BOMOH

91 8 44
                                    

Peluh turun tak henti henti. Air liur ditelan beberapa kali sambil menahan ketakutan yang amat dasyat lagi havoc.

Suasana sepi malam menegakkan lagi bulu roma kevin.

'Tak boleh jadi esok aku kena story dekat semua member' gumam kevin perlahan sebelum dia selimutkan satu badannya .

Keesokkan harinya ...

"Weh korang kumpul jap. Ada urgent matter aku nak cakap ni" kata kevin yang mengajak membernya berkumpul di ruang tamu.

"Urgent what? Mate? Ape tuh?" Soal juyeon kebengongan. "Matter la bongok. Matter tu perkara . Tu pun tak tau?" Kata hyunjae riak.

Taubat la hyunjae.

"Macam serious je kebin" kata jacob yang mula tak senang duduk. Mana taknya eric duduk atas paha dia. Rasa tulang beb! Tajam pulak tu.

"Jom pergi jumpa bomoh" kata kevin sebelum mengeluh. Nampak riak kerisauan plus ketakutan di mukanya.
Semua member memandang kevin pelik. Muka macam ala beruk mok ye.

"Nak buat apa? Ada orang santau kau ke kevin?" Soal hyunjae.

"Ke ada orang bagi hyung ubat pengasih?? Cakap kat aku sapa! Berani dia bagi twin aku ubat pengasih" kata hwall yang melipat lengan bajunya sampai nampak ketiak.

Kevin geleng kepala. Nak je dia tumbuk member dia guna lesung batu. Namun apakan daya nanti theb serang pulak.

"Habistu kenapa? Ooo aku tau! Kau nak santau si eric an? Sebab dia bako rambut kau haritu"  kata sunwoo yang senyum menyenget pada eric dengan pandangan habis-ar-kau-eric-kevin-nak-santau-kau.

"Ish bukan lah! " bentak kevin. Orang tengah serious ni boleh pulak main main. Yang pasal rambut tu . Benda kecik. Dia dah tukar rambut dah pun. Gaya beyonce.

"Dah tu apa? Cer cakap bagi habis ey tahap kesabaran aku ada hack nya" kata younghoon geram.

"Kepala otak kau hack. Had la " kata sangyeon . Hah sapa kata dia tak terror english? Dia dah master kay berkat ajaran jacob. Isteri terchenta.

"Nanti la aku cerita. Yang penting kita kena jumpa bomoh. Harini jugak! "

.

Mereka sudah tiba di destinasi. Iaitu rumah bomoh yang terkenal . Tak lain tak bukan bomoh yoo jae suk.

"Ada apa kamu semua kemari?" Soal bomoh jae suk dengan suara yang menyeramkan.

"Weh bukan patut bomoh dah tau ke apa masalah kita tanpa kita beritahu. Yelah kata bomoh ." Bisik younghoon perlahan pada jacob.

"Tu dalam tv . Tula kau banyak sangat tengok tv. Ni lah akibatnya" bebel jacob.

"Se-sebenarnya tok rumah kami ada penghuni lain selain kami" kata kevin gugup. Dia tak berani nak eye contact dengan bomoh tu sebab takut tergelak. Yelah muka bomoh tu hodoh sangat.

"Hmmmm" bomoh jae suk mula merenjis febreeze pada bekas yang berisi arang dan limau nipis. Kemudian dibakar dengan mancis menghasilkan bau yang wangi.

"Baiklah tok boleh tolong kamu. Tapi kamu kena bawa tok ke rumah kamu malam ni" kata bomoh jaesuk.

.

-Dorm the boyz-

Member the boyz mula memeluk lengan masing masing . Ada yang melihat sekeliling rumah dan atap. Perasaan takut hadir lepas je kevin cerita tentang adanya penghuni lain di rumah itu.

Terutamanya new dengan jacob.

Bomoh jae suk mula membaca mantera mantera. "Kamu ada nampak apa apa ke dalam rumah ni masa kamu kena kacau tu?" Soal bomoh jaesuk sambil matanya memerhati sekeliling.

"Ada. Saya nampak bayang bayang. Besar" kata kevin. Tangannya memeluk lengan sangyeon . Peluh tak henti henti turun.

Rumah mereka dibiarkan gelap sebab tok bomoh suruh .  Lagila kecut perut semua.

Bomoh jae suk masih membaca mantera sambil merenjis ajinomoto di sekeliling rumah bagi memagar kawasan rumah.

Jantung kevin makin berdegup pantas sebaik sahaja dia ternampak bayang bayang yang dia nampak tempoh hari di dinding ruang tamu.

"Hy-hyung. Tengok tu" kevin menunjuk ke arah bayang bayang. Semua orang terkejut nampak bayang bayang tu.

"Huwarghh!!!!" Jacob dan new menjerit ketakutan . Semua member peluk new dan jacob. (Alololo sweetnya)

Bomoh jae suk tersentak bila dengar jeritan mereka. Dia menghampiri kawasan bayang bayang dengan mulutnya makin pantas bergerak.

Setibanya dia di tempat bayang bayang tu berada , dia berhenti. Dan memandang kevin.

"Kau kelentong tok eh?" Soal bomoh jae suk. Kevin mengerutkan dahinya.

"Maksud tok?" Soal kevin pelik. Yelah dah terang terang ada bayang bayang kat situ . Buta ke apa orang tua ni?

Bomoh jae suk mengeluh.

"Dik. Tu bukannya hantu. Tu bayang bayang pantulan rumah depan korang tu ha. Nampak tak dia bukak lampu suluh lepastu ada patung besar dekat beranda dia tu?so bayang bayang patung tu terpantul sampai sini sebab rumah korang tak jauh and gelap. " terang bomoh jae suk.

"Lahhh yeke?" Kata member the boyz termasuk kevin.

Current news

The boyz dijumpai pengsan dan tersadai di beranda rumah mereka. Punca nya masih disiasat.

THE HAVOC BOYZZ Where stories live. Discover now