DARAH

78 11 0
                                    

Semua member the boyz sudahpun berkumpul di studio. Tujuan mereka berkumpul masih belum diketahui. Sementara menunggu tim director datang , mereka menghabiskan masa dengan menari random , bermain dan sebagainya.

"Annyeong yaedeul ah ~ (hello guys) " sapa director nim sebaik sahaja memasuki studio di mana  member the boyz berada. 

"Annyeonghaseyo" kata kesemua the boyz serentak sambil tunduk 90° dan 45°.

"Baik semua boleh duduk" kata director . Director nim juga duduk di kerusi yang disediakan.

"Kamu semua tau tujuan kita berkumpul harini?" Soal director memandang semua member yang berada di hadapannya.

"Tak~"

"Baiklah. Tujuan saya datang kumpulkan kamu semua ... kita akan bergerak ke hospital berdekatan kejap lagi" sambung director.

"Ehh??" Hyunjae terkejut berok kalah beruk mok ye.

"Kita nak buat apa kat sana?" Soal sangyeon.

"Adalah. Nanti dah sampai sana kamu akan tau"

.

"Ommaaaaa!!!!!" Sunwoo merengek ketakutan sebaik sahaja doktor mengeluarkan jarum yang panjang dan besar. Tangan younghoon di sebelah dicengkam kuat.

"Aku rasa dia yang ambik darah. Pesal aku yang sakit?" Gumam younghoon pelik.

"Kalau takut tutup mata. Tak sakit mana pun nih" kata doktor perempuan yang tersenyum. Namun sunwoo nampak doktor tu menyeringai.

Jarum dimasukkan di lengan sunwoo dan ...

"Arghh!! Huwarghh huwarghhh sakit la bodo huwarghhh" semua yang ada dekat situ tergelak macam orang gila tengok reaksi sunwoo.

Tu belum lagi eric.

.

Air liur ditelan. Mata sekejap pejam sekejap celik. Jantung berdegup kencang. Kaki dah tak rasa berpijak di tanah bumi yang nyata.

"Weh kau okay tak ?" Soal new yang melihat eric yang dah macam mayat hidup. Muka dah macam takde darah. Pucat!

"Err o-okay je. Beshe bes-he" kata eric berlagak tenang namun dalam hati Allah je tau.

"Baiklah ni akan rasa menyengat sikit" kata doktor yang adalah dalam 30-an.

"Dok-doktor . Saya ada tertinggal barang la kat rumah. Nak pergi ambik jap" baru je eric nak pergi dari situ tangannga ditahan oleh doktor lalu dia terduduk kembali.

"Tak payah nak tertinggal barang sangat la eric oi. Ape yang kau tinggal? Vr game kau tu? " bebel jacob sambil cekak pinggang. Maklumlah eric nilah satu satunya anak dia yang paling kuat kene bebel.

Jarum dimasukkan perlahan lahan.

"Eomma appa maafkan eric kalau ada salah silap. Sangyeon hyung sorry sebab selalu mengumpat hyung. Jacob hyung sorry sebab haritu terbuang 6 kotak cereal yang hyung baru beli tu. Younghoon hyung eric mengaku eric yang hanguskan roti yang hyung buat haritu. Hyunjae hyung sorry sebab selalu curi curi makan ayam hyung sampai habis licin bak sutera. Juyeon hyung saranghae. Kevin hyung jagalah patung kesayangan hyung tu baik baik. New hyung janganlah jadi sajat nanti tau. Q hyung pendekkan sikit leher anda. Haknyeon hyung. Stop la makan nanti nak timbang pun penimbang tu pecah. Hwall kau pakai la elok elok sikit . Sunwoo stop la jadi savage huhuuu andai eric dah takde nanti jangan lu- aduhh!" Eric menggosok kepalanya yang diketuk guna dulang doktor.

"Tak yah nak over sangat. Ambik darah je pun bukannya masuk bilik bedah ey aku la" kata sunwoo dengan savagenya.

"Ohh kau yang curi ayam aku eh. Tunggu. Balik rumah nanti kita settle lain" kata hyunjae.

.

Tiba giliran haknyeon

Nafas ditarik. Dan hembus. Dia cuba berlagak tenang. Yelah jeju boy en. Of courselah kental. Takde gerun punya.

Jarum dimasukkan perlahan lahan. Dia memejamkan mata mana tau tiba tiba japgi menyengat.

1

2

3

4

5

Eh pehal lama sangat?

"Dik dik? Dah siap lama dah" haknyeon buka mata bila doktor tu gerakkan dia.

Aik? Dah siap?

Tak sakit pun.

.

Setelah selesai semua mengambil darah, mereka bertolak pulang ke studio.

"Macam mana? Okay?" Soal director yang masih tersenyum lebar.

"Okay director kata? Macam nak mati rasanya" kata eric.

"Sebenarnya tujuan ambik darah tu.. nak uji keberanian kamu je ahahaahaha" kata director .

"Mwo??!!"

News
Seorang director dihantar ke hospital gila. Dipercayai puncanya ialah mengambil darah tanpa sebab.

THE HAVOC BOYZZ Where stories live. Discover now