Bab 38

2.4K 100 5
                                    

PINTU ditutup perlahan. Pergerakkannya terhenti apabila melihat wajah si dia yang kelihatan tegang. Tetapi masih tidak mampu menyembunyikan perasaan bimbang.

"Pergi mana tadi?"

Mina tunduk ke bawah. Dapat didengarinya keluhan Faliq.

"Aku tanya ni. Kau pergi mana tadi?"

"Keluar dengan Deera."

Bibir digigit. Nafas dihela perlahan. Cuba bersabar.

"Kau sedar tak sekarang pukul berapa?"

"Sedar. Pukul 11 malam." mendengar jawapan itu, Faliq menganggukkan kepalanya dengan mata terpejam.

"Aku tanya lagi sekali dan jujur dengan aku. Kau jumpa siapa?"

"Deera."

Yang itu betul. Cuma mungkin tipu sedikit. Dia sempat berbuka puasa dengan Deera memandangkan Faliq sendiri kata dia nak balik lewat. Dato'Rizal dan Datin Ruziah menghadiri satu majlis. Rina pula ada study group dengan rakannya jadi,dia keseorangan.

"Selain Deera?"

Mina melihat ke dalam anak mata Faliq. Perbualannya bersama Razif bermain di fikirannya.

"Jadi,apa yang kau nak cakap?" Mina menyoal kasar. Tidak selesa apabila lelaki itu terus terusan memandangnya.

"Relax lah. Aku just nak bagitahu ni so that kau tak hidup dengan penipuan." Deera menjeling tajam pemuda di hadapannya itu.

"Penipuan? What are you trying to say?"

"Trust me or not,kau hanyalah sekadar daripada perjanjian merepek antara Faliq dengan your father." Razif tersenyum penuh makna. Ikutkan hati Deera,mahu saja bibir itu dikoyak dan dibaling di dalam tong sampah. Memang itu tempat sepatutnya.

"Jangan nak fitnah lah. Stop it,Razif. Jangan nak kaitkan arwah abah aku. He's gone. Aku sarankan agar kau undur diri. Because it won't working. Not ever."

"I ada bukti. And if you don't mind. Let me show you the truth. Okay,babe." Senyuman dibibirnya makin melebar. Tapi pantas disembunyikan saat bertemu dengan mata helang Deera.

"Mina. Baik kita blah je. Jangan layan si gila ni."

"Agak sikit. Siapa yang kau panggil gila?" Razif berdiri. Tidak tahan dengan gelaran tersebut. Mata yang memandang tidak dihiraukan.

"You. Please calm down. Deera,I've told you. Let me handle this. Please."

Deera mengalah. Dia kembali duduk.

"So,where is your 'bukti' tu?" Mina bertanya jengkel.

Telefonnya dikeluarkan. Satu video dimainkan.

"Faliq,aku daripada hari tu lagi aku nak tanya. Sampai bila kau nak sembunyikan hal sebenar. Hal kenapa kau kahwin dengan Mina. Fasal perjanjian tu.

Perjanjian yang kau buat dengan ayah Mina 9 tahun lepas untuk jaga dia." tutur Adrian panjang lebar.

Faliq terdiam. Sebolehnya dia nak bagitahu Mina,tapi keadaan yang tidak mengizinkan.

"Mungkin balik ni ataupun lepas je semua urusan dah settle." jawab Faliq.

"Bagi aku. Baik kau bagitahu cepat. Sebab kita tak tahu apa yang akan jadi. Aku taknaklah sampai berlaku salah faham." nasihat Adrian.

Rakaman habis sampai di situ sahaja. Telefonnya pantas disimpan kembali. Takut juga telefonnya menjadi mangsa balingan amarah Mina.

"Untuk pengetahuan you,dia kahwin dengan you sebab dia pernah berjanji with your father that he will take care of you. What ever happen. You think,dia ikhlas kahwin dengan you,Mina? No. He did that just because of the deal.

Janji Bahagia (✔) Where stories live. Discover now