PUASA - KEJUT SAHUR

91 8 0
                                    

[special chapter for this ramadhan 😂💞]

P/s : edisi puasa upcoming

1:48 a.m

Kruk kruk kruk

Mata dibuka. Penglihatan masih kabur. Mulut yang terbuka semasa menguap segera ditutup menggunakan tangan.

"Eh bunyi ape tadi tu?" Gumam sangyeon perlahan. Segera dia turun dari katilnya dan menuju ke luar bilik.

Kruk kruk

Kepala ditoleh kiri dan kanan ruang tamu.

Kemudian , sangyeon berjalan ke arah dapur yang satu satunya punca sumber cahaya di dorm sebab semua lampu dah tutup.

Dengan hati yang berdebar debar serta gugup , sangyeon beranikan diri untuk melihat kawasan dapur. Mana tau kot ada sasaeng fans yang menyeludup masuk.

"Hoi . Kau buat ape pagi pagi buta kat dapur ni?" Soal sangyeon sebaik sahaja terlihat kelibat haknyeon yang sibuk meratah ayam hyunjae yang tak habis semalam.

"Eh hyung. Aku tengah qada' makan sebab esok an puasa. So aku makan banyak banyak malam ni" jawab haknyeon lalu meneruskan perjuangan melicinkan koleksi ayam hyunjae.

Dahi sangyeon dipicit perlahan.

"Aduhai hak oi . Kejap lagi kita bangun sahur boleh makan puas puas. Yang kau makan awal awal ni kenapa? Nanti kang lapar balik" bebel sangyeon . Haih tak paham betul perangai anak ju sekoq ni.

"Lah yeke?? Awat tak habaq?"

🍜🍜🍜

"Assolatulkhairumminnannaum~ aduh ! Sakitlah oi" sunwoo mengusap usap kepalanya yang diluku siku sangyeon.

"Subuh pun tak masuk lagi nak. Cerdik ape kau pergi azan? Dah tolong hyung kejut yang lain" kata sangyeon lalu meninggalkan sunwoo si manusia yang tak pernah terpinga pinga sendirian di dalam bilik itu.

"GET AWAY OUT OF MY FACE nananna bojima ouh nanananana boji ana aduh! Ah hyung! " Hwall usap bontotnya yang baru ditendang jacob .

"Aku suruh kau pasang siren alarm. Bukan siren lagu sunmi tuh HALAH HALAH" kata jacob lalu meninggalkan hwall yang masih mengusap bontot preciousnya depan tv.

Yelah ada ke patut pasang mv sunmi siren tu kat tv siap guna speaker?

Jam baru pukul 4:30 pagi oi.

.

"DAH DAH BANGUN SAHUR SAHUR !!!!!" giliran Q untuk kejut baki members menggunakan kepakarannya iaitu menggunakan pitch high note yang mampu memulihkan pendengaran orang pekak.

Semua tak bangun lagi kecuali sangyeon jacob sunwoo hwall dan juga Q.

"Aduh kau senyap sebelum aku sumbat stokin aku yang wangi ni lam mulut kau" kata hyunjae lalu selimut satu badan dia dan sambung tidur.

"Ada aku kesah" pantas Q menarik kaki hyunjae lalu diheretnya ke ruang tamu . Maka hyunjae pasrah ketika menelusuri liku liku kehidupan sepanjang diheret jatuh katil , dan mukanya yang fab diheret pada lantai.

Hwall tersenyum menyeringai sebelum dia geletek kaki younghoon guna slime yang dah berkulat.

Younghoon terjaga. Mata dipejam celik beberapa kali. Segera dia tukar posisi menjadi posisi duduk dan stretch badan.

THE HAVOC BOYZZ Where stories live. Discover now