Annabelle

80 9 6
                                    

Jacob New Younghoon dengan Juyeon berada di sebuah kedai antik. Maklumlah katanya saja nak ambil angin pergi kedai yang berbeza.

Yang lain semua dekat rumah. Membongkang.

"Selamat datang" kata seorang wanita tua yang lebih kurang dalam 50 an menyapa mereka sebaik sahaja mereka memasuki kedai .

Jacob dan younghoon berpasangan manakala juyeon dengan new.

-jacob & younghoon-

Mereka memasuki sudut yang terletak koleksi patung patung yang berunsur keagamaan seperti gajah , serigala , monyet dan sebagainya.

"Uwa banyaknya patung ." Kata younghoon yang terpegun dengan kecantikan patung patung itu.

Jacob pun terpegun tapi senyap je sebab mulut ternganga.

Sedang mereka berjalan menyelusuri rak patung patung tu , jacob terasa kakinya seperti tersadung. Dia hampir jatuh tetapi sempat disambut younghoon.

"Aigoo josimhae (hati hati) " kata younghoon yang masih memegang lengan jacob. Mata jacob terpaku pada anak patung yang dilanggarnya tadi. Bukan dilanggar. Tapi yang menahan kakinya tadi.

"Aik? Apa patung ni buat kat sini?" Soal jacob pelik lalu mengangkat patung tadi dan diletakkan di atas rak patung yang lain. Younghoon hanya memerhati.

"Eh hyung. Macam kenal lah patung ni. Kat mana ek" kata younghoon yang sibuk berfikir dengan jari mengetuk ngetuk dagu.

"Hoi kau ingat ni manusia ke? Boleh macam kenal macam kenal pulak" kata jacob lalu dia mengheret younghoon pergi.

.

-juyeon & new-

"Wahh wahhh apa benda ni?" Soal new yang terjumpa alat cahaya  pembantu selfie. [Refer come on the boyz rpg summer edition new's diary]

New mangambil alat itu dan lekatkan di handphonenya. Apps camera dibuka.

"Uwaaa" juyeon juga terpesona dengan kecanggihan alat itu.

Sedang mereka asyik selfie , juyeon terasa seperti seseorang mencuit bahunya.

Dia toleh ke belakang. Takde orang. So dia buat dont know je.

"Woi dah dahla tu selfie. Baik kau beli aje benda alah tu" juyeon melihat new dengan poker face. Yelah dah 40 gambar new snap. Ingat ni pusat latihan selfie ke?

"Ye yee memang aku nak beli pun. " new membuka alat itu dari handphonenya dan menuju ke destinasi lain. Tetapi kaki new tersadung sesuatu. Juga sempat disambut oleh juyeon si hero idaman malaya. 

"Ish ape kebende pulak yang aku langgar ni" new tengok ke arah benda yang dia langgar. Dan terlihatlah patung yang sama jacob langgar tadi.

"Mana datang patung ni?" Juyeon meneliti satu persatu patung itu.

"Eh dah lah letak je tepi . " kata new lalu mereka bergerak.

.

Mereka bertemu di kawasan jam jam antik. Apelagi jakun la sat nampak barang barang antik. Mereka ni penggemar barang antik. Q pun minat tapi tulah tidur lebih berharga katanya.

"Weh tu bukan patung yang kita langgar tadi ke?" Soal  younghoon sambil menepuk nepuk bahu jacob. Serentak mereka berempat toleh ke arah yang ditunjuk younghoon.

"Eh haahla. Tapi bukan tadi kita dah letak kat rak ke?" Jacob hairan. Yelah dia sendiri yang letak tadi.

"Eh kitorang pun terlanggar patung tu jugak tadi" kata new dan juyeon.

Suasana sepi seketika.

"Hah! Baru aku ingat! " kata younghoon dengan mentol muncul atas kepalanya.

"Patutlah aku rasa macam pernah nampak patung ni. Ni patung annabelle kan? Aku baru tengok cerita dia haritu" kata younghoon excited . Dia cari gambar annabelle di internet dan tunjuk pada jacob new dan juyeon.

Mereka menelan air liur.

Mata pejam celik pejam celik.

"Hy-hyung rasa kita kena blah la " kata jacob yang perlahan lahan tarik younghoon new dan juyeon keluar dari kedai.

"Nak pergi mana tu~" mereka pusing belakang dan kelihatan patung annabelle sedang menyeringai melihat mereka.

Ape lagi tunggang langgang lari.

.

2 minggu kemudian..

Jacob sangyeon dan Q ditugaskan beli pizza. Bukan tugas sebenarnya tapi denda. Dorang kalah game so denda dia pergi beli pizza jalan kaki.

Mereka lalu di kawasan kedai antik yang jacob dan lain lain pergi 2 minggu lepas.

Jacob menahan sangyeon dan Q dari terus berjalan.

"Kau kenapa?" Soal sangyeon pelik.

"Yang aku cerita kedai antik tu.. kat de-depan tu" kata jacob dengan takut.

Tapi sangyeon dan Q melihat jacob pelik.

Sebab.

Takde kedai antik pun depan tu. Hanya tanah perkuburan .

THE HAVOC BOYZZ Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ