"Saya cuma tak nak orang salah faham."

Eian mengangguk mengerti.

"So let me straight to the point. You punya buku ke yang tertinggal atas kereta I?"

Hara menutup mulut menggunakan kedua-dua telapak tangannya. Matanya membulat.

"Audi merah tu Sir Eian punya ke? Tapi kenapa sir parking kereta dekat tempat student?"

"You pun tau kan yang parking untuk staff and lecturer jauh ke belakang. Risiko kereta I untuk diapa-apakan tu tinggi."

Hara menahan gelak. Kereta tu bagaikan manusia pula.

"Back to our main topic. Tu buku-buku you ke?"

Hara mengangguk laju.

"Macam mana boleh tertinggal ni, Ledy?" Kedengaran Eian seakan-akan mengeluh.

Belum sempat Hara ingin membuka mulut, Eian secara tiba-tiba mendekatkan dirinya dengan meja dan tangannya mula membetulkan rambut Hara. Hara terkesima!

"After class kita lunch sekali ya, sayang."

Sayang?! Hara sudah gelabah!

"Er apa yang ..."

Eian memberi isyarat supaya dia kekal senyap.

"Eian." Hara dan Eian sama-sama menoleh ke arah suara itu.

"Eh, Fasha! You buat apa dekat sini?" Eian bangkit dari kerusi manakala Hara masih terkulat-kulat.

"Your mom kata you dah masuk kerja last week dekat sini. That's why I datang ni nak ajak you pergi lunch."

Eian menggosok tengkuknya.

"Oh I'm so sorry Fasha! I dah janji dengan girlfriend I."

Fasha memandang Hara lama.

"Student ni girlfriend you, Eian? Are you try to make a joke? If yes, it is not funny!"

Fasha ketawa sumbang.Hara memandang Eian meminta penjelasan.

"Sayang, ni Fasha. Kawan rapat I masa dekat tempat belajar. And Fasha, this is my lady, Ledy Hara binti Dato Hassan."

Hara sekali lagi terkejut. Bagaimana lelaki ini tahu nama ayahnya?

Fasha memandang Hara atas bawah. Tak dinafikan bahawa Hara lebih sempurna berbandingnya yang agak berisi dan kulit yang tidak terlalu cerah.

Telefon Hara berbunyi. Hara menghembus nafas lega.

"Hello mummy. Ya, Hara dekat kampus lagi. After lunch Hara dah tak ada class sebab lecturer dah cancel."

Eian mengerling wajah Hara yang sedang berkomunikasi dengan mummynya. Fasha tidak dihiraukan.

"Ala mummy, siapa nak teman Hara kalau macam tu? Hara tak biasa drive jalan tu lah mummy..."

Bibir Eian mengukir senyum apabila mendengar nada manja Hara.

"Tak apalah kalau macam tu, nanti Hara minta siapa-siapa teman Hara. Bye mummy, assalamualaikum."

Hara mengeluh perlahan.

"Kenapa Ledy?"

"Ada masalah sikit."

Eian memandang Fasha.

"You balik dulu boleh tak?"

Fasha pada mulanya enggan,namun akhirnya dipaksa oleh Eian. Tinggallah Eian dan Hara bersendirian.

 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐞𝐫𝐭𝐚𝐦𝐚 Where stories live. Discover now