TANDAS

125 17 8
                                    

"Amalina ! ~ ohh ohh ohh ohh aku sayang kamu amalina~ hooohh!!!!!!! Aduh" younghoon menggosok kepalanya yang diketuk sangyeon. "Kau kenapa hyung takde angin takde petir tiba tiba ketuk kepala aku. Habis senget otak aku yang genius ni" younghoon memuncungkan mulutnya redha menghadapi dugaan hidup.

"Yang kau dari tadi memekak takde keje lain eh? Dah nak masuk 5 kali makcik senah rumah sebelah tu ketuk pintu marah marah cakap kau memekak. Habis tercemar populariti aku" sangyeon menghempaskan punggungnya dengan marah. Asap  keluar berkepuk kepuk dari telinga hidung mulut bontot.

"Poyo je makcik senah tu. Tah tah dia nak tanda tangan aku. So nak cover dia buat buat la marah. Macam lah aku hidup baru semalam heh " younghoon posing ala model depan cermin oven yang memantulkan wajah tampannya.

"Hoi hoi aku suruh masak bukannya membawang. Cepat sikit kalau tak potong gaji" haknyeon yang tah datang dari ceruk mana mengunyah keropok sambil tangan satu lagi pegang pizza.  "Eh kau ingat kau boss dalam rumah ni? Aku hyung tau " sangyeon berjalan ke arah haknyeon dengan pisau siang ikan.

"Hah apa dia eric? Ha jap aku otw!" Lalu haknyeon pun berlari meninggalkan sangyeon atau lebih tepatnya melarikan diri.

"Eh sejak bila aku panggil kau hyung?" Eric yang tengah khusyuk main game vr nya terbantut sebaik sahaja haknyeon sebut namanya. Setahu dia takdepun panggil nama haknyeon tadi.

"Takde apalah abaikan" kata haknyeon lalu eric menyambung gamenya kembali.

.

6 jam kemudian.. jam menunjukkan pukul 3 pagi.

Kelihatan new yang berlari ke tandas sambil menekan nekan perutnya. "Aduh apehal sakit perut lain macam ni?" Gumam new perlahan.

Tak sampai seminit , juyeon pula berlari ke tandas malangnya dia terpaksa menunggu sebab new tak keluar lagi.

Tok tok! "Oi cepat sikit keluar aku dah tak tahan ni woiii!!" Jerit juyeon dengan suara garaunya sambil tangan menekan nekan perut. Mukanya dah nak bertukar biru.

10 minit kemudian.

Hwall menggosok gosok matanya. "Aduh time time ni la kau nak sakit wahai perut oi. Aku dah mengantok ni. Dahla aku kena paksa stay up dengan hyunjae hyung tadi aduhai"lalu hwall turun dari katilnya dan berjalan ke tandas. Namun hasratnya mati.

"Heol kenapa panjang sangat barisan ni...."hwall merengek dengan kaki dihentak hentakkan ke lantai setelah melihat kesebelas membernya sedang cantek buat barisan depan tandas.

"HOI NEW DAH 10 MINIT KAU DALAM TU ! TIDUR KE????! " juyeon yang dah naik berang mengetuk ngetuk kuat pintu bagai nak roboh maka tersembullah wajah new yang dah macam juon di sebalik pintu.

"Fuh lega bhai. Aku tak tidur ah. Tadi tandas tersumbat. So disebabkan aku baik hati aku cuci ah tandas . Kalau tak takde maknanya aku nak cuci" bebel new yang masih tak berganjak dari pintu tandas.

"Eh tepi ah sikit lagi nak tercicir ni!" Juyeon menolak new keluar dari tandas lalu dia menghempas pintu tandas sebaik sahaja dia masuk.
New buat muka tak percaya.

"Heol terima kasih mana? "

.

Jam menunjukkan pukul 4:30 pagi.

"WOI JUYEON TADI KAU CAKAP NEW. NI KAU PULAK KE YANG TIDO OIIIIII" sangyeon mengetuk pintu dengan lemah kerana dia sedang mengesot ke tandas.

THE HAVOC BOYZZ Where stories live. Discover now