🌧️ [22] Gempa kembali?

4K 292 83
                                    

"Hah??! Pelindung bayang!" Fang dengan pantas melindungi dirinya dan kawan-kawannya. "Korang! Kuasa aku tak dapat tahan serangan tu dengan lebih lama!" Fang sedaya upaya menahan serangan itu menggunakan pelindungnya.

"Macam mana ni?!" soal Solar. Dia buntu memikirkan cara. Kalaulah ada Gempa. Dia sahaja yang boleh bagi apa-apa rancangan. Eh, tapi, dia sendiri pun tak tahu kalau Gempa kembali.

"Pelindung graviti!!" Yaya menggunakan kuasanya pula untuk melindungi mereka semua. "Cepat! Fikirkan cara nak kalahkan dia!"

"Macam mana ni?!" Thorn memandang ke arah Halilintar. Halilintar masih mendiamkan diri.

"Hali?" Blaze memegang bahu Halilintar untuk mendapatkan perhatian. Dia perasan abang keduanya itu tengah mengelamun.

Halilintar tersentak. Dia menoleh. "Ya?"

"Kau ada apa-apa rancangan ke?" soal Blaze. Halilintar memandang pula ke arah adik-adiknya yang lain. Taufan, Ais, Thorn dan Solar turut memandang ke arahnya.

"A-aku-"

BOOM

"ARGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!"

"HAHAHAHAHA!!! Habislah korang!! Tembakan meriam bom!!" Qassim dengan liciknya mengambil kesempatan menggunakan senjata pertamanya dalam memusnahkan Boboiboy.

Malang bagi mereka semua, senjata itu mampu menembusi dinding pelindung buatan Yaya. Mereka semua tidak mampu melakukan apa-apa. Tubuh mereka semua akhirnya terpelanting ke belakang. Badan mereka amat lemah untuk bergerak.

Qassim yang melihat keadaan mereka, tersenyum puas. Terbalas juga dendam dia selama ini. Dia tertawa jahat namun tidak lama apabil sebilah pisau mengenai badannya.

SHRING!

"Arkhh!!" Sebilah pisau selamat mengenai perut lelaki itu. Dia mula memuntahkan darah. Darah dari perut mula mengalir. Tangan kanannya memegang perutnya yang terasa sakit.

Mata menoleh ke arah belakang. Membulat matanya melihat susuk tubuh tersebut. "A-ada lagi B-boboiboy?"

Kelihatan seorang budak lelaki memakai topi hitam keemasan dan mempunyai anak mata berwarna emas sedang tersenyum sedih. "Tak sangka pula, kau ni licik.. Licik macam syaitan.."

"K-kau s-siapa p-pula?" Bergetar suara Qassim ketika berbicara. Pisau yang masih berada di perutnya, ditekannya erat untuk menahan sakit yang dirasainya.

"Huh.." Budak lelaki bertopi hitam keemasan itu kemudian menarik keluar pisau itu daripada perut lelaki tidak berperikemanusiaan. "Aku? Akulah abang sulung mereka.. Kau boleh panggil aku Gempa.."

Qassim pula terjatuh ke tanah selepas lelaki bertopi hitam keemasan itu atau dikenali sebagai Gempa, mencabut pisau dari perutnya. Dia berdecit geram.

Dia mencapai pisau yang terletak pada kasutnya. Dengan pantas, dia acukan pisau itu ke arah kaki Gempa.

Namun, Gempa pantas melompat ke arah belakang. Dia memandang Qassim dengan wajah yang tidak berperasaan. "Kau...nak cederakan aku? Dah sakit pun masih nak lawan? Rasanya kau ni memang bukan manusia betul pun.. Atau aku perlu kata yang kau ni...ada penyakit mental?"

Qassim memandang tidak puas hati ke arah Gempa. Berani betul budak lelaki di hadapannya ini mencabar dirinya. Dia mengambil lagi satu pisau yang terletak pada kasutnya yang lagi satu.

"Hish! Jaga kau!" Dengan tenaga yang masih ada, Qassim menyerang Gempa dengan bertubi-tubi. Gempa dengan tenang mengelak semua serangan Qassim dengan mudah. Tidak lama selepas itu, Gempa menggunakan pisaunya untuk melontar pisau milik Qassim ke arah lain.

Kini, Qassim tidak mempunyai apa-apa senjata. Namun, dia tersenyum sinis. Ini membuatkam Gempa mula berasa tidak sedap hati dengan tingkah lakunya.

"Kau ingat kau selamat?! Heh, kau dah masuk perangkap!!" Qassim memandang sinis ke arah Gempa.

Berkerut dahi Gempa. Tanpa sedar, satu jaring muncul memerangkap Gempa. Membuntang mata Gempa. Dia tidak perasan yang lelaki tua itu telah memasang perangkap.

"L-lepaskan aku!!!" Gempa cuba mengeluarkan diri daripada jaring itu. Wajahnya menunjukkan tidak puas hati terhadap lelaki tua itu.

Qassim kemudian mengeluarkan satu alat kawalan jauh yang bersaiz kecil lalu dia menekan butang berwarna merah.

BZZZZZTTTTTT

"ARGHHHHHHH!!!!!!"

Renjatan elektrik terhasil daripada jaring itu lalu mengenai tubuh badan Gempa. Gempa yang tidak berdaya akhirnya terbaring lemah seperti adik-adiknya dan kawan-kawannya. 'Maafkan aku semua...' monolog hatinya sebelum matanya tertutup.

🌧️🌧️🌧️

Di suatu lorong bawah tanah, Tok Aba dan yang lain tengah elok dibuai mimpi. Namun mereka semua dikejutkan dengan suara pengawal yang menjerit.

Tok Aba bingkas dari tempat tidurnya lalu mendekati gril pintu bilik yang didudukinya itu. Dia meninjau melalui ekor matanya.

"Apa yang sedang berlaku?" soal pak cik Kumar yang turut meninjau keadaan di luar melalui celah pintu gril itu.

"Aku pun tak tahu.. Aku harap takde benda buruk yang terjadi.." ujar Tok Aba menitipkan doa dalam hati.

TING!

Tiba-tiba sahaja secara serentak kesemua pintu bilik bergril itu terbuka. Terkejut bukan main lagu Tok Aba dan pak cik Kumar. Mujur tiada penyakit jantung.

Tok Aba perlahan-lahan keluar dari bilik itu. Dapat dia lihat di sebelah kanannya, terdapat tiga orang pengawal tidak sedarkan diri.

"Aiyoyo... Apa sudah jadi ni?" soal pak cik Kumar apabila dia sudah berada di sebelah Tok Aba.

"Entahlah.. Wawa?" panggil Tok Aba.

Wanita bernama Wawa kelihatan teragak-agak hendak keluar namun digagahkan juga. Dia menoleh ke hadapan. Dapat dia lihat seorang wanita tua yang ketakutan sambil menyandarkan tubuhnya pada dinding bilik.

"Tok Aba!"

Tok Aba menoleh ke sebelah kiri apabila ada orang memanggil namanya. Terkedu dia apabila melihat Kapten Kaizo dan yang lain menuju ke arah mereka.

"Kaizo?"

"Jangan risau.. Korang semua dah selamat.. Lahap! Bawa mereka semua ke dalam kapal angkasa! Aku kena tolong adik aku!" tegas Kapten Kaizo memberi arahan.

Leftenan Lahap yang baru sahaja tiba akur sahaja dengan arahan Kapten Kaizo. Dia mula mendapatkan tebusan -tebusan yang lain.

Tok Aba dan pak cik Kumar kelihatan terpinga-pinga dengan kehadiran makhluk alien bernama Lahap itu namun setelah Lahap menceritakan apa yang sebenarnya terjadi, barulah mereka berdua faham.

Kapten Kaizo sudah beredar dari situ. Dia kena cepat selamatkan mereka sebab dia tahu musuh mereka itu ada muslihat tersendiri. Dia pantas melompat ke atas sebuah tong sampah yang agak lebar dan besar dan terus melompat ke arah satu bangunan.

"Tch.. Kalau aku tak sempat, memang mati aku kerjakan lelaki tak guna tu.." bisik hati Kapten Kaizo ketika dalam perjalanan itu.













~ 🌧️BERSAMBUNG 🌧️ ~

BOBOIBOY KEMBALILAHDove le storie prendono vita. Scoprilo ora