MAHFUZ - 1

79.7K 3.8K 628
                                    

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.


"KAHWIN dengan anak aunty?"

Gadis itu tersentak. Wajah diangkat, memandang wajah pemilik suara tersebut. Dia tergelak. Bukan dia tidak tahu perangai 'suka bergurau' Puan Yani, merangkap bosnya.

Dia berjalan menuju ke arah rak buku. Empat buah buku dibawa bersama. Iman berkerja sebagai pembantu perpustakaan di Perpustaan Kuala Lumpur.

Puan Yani suka sangat cakap mengarut. Selalu sangat beri dia harapan palsu. Dia kenal sangat anak lelaki Puan Yani itu. Dari zaman sekolah menengah lagi, dia sudah terjatuh hati pada anak bos besarnya itu.

Adam Mahfuz. Bertahun dia memendam rasa cinta terhadap anak wanita itu. Rasa yang begitu menyesakkan. Wajahnya kacak, bersih tanpa sebarang cacat cela. Tapi sayang, orangnya tidaklah sebaik rupanya.

Tiba-tiba Iman terkenangkan semula sejarah lamanya bersama Adam Mahfuz. Senyumannya terus saja pudar. Lesap. Hilang kemanisan di wajah cantik itu.

"Iman, please..." Puan Yani mengekori Iman dari belakang. Dia betul-betul terdesak. Dia amat memerlukan pertolongan gadis itu.

"Aunty, kalau aunty nak bergurau, bergurau pasal benda lain, okey?" Iman jadi sensitif apabila Puan Yani menyentuh isu kahwin. Lagi-lagi topik itu dikaitkan dengan Adam.

Dia sudah penat mengejar perhatian dan cinta Adam Mahfuz. Dia sudah pernah mencuba, tapi cintanya terus ditolak. Dan disebabkan cinta, dia sanggup menjatuhkan maruahnya sendiri.

"Kalau kau nak, aku boleh serah badan aku. Aku tak kisah, janji kau balas cinta aku."Iman, 6 tahun yang lalu.

Bodoh bukan?

"Aunty tak bergurau. Aunty betul-betul nak lamar Iman jadi menantu aunty. Iman pun dah lama suka dekat Adam, kan?" ujar wanita itu. Suaranya lembut agar tidak ketara betapa terdesaknya dia ketika ini.

Dia sudah penat menegur perangai Adam yang semakin hari semakin menjadi-jadi. Benar, Adam sudah besar. Sudah cukup dewasa untuk menguruskan hidupnya dan punya hak untuk membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Namun, kali ini Puan Yani tak mahu berkompromi dengan Adam lagi.

Dia tidak sanggup melihat anaknya cuba merosakkan rumah tangga orang lain. Bekas tunang yang dicintai sudah menjadi hak orang. Bahkan yang memutuskan tali pertunangan antara Adam dan wanita itu adalah Adam sendiri. Kini, anak tunggalnya itu cuba meraih semula cinta wanita yang sudah bergelar isteri orang.

Sudah puas dia menasihati, menegur dan memujuk Adam. Tapi, dia tetap gagal.

"Tapi, kenapa tiba-tiba aunty?" Iman menyoal. Tangannya lincah menyusun buku-buku itu mengikut susunan klasifikasi.

Sebab aunty terdesak Iman... getus hati Puan Yani.

"Adam perlukan seseorang, Iman," balas Puan Yani. Dia tersenyum.

"Please. Iman... Tolong pertimbangkan cadangan aunty," rayu wanita itu.

Tak semena-mena perasaan curiga timbul di hati Iman. Apa yang Puan Yani cuba sorokkan? Pelik. Tiba-tiba aje Puan Yani suruh dia berkahwin dengan lelaki yang begitu membencinya itu. Iman yakin, dia takkan bahagia berkahwin dengan Adam. Adam pandang dia pun macam pandang najis tepi jalan. Dia tiada nilai di mata lelaki itu.

"Aunty, cuba jujur dengan saya. Kenapa aunty nak sangat saya kahwin dengan Adam? Aunty kan tahu yang Adam bencikan saya." Tanyanya sambil berpeluk tubuh.

"Aunty... aunty..." Ayat Puan Yani tergantung.

"Aunty nak Iman tolong Adam." Puan Yani menarik nafasnya dalam-dalam.

"Tolong?" Apa maksud Puan Yani? Lelaki itu sedang menghadapi masalah apa sehinggakan dia perlu mengahwini Adam?

"Tolong aunty hentikan semua rancangan Adam untuk hancurkan rumah tangga bekas tunang dia."

Iman terdiam. Pandangannya kosong. Sejujurnya permintaan Puan Yani ini sangat berat. Tapi, entah kenapa hati dia tiba-tiba membuak-buak mahu membantu? Adakah kerana Adam? Adakah kerana rasa cinta yang masih belum pudar?

"Tolong aunty, Iman," rayu Puan Yani. Tangan Iman digenggam, erat.

Tiada respons yang diberikan oleh Iman. Perasaannya berbelah bahagi. Otaknya mula bercelaru. Hati kata mahu, tapi akal kata jangan.

"Kalau saya terima... dan saya gagal tolong Adam dengan aunty, macam mana?"

"Tak apa, sayang. Iman boleh buat keputusan Iman sendiri. Aunty takkan halang Iman. Aunty takkan paksa Iman kalau Iman dan lelah dengan Adam nanti."

Adakah semuanya nanti akan berakhir dengan perpisahan? Iman sudah tertanya-tanya sendiri mengenai pengakhiran kisah yang belum pasti. Bukankah Iman bencikan perpisahan? Dan bukankah perpisahan itu menyakitkan?

"Iman?" seru Puan Yani apabila Iman hanya diam sahaja.

"Y... ye?" Iman tersentak dengan sergahan itu.

"Iman setuju?"

"Saya tak tahu..."

Menggadai masa depan sendiri demi sebuah perkahwinan tanpa cinta. Atau lebih tepat, cinta yang bertepuk sebelah tangan, mampukah dia bertahan?

"Iman saja harapan aunty."





TBC

Update: 150120

[B1] MAHFUZ (TERBIT)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora