Bab 50❄💫

7.9K 587 42
                                    

🌼

"Apa tengok- tengok?"

Jimin menongkat dagu, memandang Areum dengan mata beningnya. Entahlah kenapa, Areum kalau sedang makan, memang nampak comel dimatanya. Tapi kadang dia pelik, dari tadi asyik mengunyah je, tak penat ke?

"Dari airport sampai ke hotel, aku nampak kau asyik mengunyah je. Tak penat ke? Cubalah layan suami kau ni." Soal Jimin disambut dengan sengihan dari Areum. Gadis itu menggeleng kecil. Jimin menggelengkan kepala.

"Saya laparlah Jimin.. tulah asyik makan je-"

"Cuba kau makan aku, manatau lapar kau tu hilang" kata Jimin seraya tersenyum senget. Areum buat muka poker sebelum lengan Jimin dia pukul perlahan. Jimin ketawa kecil, eee comel!

"Kenyang apa makan kalau saya makan awak?" Tanya Areum, buat- buat bodoh seraya mulutnya masih setia mengunyah ladu daging tersebut. Jimin tersengih, kalau Areum dah buat bodoh, dia pun layanlah. Biar sama- sama bodoh.

"Ehhh boleh kenyang kot. Belum cuba belum tahu, meh sini. Gigit tangan aku ni" ujar Jimin seraya menghulurkan lengannya dihadapan wajah Areum. Areum hanya melayani kerenah Jimin sebelum lengan lelaki itu dia pegang, baru acah- acah nak gigit.

"Tch, macam budak- budak" perli Jimin sebelum rambut Areum dia serabutkan. Geram sungguh dia dengan gadis bernama Jung Areum tersebut, comel dia tu, fuh! Tak boleh bawa bincang! Nak je sumbat masuk dalam karung!

"Malam ni nak jalan-jalan tak?"

Areum menggeleng, dia muncungkan bibirnya kearah kakinya yang bermakna dia penat. Jimin mengangguk perlahan.

"Nak aku urut?"

"Eee tak nak! Geli!" Laju Areum menjawab seraya menggeleng- gelengkan kepalanya kuat. Jimin hanya menayangkan sengih sebelum dia mengangkat punggung lalu menghempaskan tubuhnya atas katil. Lengan diletakkan atas dahi. Penat!

"Malam ni ke awak kena jumpa client tu?" Soal Areum, plastik bekas ladu daging dia buang kedalam tong sampah. Selesai sudah dia mengisi perut, sekarang masa untuk rehatkan kaki pulak!

"Yaa, malam nanti. Nak ikut?"

"Bosan ke?"

"Kerja apa je yang tak bosan, sayang?" Balas Jimin seraya menekankan perkataan sayang yang buatkan bibir Areum mekar dengan senyuman. Dia lepaskan cardigan putihnya lalu dia letakkan atas penyangkut baju. Perlahan- lahan Areum melangkah ke katil lalu melabuhkan punggung disamping Jimin yang sedang berbaring.

"Client awak mesti perempuan, kan?"

"Takkanlah client tu mesti semua lelaki?" Soal Jimin balik lalu dia mengiring menghadap Areum, gadis itu memuncungkan bibirnya.

"Nak ikut ke?" Jimin meletakkan tangannya diatas paha Areum sebelum tapak tangan gadis itu dia capai dan genggam lalu dia kecup perlahan.

"Kalau bosan saya tak naklah ikut-"

"Kau tak risau kalau aku kena tackle?"

"Kena tackle siapa!" Laju Areum membalas seraya menghadapkan tubuhnya pada Jimin. Lelaki itu tersengih menang. Saja je nak bagi Areum fokus pada dirinya sahaja.

"Client perempuan tu lah.."

"Mereka takkan tackle awak kalau awak pandai bukak mulut dan cakap yang awak tu saya punya! Maksudnya awak dah berkahwin! Dah beristeri, dah tua!"

"Tua tu jangan mention, sensitif" balas Jimin lalu buat muka poker. Areum mengemamkan bibir, dia letakkan tapak tangannya atas rambut Jimin lalu mengusapnya perlahan.

"Kalau mereka degil nak juga rapat dengan suami kau ni?"

"Bagi saya list nama mereka, saya nak bom!"

"Ahh sayang.." rengek Jimin, terhibur dengan ucapan Areum. Jimin tarik lengan Areum perlahan sebelum gadis itu terbaring disampingnya. Laju Jimin melingkarkan lengannya pada pinggang Areum.

Cuddle time!

"Tapi kalau awak tak gatal melayan nak mereka, mustahil mereka nak rapat dengan awak, Park Jimin.." kata Areum, masih tak habis dengan bebelannya tadi. Jimin hanya mampu menayangkan sengihannya.

"Siapa je yang tak nak rapat dengan lelaki hot macam aku ni?"

"Pleaselah Jimin.." Areum menggulingkan anak mata. Confident level Park Jimin tu, dah ssup naik keatas! Jimin sudah ketawa.

"Sayang.."

"Apa?"

"Walaupun banyak sangat orang yang nakkan lelaki bernama Park Jimin ni, satu je yang sayang kena ingat, lelaki bernama Park Jimin itu hanya pandang satu gadis, cintakan satu gadis dan mahukan satu gadis. Sayang.. walauapapun yang terjadi, Jung Areum tetap dihati.." bisik Jimin buatkan Areum tersenyum lebar.

Jimin merapatkan diri, dahi Areum dia kecup sekilas sebelum turun ke hidung lalu ke bibir.

"Haa kan melarat tu!"

"Kiss je kan, bukan buat apa pun.." balas Jimin lalu dia sembamkan wajah Areum di dadanya.

Haa sayang- sayang..

.

.

Gue nak hiatus,
Emmmmmmmmmm.


[C] OREITHYIA | 지민 ✓Where stories live. Discover now