Bab 25

2.4K 106 3
                                    

NAJMINA JANNAH menghirup udara segar negara matahari terbit. Sungguh segar. Senyuman lebar menghiasi bibirnya.

Gembira dia apabila Faliq tiba-tiba mengajaknya untuk keluar berjalan setelah hampir seminggu mereka di Jepun.

Sekarang mereka di Shibuya iaitu di jalan Shibuya Hachiko Square. Jalan raya paling sibuk di Jepun.

"Awak." seru Mina. Faliq berpaling memandangnya.

Klik!

Tersenyum Mina memandang gambar tersebut. Terasa phonenya dirampas seseorang dan semestinyalah Faliq Arshad.

"Phone sayalah. Bagi balik."

"Phone kau. Gambar aku. Selamba kau aja ambil gambar aku. Siapa suruh?"

Mina mencebik geram. Eleh,itupun berkira.

Phone Mina dibelek. Tersenyum sebentar Faliq melihat wallpaper gambar perkahwinan mereka yang diguna Mina. Aplikasi kamera dibuka.

"Mina."

Mina berpaling seraya itu bahunya dipeluk Faliq dan dahinya terus sahaja dicium lembut.

Klik!

Ciuman dilepaskan tapi pelukan dibahunya masih kekal. Malah lagi dieratkan. Phone Mina dipulangkan semula.

Faliq kemudian berjalan laju meninggalkan Mina yang terpinga-pinga.

Orang yang berada disekeliling langsung tidak mengambil kisah. Itu satu benda yang biasa bagi mereka.

Mina memandang ke arah phonenya. Gambar tadi dibelek berulang kali. Tidak percaya. Faliq baru sahaja mencium dahinya. Like,seriuosly?! You've got to be kidding me!

Walaupun bukan kali pertama,tapi debarnya masih sama seperti kali pertama.

Perlahan bibirnya mengukir senyuman. Hatinya terasa bahagia tak terkata. Alangkah indahnya kalau setiap hari begini

Langkah kaki Faliq dikejar apabila mendapati dia hampir kehilangan bayang lelaki itu. Phone tersebut disimpan semula di dalam beg.
--------------------------------------------

"CANTIKNYA!" Jeritan keterujaan Mina dapat didengarinya. Mina teruja melihat pokok bunga sakura di sekelilingnya.

Memang dia sudah lama ingin melihat bunga sakura. Akhirnya impiannya tercapai. Sekarang mereka di Ueno Park iaitu di lokasi hanami (melihat bunga).

Mina mengeluarkan phone yang berjenama Huawei itu lalu diambil seberapa banyak gambar. Hampir penuh galeri phonenya hanya dengan gambar dia dan bunga sakura. Terdapat juga gambar Faliq yang diambil dalam diam.

Mereka berdua kemudian duduk di sebuah bangku panjang.

"Mina..Kan?" teguran seseorang itu membuatkan dia berpaling.

Mina tersenyum memandang Ho Yee bersama dengan seorang budak perempuan lebih kurang berumur 5 tahun.

"Ho Yee..Kon'nichiwa." ucap Mina mesra.

"Kon'nichiwa Mina-an. How are you? Selesa tak tidur semalam?" soal Ho Yee mesra.

"Alhamdulillah. Selesa. Sejuk dan tenang." balas Mina. Jaketnya digosokkan sedikit memberikan haba.

"Mina. Aku nak pergi beli air sekejap. Kau tunggu sini dengan Ho Yee. Jangan pergi mana-mana. Faham?"

Mina mengangguk faham. Pandangan Faliq kemudian beralih ke arah Ho Yee.

"Kau jaga bini aku. Ada apa-apa berlaku. Siap kau." gurau Faliq tetapi masih dengan nada serius.

Ho Yee tersenyum.

Janji Bahagia (✔) Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt