B A B 32

494 45 5
                                    

we all have that one dark past we tried so hard to bury it deep down, where no one can know about it.

-----------

Aku menarik nafas dalam-dalam selepas memakir keretaku di sebelah kereta Zafran. Dia dan Anas sudah pulang dari training. Sepanjang perjalanan aku dari klinik ke rumah, bibirku mekar dengan senyuman lebar. Siap menyanyi-nyanyi kecil lagi di dalam kereta.

Punyalah gembira nak balik bagitahu mereka tentang kewujudan ahli baru dalam keluarga kami nanti. Walaupun aku tersenyum dan menyanyi, air mata aku tetap luruh membasahi pipi. Juga kerana aku gembira tak terkata.

Tiga tahun, Ya Allah. Hanya orang yang melaluinya yang dapat faham apa yang aku rasa tika ini.

Semuanya masuk akal. Kenapa aku asyik pening kepala dan muntah-muntah. Kenapa aku tak suka bau badan Zafran, walaupun dia baru lepas mandi. Kenapa bila aku tak dapat apa yang aku nak, aku rasa sedih.

Aku dalam fasa mengada-ngada haha. Pembawakan budak, kata orang.

Masuk ke dalam rumah, aku tercari-cari kelibat encik suami pula. Melihat segenap ruangtamu dan dapur itu kosong, aku agak dia sedang membersihkan diri. Anas juga tiada. Iyalah, kan baru balik dari bersukan. Masing-masing mesti berkicap.

Aku menyanyi dan menari kecil sambil mendaki tangga untuk ke bilik. Nak simpan beg tangan apa semua, sebelum turun semula untuk memasak. Tengah hari tadi Zafran masak makanan kegemaran aku. Sekarang biar aku masak masakan kegemaran dia dan Anas pula.

Ketam Masak Lemak Cili Api, campur Buah Nenas. Uh, baru terfikir je dah rasa terliur.

Elok beberapa langkah aku naik, sayup sayup aku terdengar suara dari bilik Anas di sebelah tangga. Hanya suara dia, bercakap seorang diri.

Musykil, aku turun tangga semula untuk ke biliknya.

"Why can't you come over?"

Suara Anas. Dia ajak siapa come over? Kawannya?

"Yeah, she doesn't bother me anymore. But I kinda miss her since she's my mommy."

Huh. Dia tengah bercakap tentang aku. Tapi dengan siapa? Kepala aku sudah melencong jauh.

"I hope you two can get along. I just want everyone to be happy."

Sah. Aku rasa dia tengah bercakap dengan Elly di dalam telefon.

"Maybe you can talk to daddy and he will let you come by."

Hati aku tiba-tiba terasa panas mendengar perbualan itu. Dengan aku, bukan main tak mahu bercakap. Tapi dengan Elly, siap bercakap dalam telefon.

Tidak menunggu lama, aku terus menerjah masuk.

"Anas!" Aku sergahnya. Anas yang sedang berbaring atas katil terkejut dan segera bangun. Tangannya cepat-cepat mematikan panggilan telefon itu.

"Anas bercakap dengan siapa?"

Anas geleng kepala, takut-takut.

"Mana ada sesiapa. Anas main game je."

"Oh, dah pandai menipu mommy ya. Siapa yang ajar Anas menipu? Elly?"

"Mana ada, mommy. I said I was playing game. This has nothing to do with Mama Elly." Dia masih nak menipu aku.

"Anas, don't lie to mommy. I heard your conversation. Berani ya Anas suruh dia contact daddy untuk datang ke rumah. How dare you!"

Anas nampak terkejut mendengarnya. Pasti tidak menyangka yang aku terdengar perbualan dia tadi. Dia menghembus nafas seraya meramas rambutnya kasar. Dia mara setapak ke arahku.

SUAMI SEKERAT JALAN (on-going)Where stories live. Discover now