🌧️ [3] Gaduh

4.9K 403 82
                                    

"Boboiboy!!" Aku yang sedang mendengar lagu di bilik, terkejut tatkala suara Fang menerjah dalam telingaku. Aku kemudian membuka headphone yang terpasang pada telingaku.

Aku menjegulkan kepalaku ke luar tingkap. Kelihatan Fang, Gopal, Yaya dan Ying berada di situ. Wajah mereka seolah mencari gaduh.

Aku segera turun ke tingkat bawah. Tok Aba memandangku dengan pandangan risau. Ochobot pula sudah menunjukkan reaksi risau dan takut kalau-kalau sesuatu terjadi padaku.

Aku sekadar memberi senyuman manis kepada mereka agar tidak risaukan aku. Dengan langkah bismillah, aku membuka pintu itu lalu bersemuka dengan mereka berempat.

"Ya? Korang nak apa?" soalku dengan pandangan yang kosong. Aku tak tahu lagi nak bagi reaksi apa. Aku berpeluk tubuh sambil merenung ke arah mereka berempat.

"Heh, tu pun lu mahu tanya lagi?!" Suara Ying meninggi sedikit seolah marah denganku.

Aku mendiamkan diri. Tiada niat pun mahu cari gaduh. "Kenapa? Apa yang jadi?" Aku bertanya lagi walaupun aku tahu apa yang terjadi walau sedikit sahaja maklumat yang aku dapat.

"Kau penipu! Kau kata kau kawan kami!" ujar Gopal, tidak berpuas hati denganku. Wajahnya cemberut, muram dan kecewa terhadapku.

"Kau memang penipu! Kau tipu semua orang kat sini! Rupanya! Kau ni pengintip musuh!" marah Fang. Dia mengenggam kedua-dua belah tangannya, cuba menahan geram.

Aku terkaku. Air mata yang hendak mengalir, ku tahan. Aku tak boleh tunjukkan yang aku lemah. "Tipu ape? Apa yang aku buat?"

"Sampai hati kau buat macam ni kat kitorang Boboiboy.. Malah kau tipu semua penduduk kat sini.." luah Yaya dengan perasaan kecewa. Dia menunduk.

Aku meraup wajahku. Aku serabut. Aku kembali menoleh ke arah mereka berempat dengan wajah yang tertekan. "Apa yang aku dah buat?"

Fang yang tidak dapat tahan amarahnya, mencengkam kolar bajuku. Dia memandangku dengan perasaan marah dan kecewa. "Kalau diikutkan, nak je aku serang kau! Mengaku jelah sebelum kitorang serang kau!" ugutnya.

Aku tersengih sinis. Tak lama selepas itu, wajah sedih, ku pamerkan. "Siapa yang bagitahu semua ni? Siapa yang fitnah aku? Siapa?! Bagitahu aku?!" Perasaan marahku mula mendadak. Ni mesti dari sifat Halilintar dan Blaze. Siapa je yang tak marah kalau kena fitnah macam ni.

Mereka terdiam. Mulut seakan ada emas. Heh, pandai pula mereka diam. Aura dingin mula memainkan peranan pada tubuhku. "Takpe kalau korang tak nak bagitahu.. Tapi aku akan siasat sendiri.."

"Adudu yang bagitahu!" Gopal yang perasan dia terlanjur cakap, segera menutup mulutnya. Dia membulatkan matanya.

Huh, aku dah agak. Aku perlahan-lahan melepaskan pegangan Fang padaku. Panas pulak aku rasa tiba-tiba. "Oh, dia.. Jadi, kauorang percayakan dialah?" soalku sinis.

"Ye, sebab bukti dah ada.." jawab Ying perlahan namun masih ku dapat dengari.

Aku tertawa sinis. Macam ni ke kawan? Sanggup percayakan orang lain berbanding kawan sendiri? Kawan ke namanya kalau macam tu? Percaya tanpa soal selidik? "Dahlah, aku malas nak layan korang.."

Aku mula berpusing, ingin melangkah masuk ke rumah. Tapi, sempatku dapat tangkap suara Fang yang mampu menghancurkan hati aku. "Okey, fine.. Mulai hari ni, kita putus persahabatan.."

Aku terkedu seketika. Aku menggeleng kepalaku perlahan lalu tanpa menoleh sedikit pun, aku beredar menuju ke bilikku di tingkat kedua.

Panggilan daripada Tok Aba ada Ochobot, aku hiraukan. Aku perlu bersendiri buat masa ni. Aku tak kuat. Aku lemah. Lemah bila kawan-kawan aku sanggup buat macam ni.

Aku ingatkan mereka kawan aku, tapi, rupanya tak. Mereka lebih memilih percaya kepada makhluk hijau itu daripada aku.

Sepanjang aku menuju ke bilik, tanpa sedar, kedua-dua tanganku mengepal penumbuk. Cuba menahan geram. Perasaan amarah semakin membuak dalam diri. Aku tak boleh biarkan diri aku terus lemah. Aku perlu kentalkan diri.

Aku tak kisah kalau mereka nak putuskan persahabatan ni. Sebab, ni pilihan mereka, bukan aku. Kan? Bukan salah aku kan? Salah mereka, kan?

Pintu bilik dibuka lalu aku menerobos masuk. Pintu itu kemudian aku tutup rapat. Aku membaringkan diri aku di atas katil. Aku menutup wajahku menggunakan telapak tangan kananku.

Perlahan-lahan, air mata membasahi pipiku. Bibirku diketap, menahan esakan daripada keluar, namun, gagal. Perlahan esakan mula kedengaran.

Mereka tak tahu yang aku tengah tertekan. Mereka tak tahu yang aku tengah sakit. Mereka tak tahu yang aku tengah bersendirian. Siapa yang tak sakit hati bila kawan sendiri putuskan persahabatan hanya sebab fitnah yang belum dikenal pasti?

Kawan ke macam tu? Aku rasa tak. Aku ingat merekalah kawan aku. Peneman aku. Tapi tak. Mereka lebih percaya fitnah tu daripada menyelidik terlebih dahulu.

Itu dinamakan kejam. Kejam terhadap kawan sendiri. Dan aku akan buktikan yang aku tidak bersalah.













~ 🌧️ BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHWhere stories live. Discover now