B A B 27

476 35 2
                                    

Miss me? I've uploaded chapter 27-30. Do check them out <3

I miss yall too. Happy reading!

-----------

"Best pergi dusun Tok Din?" Aku tanya Anas yang seronok makan Buah Pulasan. Dekat dusun abah memang kaya dengan macam-macam buah. Memang sakanlah Zafran dan keluarganya menjelajah. Dah nak masuk Maghrib baru nampak batang hidung masing-masing.

"Best! Ada butan, papaya, manggo and this is butan's sister!" Dia tayang buah di tangannya sebelum sumbat ke dalam mulutnya.

"You mean, rambutan, betik, mangga and buah pulasan?" Aku sebut semula dalam bahasa Melayu. Anas angguk tanpa memandangku. Sibuk makan butan's sister dia. Haihlah anak!

"Oh, Tok Din ada duyan tree!"

"Really?"

"Tapi ada baby duyan je- this small," Dia buat bentuk bulat dengan jari kecilnya, "So tak boleh eat. Nanti mommy duyan- this big," Sekali lagi dia buat bentuk, kali ini dengan tangannya lebih besar, "sad and won't give birth to baby duyan dah."

Aku tahan ketawa. Ada-ada sajalah budak kecik ini.

"It's durian, young man." sampuk Zafran yang muncul tiba-tiba, masih lengkap berbaju melayu dan kain pelikat.

Tadi, elok saja balik dari dusun abah, dia terus menghilangkan diri ke dalam bilik air. Mandi. Anak pun dia angkut sekali. Mana taknya. Balik pun maghrib, lepas tu tergesa-gesa nak pergi masjid.

Zafran tunduk dan cium dahiku sebelum mengusik rambut anaknya. Aku senyum apabila Anas mendengus geram. Pantang dia kalau orang kacau rambut mahal dia. Siap jeling daddy dia. Memang marah sangatlah tu.

"It's duyan, daddy. Tok Din said it's duyan. Daddy doesn't have fruits house. Tok Din has. Tok Din tahu more than daddy."

Kali ini aku tidak dapat menahan lagi. Pecah tawaku di pangkin rumah mak malam itu.

Zafran jeling aku haha.

Aku pulak yang kena. Itulah, anak bijak sangat! Yang abah pun suka sangat baby talk dengan Anas. Sampai ke sudah budak itu pelat berbahasa Melayu. Cakap orang putih juga yang dia fasih.

"Duyan pun duyanlah. Makan puas-puas. Esok kita dah nak balik dah."

Anas spontan mencebik mendengar kata-kata Zafran.

"Can we stay here?"

Zafran pandang aku sesaat dua sebelum membalas.

"Tak boleh, Anas. Daddy ada flight lusa. Mommy pun dah start masuk kerja."

"Betul tu. Anas pun dah nak masuk sekolah kan?"

Anas hanya menganguk perlahan tanpa sepatah kata.

Tahu dia masih terkenangkan peristiwa buli tempoh hari. Bukan senang untuk seorang budak melupakan peristiwa sebegitu. Aku berkongsi pandangan dengan Zafran. Masing-masing tersenyum kecil.

Aku toleh memberikan tumpuan aku kepada Anas. Kepalanya aku usap perlahan.

"I'll tell you what, young man. If mommy and daddy free, we'll bring you here next weekend. Sounds good?"

Melompat gembiralah anak aku selepas mendengarnya. Terus dia peluk aku, dengan comot comotnya sebelum berlari untuk beritahu atuk dan neneknya di dalam rumah. Pecah tawa aku dan Zafran.

Zafran tarik aku ke sisinya. Tangan kirinya memeluk bahu kiriku, membuatkan aku spontan melentok kepala ke bahunya.

"We're good, aren't we, abang?" tanyaku perlahan dengan senyuman yang masih bersisa. Zafran mengeratkan pelukannya sebelum menjawab.

"We're so good, sayang. We're so good."

Dan hari terakhir kami di kampung abah dipenuhi dengan tawa riang.

---------

"Anas, boleh mommy tanya sesuatu?" Aku soal anakku yang baru selesai makan nasi.

Sejak aku jemput dari sekolah tadi dia mengaku lapar. Sampai saja di rumah, aku terus memasak lauk kegemarannya, Ketam Masak Lemak Nenas. Memang berselera habis dia makan. Nasib baik bibik dah defrost ketam dari dalam peti sejuk. Mudah sikit kerja aku.

"Tanyalah."

"Mama Elly tu siapa?"

Wajah Anas berkerut memandangku.

"Who?"

"Mama Elly. Ellyaz Fatini. Who is she?" Aku ulang semula pertanyaanku.

"Oh, she is daddy's friend."

Daddy's friend? Macam mana aku tak tahu?

"Really?"

"Yeah. She's a nice lady. She picked me up from school few days ago. We went for ice cream and come back home."

Kepala aku berpusing. Ellyaz Fatini yang ambil Anas dari sekolah, right when I thought he got kidnapped? Dan Zafran tahu tentang kewujudan perempuan ini? Macam mana aku boleh tak tahu?

"Kalau dia cuma kawan daddy, kenapa Anas panggil dia mama?"

Anas jungkit bahu.

"She asked me to. Anas tak ada mommy back then."

Mudah jawapannya. Maksud Anas, sesiapa pun Ellyaz Fatini ini, dia sudah wujud dalam keluarga ini sebelum aku. Tapi siapa dia? Mustahil dia cuma "kawan" Zafran.

Pelbagai persoalan bermain di fikiran aku tika ini. Namun, terkenangkan study schedule Anas, aku lepaskan dia pergi ke biliknya untuk menyiapkan tugasan sekolah.

Aku perlu tanya Zafran. Lagi tiga hari dia akan pulang. Aku perlukan jawapannya.

-----------

thankyou for reading!

Don't forget to vote, comment and follow me for the next update!

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now