Bab 8❄💫

7.5K 637 16
                                    

🌼

"Eung.."

Areum mencelikkan kelopak matanya perlahan-lahan. Kepalanya sakit dan masih lagi berdenyut- denyut. Efek kerana menangis dengan teruk sampai pengsan semalam.

Areum merasakan yang bawah matanya seakan berat. Mungkin dia sudah membuat eyebag.

"Good morning" Areum menoleh memandang empunya suara di pintu bilik. Jimin sedang berdiri tegak disitu seraya berpeluk tubuh. Lelaki itu hanya mengenakan pakaian kasual saja hari ini. Aku hanya pandang dia tanpa reaksi.

"Kepala masih sakit?"

Aku anggukkan kepala. Jimin melangkah memasuki bilik aku lalu mengambil tempat di sisi aku, tapak tangan aku dia raih perlahan lalu dahi aku dia sentuh. Aku hanya memerhati Jimin dalam diam. Sungguh aku cakap, dia memang kacak dengan baju full black.

"Kau masih demam, aku decide kau ambil cuti hari ni, aku bawa kau pergi klinik" kata Jimin dengan nada suara lembut yang tak pernah aku dengar selama ini. Aku kunci pandangan mata aku dengan anak mata dia lama.

"Wae?" Soalnya dengan suara serak- serak basahnya. Aku gelengkan kepala lalu larikan pandangan memandang ke arah dinding. Aku dengar dia mengeluh sebelum dia mengangkat punggung dan berdiri.

"Nanti turun bawah, aku dah sediakan sup abalone dan bubur, aku tak larat nak angkat kau, berat" kata Jimin sebelum dia melangkah keluar dari bilik. Kata- kata dia buatkan aku mencebik.

Dalam waktu- waktu macam ni pun dia masih nak perli aku? Dasar Jeman pendek! Puas mengutuk Jimin aku menolak selimut lalu turun dari katil. Belum sempat aku hendak keluar bilik, dia dah muncul depan pintu bilik berhadapan dengan aku. Sikit lagi aku terlanggar dada dia, nasib baik dapat break.

"Waeyo?"

"Aku nak sediakan air mandian, kajja" Jimin menarik aku masuk ke dalam kamar mandi. Tindakan dia buatkan aku yang sakit kepala tambah sakit kepala.

"Buka baju" Arahan Jimin buatkan anak mata aku membulat besar. Laju aku mengundur dua langkah kebelakang bila dia menapak menghampiri aku.

"Saya tahu buat sendirilah. Pergi keluar!"

"Jung Areum"

"Park Jimin"

"Araseo" Jimin mengalah, dia letakkan tuala diatas penyangkut baju sebelum itu sempat lagi dia merasa keadaan air dalam tub mandi lalu memberi hint tanda okay. Dia melangkah keluar dari kamar mandi dengan segera. Aku mengeluh lega.

"Beku susah, cair lagilah susah!"

🌼

Aku turun dari tingkat atas dengan memakai sweeter tebal dan terus menapak masuk kedalam dapur. Aku nampak Jimin tengah sediakan sup kedalam mangkuk.

"Demam dah kebah?" Tegur Jimin sebaik ternampak kelibat aku memasuki dapur. Dia terus menghampiri aku lalu meletakkan tapak tangannya pada dahi aku. Aku anggukkan kepala.

"Good, tak payah bawa pergi klinik" balas Jimin buatkan aku rasa macam nak siku perut dia. Aku duduk atas kerusi lalu menghirup teh yang masih berkepul- kepul asapnya.

Ahhh nikmatnya!

Jimin mengambil tempat di hadapan aku seraya meneguk kopinya. Dia tetap perhatikan aku walaupun ketika aku sedang makan.

"Awak tak kerja hari ni?"

"Cuti" jawabnya ringkas.

"Ohhh, awak ambil cuti sebab saya eah?" Ejek aku, dia tersengih kecil. Aku tundukkan wajah, acah malu- malu kucing macam tu.

"Jangan nak perasan, tengah hari nanti aku kena keluar. Jumpa client. Kau stay kat rumah" balas Jimin berhasil buatkan hati aku yang berbunga- bunga tadi bertukar menjadi semak samun pulak.

Aku cebikkan bibir.

"Tapi Jimin, saya ada presentation hari ni! Macam mana? Nanti markah saya kena tolak! Nanti result saya rendah! Nanti saya kena ulang balik! Andwaeee"

"Apa yang susah? Ulang jelah balik-"

"Tak nak! Saya nak keluar dari U tu secepat mungkin! Ahh ottokhae?!" Gelabah aku turun dari kerusi.

"Yahh nak pergi mana? Habiskan makanan dulu!"

Aku capai blazer dan fail berisi flashcard. Tas tangan aku capai lalu aku keluar dari bilik dan melangkah turun dari tingkat atas.

"Areum, kau belum sihat sepenuhnya" Jimin menarik lengan aku, buatkan aku berhenti dan berdiri dihadapan dia. Aku gelengkan kepala.

"Tak apa Jimin, sekejap je ni. Saya pergi dulu-"

"Areum, boleh tak dengar cakap aku at least sekali?" Kata Jimin. Dia pandang aku, aku tundukkan kepala

"Awak tak faham, presentation tu penting. Saya-"

Jimin memegang kedua bahu Areum lalu mengangguk kecil tanda dia faham.

"Okay, okay, aku faham. Aku hantar kau, make sure lepas ni kau rest." Kata Jimin sebelum berlalu naik ke tingkat atas untuk menukar baju lalu mencapai kunci keretanya.

.

.

🙆

To be continue...

[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now