Bab 33

2.4K 121 1
                                    

FALIQ ARSHAD berdiri di sisi isterinya. Beg pakaian telah dikeluarkan dari kereta.

"Assalamualaikum. Tok wan! Tok wan!" jerit Mina terpekik terlolong. Faliq menggeleng dengan perangai isterinya.

"Waalaikumussalam. Jannah! Ya Allah,cucu aku." seorang wanita yang berusia 60-an keluar dari rumah dan terus memeluk Mina.

Mina tersenyum lalu membalas pelukan wanita itu. Sungguh dia rindu tok wan. Rugi betul Rina.

"Tok wan apa khabar?" soal Mina setelah pelukan dileraikan. Tangan tua itu diambil lalu di salam.

"Alhamdulillah. Sihat macam selalu. Ni,Rina tak ikut ke?"

"Tak tok wan. Dia ada exam final dan dia sibuk study. Tapi dia kirim salam dekat tok wan."

"Waalaikumussalam. Takpe lah. Ni suami Jannah ke?" soal wanita yang dikenali sebagai tok wan itu.

"Saya suami Jannah. Faliq Arshad. Tok wan boleh panggil Arshad aja.") ucap Faliq dan menyalam tok wan. Faliq tahu keluarga Mina memang gelarkan dirinya sebagai Jannah.

Mina memandang Faliq dengan kerutan di dahi. Arshad? Faliq mengangkat keningnya. Mina mencebik.

'Arshad? Kenapa macam --'

"Kak Jannah!" seseorang berlari ke arah Mina dan terus memeluk tubuh wanita itu.

Mina tersenyum memandang
adik sepupunya. Faliq mengerutkan dahi apabila keluar seorang lelaki mendekati mereka.

"Kak Jannah apa khabar?" soal lelaki itu. Mina tersenyum.

"Okey aja. Ilman dengan Akma macam mana? Sihat?" soal Mina. Selendang yang dipakai di betulkan. Kedut kerana pelukan tadi. Lelaki itu mengangguk.

"Lupa nak kenal. Ini suami Kak Jannah. Faliq Arshad."

"Awak. Ni adik sepupu saya,yang comel ni Akma. Yang acah-acah k-pop ni pulak namanya Ilman." terang Mina pada Faliq.

Ilman senyum. Tangan Faliq disalamnya. Akma hanya memberikan senyuman sebagai tanda hormat. Akma menyalami tangan Mina.

"Dah jomlah masuk dalam rumah. Tunggu apa lagi?" ajak tok wan ceria. Dia gembira dengan kedatangan cucu dan cucu menantunya itu.

Ilman dan Akma masuk ke dalam dulu sebelum Mina dan Faliq turut sama ikut.

Faliq meletakkan barang-barang mereka di dalam bilik yang ditunjukkan Mina.

"Ini bilik saya dengan Rina waktu kami tinggal sini dulu. Maaflah kecil je, tak besar macam awak punya bilik." ucap Mina rendah diri.

"Aku tak kisah pun. Janji ada tempat tidur sudahlah." balasnya biasa. Baginya besar atau kecil sama sahaja. Asalkan boleh tidur sudah.

"Princess." panggil Faliq.

Mina memandang Faliq. Dahi dikerutkan.

"Awak panggil saya princess ke tadi?" soal Mina seraya jari telunjukkan ditunjukkan pada dirinya. Rasa macam Faliq panggilnya sesuatu,mungkin salah dengar.

"Ya. Kenapa? Aku tak boleh nak panggil kau princess ke?" kening diangkatkan.

Okey. Dia panggil aku princess. Pengsan boleh?

"Princess? Bo..Boleh. Tapi kenapa princess? Panggillah sayang ke? Honey ke? Darling k --" Mina terdiam apabila menyedari keterlanjuran percakapannya. Merah muka dibuatnya.

"Apa? Kau nak aku panggil kau sayang? Kalau aku panggil kau sayang..kau sayang aku ke?" soal Faliq terus.

Mina terdiam. Bibir digigit. Wah,straight betul soalan dia ni. Takde belok-belok.

Janji Bahagia (✔) Where stories live. Discover now