MELETUP

78 13 14
                                    

"Okay.. so harini kita nak masak apa?" Kata sangyeon yang mengetuai sparkling team (sangyeon Q new jacob)  membeli barang di kedai.

Mata new tertancap pada sesuatu benda. "Hyung jom masak budaejigae (stew army) " kata new yang menunjuk bungkusan plastik budae jigae kepada yang lain.

"Wahh mashiketta (looks delicious)" kata Q. Lalu 3 plastik stew army diletakkan dalam troli.

.

"Aduh malas la nak kemas. Kenapa la asyik muka kita aje yang kena kemas ni~" rengek maknae boyz (eric hwall sunwoo haknyeon) di ruang tamu. Yelah sparkling team dapat jalan jalan kat kedai cuci mata. Cartoon boyz pulak tugas dorang kena memasak japgi. Ni ha kitorang? Kene bersihkan dorm.

Banyak cantik muka jacob hyung.

"Tah. Bosan la balik balik kita yang kena kemas eyy" rengek hwall sambil hentak hentak patung kesayangan kevin pada lantai.

"Hoi kemas ajelah. Haih pokpek pokpek macam mak nenek. Aku report sangyeon hyung kang haaa baru tau sape hensem sape tak" bebel younghoon sambil main rambut juyeon jadi dandan.

"Tiberr kau hyung. Ok tak ok?" Sampuk sunwoo yang tengah minum jus anggur.

Younghoon buat derk. Lalu sunwoo eric hwall dan haknyeon mulakan operasi mengemas dorm manakala cartoon boyz (kevin younghoon hyunjae juyeon) tengah syok melepak kat lam bilik.

.

"Ape lagi nak beli?" Soal sangyeon sambil matanya melihat rak rak yang tersusun.

"Nak beli snack ke? Dessert ke?" Soal Q yang kebetulan tengah lalu bahagian dessert.

"Boleh jugak"

Mereka pun mengambil aiskrim berlainan perisa dan sedikit jeli dan puding.

Setelah selesai membeli belah mereka bergerak pulang.

.

"Kami dah bal- yaa! Hyung suruh korang kemas korang boleh terbongkang depan tv ni??!" Jerkah new yang terkejut nasib baik tak pijak hwall yang ada depan pintu tu.

Eric bangun dengan muka tak bermaya. "Hello sorry sikit. Semua keje dah settle okay" lalu disokong oleh haknyeon.

"Tah hyung ni. Tengok la sekeliling rumah. Bersih bak bilik surgery. Kuman pun takde"

Setelah meneroka kawasan rumah , sparkling team berpuas hati dengan usaha maknae boyz.

Barang barang yang dibeli diletak atas meja.

"Okay cartoon boyz ! Kemari kalian . Sila mula memasak ye. Ha tengok la barang apa yang ada tu ha korang masak la. Jangan sampai hangit pulak" bebel jacob lalu beredar meninggalkan cartoon boyz yang bertugas untuk memasak.

.

Setelah memakai apron , peralatan memasak disusun atas meja.

Kevin bertugas memasak army stew , younghoon bertugas memasak nasi goreng daging , hyunjae bertugas membancuh air dan juyeon bertugas membuat chicken ginseng soup.

"Okay first potong daging eh cuci daging dulu" bebel younghoon sendirian. Perkara ini berterusan (bebel sorang sorang) .

"Eh hyung? Buat air ni kena letak gula ke? Ke letak ajinomoto?" Soal hyunjae yang memegang bekas garam.

"Sejak bila buat air letak ajinomoto ? Bodoh tu simpan sikit" kata juyeon yang tengah khusyuk rebus air ayam.

"Eh haahla. Letak air asam" kata hyunjae lalu memasukkan kerisik ke dalam bancuhan air oren.

"Okay aku ada masalah guys. Dia kata letak 500 ml air. Tapi kita takde penyukat" kata kevin yang fokus baca arahan dari plastik.

"Lah  amik je la botol ni. Kan air dia 1500 ml" kata younghoon lalu berikan botol mineral pada kevin.

Kevin pun ambil lalu tuangkan dalam mangkuk.

(Author: rasanya dia kata 500 ml je tadi :')  )

Juyeon keluarkan ayam dari peti kemudian letak dalam suatu bekas.

Setelah mencuci ayam , dia masukkan ayam tersebut ke dalam oven.

30 minit di set.

.

29:50

"Okay 10 saat lagi" gumam juyeon perlahan.

10

9

8

7

6

5

4

3

2

.

.

Tit. Tit.

"Eh? Satu mana?"

KEBABOM!!!!!!!

berita hari ini

Sebuah dorm yang dipercayai dihuni oleh sekumpulan idol telah meletup. Punca letupan masih belum diketahui.

Nantikan berita malam ini pada jam 12 malam.

Sekian


THE HAVOC BOYZZ Onde histórias criam vida. Descubra agora