhir dia bagi sebelum kitaorang terpisah." Tangan naik memegang dada. Cuba mengawal emosi lelakinya yang gundah-gulana.

"Kasut tu banyak kenangan aku dengan dia."

Faqira gigit bibir. Tahu seakan aura disekeliling lelaki itu sudah turn off kepada dingin. Segera sling-bag disangkutkan ke bahu. Tak sanggup untuk dia mendengar dengan lebih terperinci. Tiba-tiba rasa tak selesa.

"Err Razif..Aku masuk dulu eh ?"

Razif mengangkat muka. Bibir menguntum senyuman pahit sebelum mengangguk. Langkah Faqira yang berlalu pergi dipandang.

"Rose.."

Faqira menoleh dengan kening terjongket sebelah.

"Take care."

***

Dahi Razif berkerut serius saat melihatkan sesuatu di tangannya. Ikutkan hati,mahu sahaja dia rampas dan buang jauh-jauh benda itu. Rimas dan sakit mata dia melihatnya. Semakin membuatkan dia panasaran.

"Kau ni. Tak habis-habis dengan bunga kau tu. Buanglah !"

Faqira tersentak. Segera dia mendongak dengan pandangan tajamnya."Ni Iya punya. Kenapa abang suruh buang ?"

Razif mendengus."Bunga kau tu dah layu. Kelopak dia pun dah banyak hilang. Asal kau sayang sangat nak buang ? Ke sana sini dengan bunga tu." Punggung dilabuh kasar di atas rumput. Tajam matanya memanah bunga Rose merah yang seakan tak berupa bunga lagi. Layu dan kering habis.

"Abang yang bagi Iya kan ?"

Razif menyirap. Sakit pula hatinya tika ini. Memanglah dia bagi bunga tu tapi suka-suka je memandangkan itu pertama kali Faqira seakan teruja melihatnya. Jadi dia petikkan satu buat si dia. Tak tahu pula sampai terobses macam ni.

"Aku bagi suka-suka. Dah pergi buang. Tangan kau pun dah kotor."

"Tak nak." Bantah Faqira. Bunga Rose diangkat setentang matanya lalu bibir terukir senyuman manis. Selama dia membesar,dia belum pernah lagi melihat secara depan-depan bunga mawar merah ini. Sehinggalah Abang Razif yang memberinya sewaktu menjadi pelarian tadi.

The Rose [ C ]Where stories live. Discover now