Epilog

4.5K 151 11
                                    

NAFAS panjang ditarik sekali lagi. Tubuh itu sudah dibasahi peluh yang banyak. Turun naik dadanya menahan sakit.

"Princess,you can do it. Lagi sikit aja lagi." Faliq memberi semangat. Dia rasa takut pula melihat Mina yang bertarung nyawa demi zuriatnya.

"Puan. Teran puan. Push!"

Mina meneran sekuat hati. Tangan Faliq digenggam kuat. Faliq turut sama menjerit. Bukan sebab sedih,tetapi sebab sakit dengan genggaman isterinya.

Kuatnya isteri aku genggam. Macam nak putus urat tangan!

Suara bayi kedengaran. Faliq mengucap syukur. Bayi tersebut terus dibawa ke tempat pembersihan.

"He is a boy!" ujar seorang jururawat yang turut sama membantu.

Faliq tersenyum lebar tetapi sekejap sahaja. Dahinya berkerut melihat perut isterinya masih belum kempis.

"Ada lagi!" jerit doktor wanita yang tolong Mina melahirkan bayi mereka.

Mata Faliq terbeliak. Tangan Mina digenggam semula. Dahi itu dicium sekilas.

"Okey,princess. Ada lagi seorang. Aku tahu kau boleh. Kita dapat kembar,princess." Faliq senyum lebar.

Mina mengangguk dengan mata kuyunya. Dia gembira jika suaminya gembira. Dia bangun separuh badan dan sekali lagi meneran sekuat hati. Terasa seperti ditikam berkali-kali. Sakitnya,hanya Allah yang tahu.

Dengan sepenuh tenaga,dia meneran sehabis mungkin. Dapat didengari tangisan bayi. Mina tersenyum lega. Mata dipejamkan setelah mendengar seorang jururawat berkata bahawa ia ialah lelaki. Perlahan pegangan di tangan Faliq dilepaskan.

Faliq tersenyum. Dia sudah bergelar seorang ayah kepada kembar lelaki. Dia mahu buat sujud syukur. Sungguh dia gembira dengan berita ini.

"Ada lagi seorang!" doktor yang sama menjerit cemas. Semua orang kembali pada posisi asal,bersedia untuk mendapatkan lagi seorang bayi.

"Encik! Jangan bagi puan tidur!" Faliq tersedar genggaman tangannya sudah terlepas. Dia memandang Mina cemas. Kepala Mina diusap lembut.

"Princess,wake up. Hey,girl."

"Princess,bangun please! Princess"

Semua cemas melihat tiada sebarang tindak balas daripada Mina. Faliq panik. Pipi wanita itu ditampar lembut.

"Encik,tolong tunggu di luar." arah seorang jururawat apabila melihatkan keadaan Faliq.

"No,no! Princess,no! Jangan tinggalkan aku please. Demi anak kita." tangan Mina digenggam erat.

Mata Mina terbuka sedikit.

"Jaga anak kita...Saya sayang awak,I'm sorry,my prince." ujar Mina bersusah payah. Faliq menggelengkan kepalanya. Wajah pucat itu diusap lembut berkali-kali.

"No!" tubuh Faliq ditolak oleh beberapa orang jururawat.

"Encik tunggu sebentar. Kami akan cuba sebaik mungkin." kata seorang jururawat itu.

Ahli keluarga Faliq dan Mina mula mengerumuni Faliq. Mereka bertanyakan keadaan Mina. Faliq menggeleng lemah tanda tidak tahu. Badan tersandar pada dinding.

Kepalanya diserabutkan. Dia takut. Takut untuk menghadapi sebarang perkara yang mungkin terjadi. Raja Adrian menepuk bahu sepupunya.

"Kita,solat jom. Kau tak solat Asar lagi kan? Kita doakan Mina." Faliq mengangguk bersama air mata yang menitis sedikit. Adrian dan Faliq sama-sama pergi ke bilik wuduk.

Janji Bahagia (✔) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora