Aku jeling warning. Dia senyum paksa. Kecut perut ler tu.

"Ehem! Macam ni, kalau angah cakap yang ilmi bukan suspek tu macam mana?"

Mata aku segera membulat. Bukan suspek?

"Maksud angah?"

Aku kerutkan kening. Atalia pun jelas sama terkejut.

"Sebab spesimen air mani yang kami dapat pada mayat mangsa, tidak tepat sama sekali dengan Ilmi."

Aku terlopong. Maknanya, orang lain yang buat semua tu. Tapi di sebabkan Ilmi tu di lihat sebagai seorang lelaki yang rapat dengan Mariam semasa kejadian maka dia di panggil reman untuk kes tersebut lah kan?

" So, adakah Ilmi ini di jadikan kambing hitam ke macam mana?"

Angah garu dagunya seketika. Lagak serius yang mahu berteka teki.

"Ermm, tak jugak. Sebab Ilmi memang ada di situ. Cuma dia bukan dalam keadaan sedar sahaja."

Aku garu kepala. Angah buat kepala otak aku berpusing.

"Tak sedar? Boleh terangkan lagi?"

Atalia bersuara memecah keheningan. Mata angah bercahaya merenung muka Atalia.

Sah ada apa apa!

"Macam ni, pada hari kejadian Ilmi bawa Mariam keluar tengok wayang. Katanya dalam perjalanan balik diaorang di sekat oleh sekumpulan penunggang motosikal. Geng kaki rempit. Salah seorang dari mereka tiba tiba meluru dan memecahkan cermin kereta Ilmi sebelum memaksanya keluar."

Angah diam sekejap dengan mata yang di pejam rapat. Dia buka kembali dan merenung kami berdua silih berganti.

" Dalam dia meronta ronta untuk lepaskan diri, dia di pukul kuat dengan objek keras dan jatuh pengsan. Ilmi sempat lihat bayangan dan teriakan Mariam yang memanggil namanya sebelum dia pengsan. Apa yang dia tahu esok paginya dia dah terbaring di tepi jalan tanpa Mariam dan keretanya. "

Angah pandang aku. Atalia di lihat pegun memandang angah. Terkejut dengan berita tersebut.

" Then, Mariam kena bawak lari ke atau kena kat situ terus?"

Perasaan ku berbaur macam macam sekarang. Sedih, geram, pilu, simpati semua ada.

Sebaiknya perkataan rogol itu aku cuba elakkan sepenuhnya. Rasa sedih berderau darah. Tak dapat nak bayangkan macam mana keadaan Mariam masa tu.

" Hasil siasatan mangsa tidak di rogol di kawasan tersebut tapi dibawa lari ke tempat lain. Mengikut Ilmi ada seramai 6 orang yang terlibat pada malam tu."

Aku tekup mulut terkejut. Atalia seka air mata yang mengalir di matanya. Sungguh tak tersangka. Angah senyum sekilas.

" Tapi, takkan Ilmi tak nampak muka orang yang khianat mereka? "

Ye, ada betulnya soalan Atalia tu. Takkan lah Ilmi tak dapat nak cam muka mereka berenam.

"Mengikut apa yang Ilmi hasil soal jawab kami terhadap Ilmi, perogol tu semua tutup muka dengan kain. Dan dia memang tak dapat nak cam atau kenal mereka semua. Lagipun semuanya berlaku secara mengejut. Kena tarik keluar, pukul dan terus pengsan."

Aku tak tahu nak percaya yang mana satu. Rasa macam tak puas hati. Macam jawapan yang aku inginkan tak mengena lagi pada puncanya.

Mungkin di sebabkan darah abah yang mengalir dalam badan aku yang buatkan aku tak ubah macam pegawai polis juga.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now