TRANSGENDER

107 11 9
                                    

"Weh eric. Kau tau tak haritu en manager hyung bagitau aku yang new tu sebenarnya perempuan!" Bisik haknyeon perlahan pada eric.

"Mwo? Hyung ni biar betul? Eyy tipu lah. Kalau dia perempuan macam mana pulak dia boleh jadi member the boyz?" Soal eric yang agak terkejut dengan statement haknyeon tadi.

Mana mungkin new hyung perempuan. Memang la muka dia macam perempuan tapi. Eh takkanlah.

"Lah kalau tak caye japgi masa mandi kau stalk dia. Dia ada balut weh dada dia ala macam cerita to the beautiful you tu" kata haknyeon masih mempertahankan kata katanya.

Eric dalam dilemma. Betulke apa yang hyung cakap ni? Hurm

.

New mandi dengan aman dan damai siap nyanyi lagu rooftop by n.flying lagi. Kau hade?

"Eh pehal aku rasa macam ada orang intip aku je ni?" Bisik new perlahan sambil matanya melilau tengok sekitar bilik air kot kot ada camera ke nak skodeng dia .

Tak ada.

"Ke perasaan aku je ek?" Lalu new buat tak endah dengan perasaannya. Dia sambung mandi.

.

Eric pandang kiri dan kanan. Okay line clear!

Hyung yang lain tunggu kat studio. Aku cakap aku nak mandi kejap so diorang turun dulu.

Aku pijak lantai perlahan lahan macam dalam cerita mission impossible. Nyanyian seseorang memastikan aku lagi yang tengah mandi tu new hyung.

Aku mendekati bilik air. Kebetulan memang ada lubang dekat pintu ni. So memudahkan lagi kerja aku .

Aku kecilkan mata dan mata kanan aku tutup bagi memfokuskan imej .

New hyung tengah lap badan dia. Korang jangan fikir bukan bukan lak dia dah pakai seluar.

Betul ke new hyung ni perempuan?

Aku tengok dan tengok dan tengok dan .

Mata aku terbeliak luas.

Terkejut.

Memang betul cakap haknyeon hyung. Dia balut dada dia !

So selama ni kitorang tinggal dengan....

YEOJA?!

Aku angkat kepala dari intip lagi. Terkaku sebentar di depan pintu bilik air.

Bak kata orang putih speechless.

"Hoi! Kau intip aku eh ?!"

.

Semua member tercengang dengar apa yang eric cerita. Haknyeon pergi tandas sekejap. New masih kat dorm.  Semua pakat tak kelip mata akibat terkejut melampau.

"Be-betul hyung. Ni jantan - eh betina ni perempuan hyung!! Eric tak tipu!! " kata eric separa menangis sebab hyung semua macam tak percaya dia.

"Agak agak la kau eric. Taulah muka new tu macam perempuan tapi aish" kata sangyeon lalu kusutkan rambutnya.

"Betul hyung!! Sumpah eric tak tipu! Kalau tak caya hyung pergi spotcheck sendiri" kata eric yang dah menangis macam orang dianiaya.

Semua mengerutkan dahi cuba memproses situasi semasa. Dan haknyeon balik dari tandas.

"Asal korang ni? Nampak kusut aje" kata haknyeon yang masih terpinga pinga lalu dia melabuhkan punggung sebelah juyeon.

"Eric cakap new perempuan" kata younghoon yang agak kecewa. Dia menundukkan pandangannya ke lantai.

"Mwo?!" Haknyeon pura pura terkejut kemudian tawanya meletus.

"Ahahahahahaha eric ahahahahahaha" haknyeon menekan nekan perutnya akibat ketawa yang kronik. Muka dia sampai merah.

Eric yang menangis teruk tadi toleh tengok haknyeon .

"Ke-kenapa hyung gelak? Hyung yang cakap tadi yang ne-new hyung tu perempuan" eric mengesat air matanya yang turun selaju ets (kereta api moden) .

"Hahaha aduh aduh sakit perut" haknyeon masih tak berhenti ketawa menyebabkan yang lain usya dia atas bawah. Yelah orang tengah serabut dia boleh gelak macam orang gila.

"Okay hyung mintak maaf eh eric. Tapi tadi hyung tipu kau je ahahahahaha tak sangka kau percaya" haknyeon sambung gelak sebab dia rasa benda ni lawak tersangatla gila!

"Apa yang hyung merepek ni? Eric nampak sendiri la dia balut dada dia macam yang cerita to the beautiful you tu!"

Dan haknyeon terdiam. Matanya dia kelipkan banyak kali.

"Ka-kau biar betul? Bilanya kau nampak?" Soal haknyeon . Air liur ditelan.

"Tadi aku buat macam yang hyung suruh. Skodeng dia dalam bilik mandi. Pastu betul hyung! Dia balut dada dia lepas je dia keringkan badan dia!" Eric bersungguh sungguh yakinkan apa yang dia nampak sampai dengan lantai sekali jadi mangsa hentakan dia.

"Pehal bising bising ni?" Semua mata memandang ke arah new yang baru sampai dan duduk sebelah Q. Q nampak sebak macam tengah tahan nangis.

"Sam-sampai hati kau tipu aku new" kata Q sebak. New yang tak tahu apa apa pelik tengok Q. "Tipu apa? Korang cite pasal apa ni? Cer explain" new kerutkan dahinya.

Yelah baru sampai tetiba orang kata dia tipu.

Seolma! Dorang dah tau ke yang dia ada curi cereal jacob? Ke pasal dia makan ayam hyunjae? Ke sebab minum jus sunwoo sampai habis?

"Buat buat tak tau pulak." Kata hyunjae dan jeling new dengan meluat.

"Sorry hyunjaee!! Aku yang curi ayam kau aku mintak maaf !" Kata new melutut dekat hyunjae. Hyunjae pelik.
"Kau curi ayam aku?!" Hyunjae yang pada mulanya tenang bertukar terkejut plus tidak percaya. Patutlah dia nak makan pagi ni hilang!

"Eh? Bukan pasal ayam tu ke?" New duduk macam biasa kembali sambil garu garu kepalanya.

"Kau perempuan kan?" Soal jacob lembut . Muka new dia tenung.

"Hah? Apa yang korang merepek ni?" Kalini new yang terkejut.

"Eleh hyung . Eh noona. Aku nampak noona balut dada noona tadi. " sampuk eric yang masih menangis.

"Noo-noona?!" New jerit kecil. "Woi aku lelaki lah !" Sambung new.

Yang lain pandang dia tak percaya.

"Abis yang kau balut dada kau tu apa?" Soal kevin yang juga kecewa sebab ditipu. Dah la dia paling rapat dengan new.

"Astaga! Kan aku terjatuh dalam bilik air semalam. Belakang badan aku terlanggar kepala paip. Luka tu yang doktor suruh balut takut jangkitan kuman" terang new.

"Takde. Kau tipu en? Kalau betul kau lelaki. Ha tunjuk mana luka kau tu" kalini sunwoo menghampiri new dan buka bajunya.

Betul ! Dia balut kawasan dadanya sekali dengan belakang badannya.

New buka balutan . Yang lain dah tutup mata. Kot kot betul si new ni yeoja. Habis mata suci dorang.

Mereka buka mata sebaik sahaja ternampak kesan luka yang masih baru pada belakang badan new.

"Ha! Tak percaya lagi?" Soal new dengan nada marah.

Lalu semua memadang eric.

"ERIC!!!!!!!"

THE HAVOC BOYZZ Where stories live. Discover now