" Doh gitu gak tak apolah. Tokma sedih bena. Baru nak ajok g jale jale, pusing pusing tempat best sini. Doh Maira nak balik doh gak nak wat rano."

Lirih sahaja suara Tokma. Sedih sangat intonasinya. Tapi apakan daya, aku tak betah duduk lama lama sebumbung dengan makhluk jadian seorang ini. Macam macam benda yang jadi nantinya. Dan yang aku paling tak boleh nak hadap ialah berhadapan dengan Ray. Mungkin dia boleh berlagak biasa. Tetapi bukan aku.

Sudah lah bilik bersebelahan. Kadang buka pintu bilik sama sama serentak. Kekadang nak masuk bilik pun boleh tersama. Itu belum nak turun tangga sama sama. Dah macam laki bini.

Aku stress..

Dia ex pakwe yang aku cintai, lepas tu boleh ke aku berlagak biasa? Boleh ke?

" Oo ada hal keluarga. Kejap aku tanya Inspektor Khairi. Kotnya dia tahu sesuatu. Dia kan abang sepupu kau!"

Bagai nak tersembur karipap goreng kat dalam mulut ni bila Ray cakap macam tu. Apatah lagi di sabdu kan nama abang ngah tu sepanjang panjangnya. Mengalahkan guru mengaji.

Aku telan air liur. Sedikit sengihan aku lemparkan kepada Tokma. Dia pandang kami berdua silih berganti. Mungkin pelik dengan kata kata Ray.

Aku lagi lah hairan dia masih berhubung dengan abang Ngah?

" Ray, mu kenal ko Maira ni sebenarnyo?"

Mama Atalia bertanya. Seakan menyuarakan apa yang membelenggu dalam kepala semua orang dan kini Semua mata mula tertumpu kepada kami. Haa bagus, jom tepuk ramai ramai.

Atalia ketawa geli hati. Aku jeling dia. Sampaikan dia tersenyap sendiri. Tahulah dia yang aku kini dalam keadaan bengang yang keterlampauan.

"Haa jawap. Jawap!"

Batu api betul Lia ni!

"Kenapa tak kenal, arwah abah dia ketua kami masa Ray bertugas kat Perak dulu. Dia anak DSP Mohamad Zam."

Nasib baik itu jawapan yang dia berikan. Aku ni sampai berpeluh peluh telapak tangan memikirkan apa jawapan yang dia bakal berikan. Kotnya dia cakap kami ni ex. Mati aku!

"Oo gitu. Bakpo dok oyak awal awal. Tokma ucap takziah atas pemergian abah Maira. Kalulah kito jupok maso tu."

Mata Tokma berkaca kaca. Dan aku mula sebak.

"Tokma kenal abah?"

Dia senyum. Anggukan kecil dia hadiahkan pada aku.

"Bakpo tak kenal, masa mula mula Ray kena bertugas situ tokma ada g. Pastu dia lah wat sambut kami semo. Baik dio. Tapi.. Tulah.. Tok seko jadi gitu."

Aku angguk dan menunduk sedikit ke meja. Bercakap pasal abah menjadikan aku sebak. Jujurnya peristiwa lama itu tak pernah suram dari ingatan aku.

"Takpo lah dok jupok maso tu Tokma weh, jupok loniy lagi molek. Bakal nantu lah katakan. Sek demo ni bekas kasih zame dulu. Opsss. "

Sekali lagi kami jadi perhatian. Atalia, kenapalah mulut kau tak boleh nak control sikit. Aku gigit hujung bibir bawah. Geram. Kalau dia dekat ni memang aku dah cubit cubit sehingga isi kulit dia tercabut.

" Atalia.. Apa gura gitu.."

Tokma menegur. Mata dia tajam menikam ke arah Atalia.

"Laa, gura apo nyo.. Benda betul. Paksu ni ex Maira. Maira ni ex paksu. Demo ni gewe lamo."

Aku malu. Kali ini muka aku tundukkan lagi ke meja. Kalau dua kali tunduk lagi memang cium pinggan lah mulut aku ni.

(EDITING) HATI BEKU ENCIK POLISWhere stories live. Discover now