A Y D E N | 8 |

5K 241 2
                                    

Rombongan merisik akhirnya menjadi majlis pertunangan antara aku dan Ayden. Lebih mengharukan lagi apabila pihak lelaki mengatakan bahawa Ayden meminta perkahwinan kami diadakan bulan hadapan kerana segala sudah diuruskan bersaama wedding planner.

Otakku terasa tepu tiba-tiba. Aku hanya memikirkan Ayden sepanjang hari ini. Advance betul planning dia. Dah siap jumpa wedding planner bagai. Bila dia rancang semua ni?

Lain pula penerimaan mummy dan baba, mereka berdua kelihatan gembira bahawa anak mereka bakal disatukan bersama lelaki tercinta. Lebih cepat lebih bagus kata mereka kerana proses membina masjid tidak harus dilengah-lengahkan.

Ayden masih di hotel aku kira. Mengikuti perancangan awal, kami akan pulang selepas makan malam namun sebaik apa yang berlaku sepanjang majlis tadi, aku sudah benar-benar bengang dengan Ayden sehinggakan senyuman di hadapan kamera pun terasa palsu.

Nasib baiklah Ayden tidak datang bersama. Kalau tak, memang aku dah baling telur atas dahi dia.

Kebetulan juga jiran sebelah rumahku, Lia datang ke rumah setelah majlis tadi malah aku sempat berbual dengannya seketika.

Lia memberitahuku dia ingin pulang pukul 5 nanti dan mengajakku menumpangnya untuk dijadikan teman tambahan pula kami jarang berjumpa meskipun tinggal berhampiran.

Aku yang sedang geramkan Ayden lantas bersetuju dengan ajakan Lia. Biar dia terlongo sorang-sorang malam ni datang nak ambil aku tapi tak ada. Padan muka!

"Mummy, Sha balik dulu.." Ujarku sebaik menghampiri mummy dan baba di ruang tamu. Badannya aku pelik erat.

Aku kemudiannya beralih kepada baba. "Tangannya aku kucup dan badannya aku peluk kemudian."

Zharif yang sedang duduk di sofa bahagian kanan aku pandang dengan perasaan berbagi. Aku yakin kedua baba dan mummy memandangaku sekarang ni.

Aku menoleh ke belakang sedikit dan melihat mummy membuat isyarat mata untuk aku turut menyalami Zharif.

Lama aku teragak-agak untuk menghampiri dirinya sehinggalah Zharif bangun dari duduk.

"Zharif, aku balik dulu." Ujarku sambil menghulur tangan.

Salam aku disambut meskipun riak Zharif jelas menunjukkan bahawa dia terkejut dengan ayat aku.

Sewaktu aku ingin melepaskan pegangan di tangan Zharif, dia menarik aku ke dalam pelukan.

"Take care adik." Bisiknya perlahan sebelum merungkaikan pelukan antara kami.

Aku yang terkejut dengan tindakan berani Zharif terkelu seketika. Langsung tidak bersuara. Aku sudah tidak kisah saat ini.

Otakku dan hatiku sudah penat terkejut dengan pelbagai drama hari ini. Antara Zharif dan Ayden, aku lebih marahkan Ayden saat ini.

⭐️⭐️⭐️

Aku baru ingin terlelap sewaktu terdengar loceng rumah bertalu-talu. Jam aku lihat sudah hampir menginjak dua belas malam.

"Siapa pula yang datang malam-malam ni?" Ujarku kepada diri sendiri.

Aku berjalan keluar dari bilik tidur dengan perasaan mamai yang teramat sangat. Sudahlah aku baru tiba di rumah pada pukul 11 memandangkan Lia mengajakku makan dan berjumpa dengan rakannya terlebih dahulu.

Pintu rumah aku buka dan mataku terbeliak melihat Ayden yang berada di luar gril. Dia memandangku tajam dengan pandangan yang mampu membunuh.

"Keisha, you buka pintu ni." Arahnya dengan rahang yang diketap. Jelas menunjukkan yang dia sedang marah.

Aku mulai terasa cuak dengan kemunculan Ayden.

Kepala aku gelengkan perlahan. "Ayden, orang nampak nanti. Kalau kena tangkap basah macam mana?" Ujarku perlahan.

"You ingat I kisah ke semua tu sekarang ni?" Soalnya tegas.

Meski nadanya tidak meninggi, tapi cukup untuk membuatkan aku kecut perut.

Ayden benar-benar marah. Aku yakin.

"Ayden you baliklah. I penat, nak tidur. Esok kerja." Ujarku memberikan cadangan.

"Macam ni ke you layan tunang you? Macam sampah?!" Suara Ayden sudah mulai meninggi.

Aku mengeleng perlahan. Mulai terasa sebak kerana dijerkah sebegitu.

"Keisha you better buka pintu ni sekarang." Arah Ayden kasar sambil gril aku digoncang.

Aku memegang kunci dengan terketar-ketar untuk membuka mangga dan gril. Aku hanya menunduk dan Ayden langsung tidak aku pandang. Takut.

Pintu gril ditolak sedikit dan aku melihat Ayden mulai melangkah masuk. Terasa kedua belah tangan Ayden memegang pipi aku. Tangannya menolak kepala aku sedikit supaya mendongak untuk melihat wajahnya.

"Look at me!" Arah Ayden sebaik sahaja aku memejamkan mata dari terus memandangnya.

"I takut.." Jawabku jujur dengan suara yang terketar-ketar. Entah kenapa aku merasa sangat takut dengan Ayden saat ini.

Sedar bahawa aku tidak mampu melawan bila bersama dengannya. Itu sudah memberikan kemenangan buat Ayden.

"Shh.. Jangan takut." Bisik Ayden sambil menolak aku masuk ke dalam rumah. Aku berjalan mengundur dengan panduan Ayden. Mata masih terpejam rapat kerana aku tidak mampu untuk melihat wajah Ayden saat ini. Riak bengisnya sudah cukup membuatkan jantungku hampir gugur.

"Keisha tengok I please." Ujar Ayden sebaik mendudukkan aku di sofa. Dia duduk melutut di atas lantai.

Lambat-lambat aku membuka mata.

"I minta maaf." Ujarku perlahan sebelum
Kembali menunduk. "Tadi I sakit hati dangat dengan you." Ujarku jujur dengan airmata yang mulai bertakung. Menunggu masa untuk gugur.

"So you fikir sakit hati you je?" Soal Ayden sinis. Wajahnya sudah hampir dengan wajahku. Pipi aku dielus lembut. Hidung Ayden juga turut digeselkan ke hidung aku.

Nafasku terasa semput dengan perbuatan Ayden. Badannya aku tolak sedikit.

Dia ketawa perlahan. "Why?" Soalnya sepatah.

"Jangan buat I macam ni..." Rintihku perlahan.

"I nak buat apa, suka hati I lah." Jawab Ayden selamba. "You tu, buka-buka pintu dah macam tunggu suami masuk bilik masa first night." Ujar Ayden penuh sinis.

Aku memandang badan aku sebaik mendengar kata-kata Ayden.

Macam mana aku boleh lupa yang aku pakai singlet dengan hot pant je ni? Darah terasa menyerbu ke muka. Ayden tidak lagi aku pandang.

"Yo.. You yang datang masa I dah tertidur. Keluar mamai-mamai macam ni lah." Jawabku dengan perasaan malu yang menebal.

Terbit senyum manis di bibir Ayden. "Thanks sebab jamu mata I malam ni. I tahu I tak salah pilih and of course I'm looking forward to look more on what beneath." Jawab Ayden selamba sebelum bangun.

Aku bangun dan menarik bantal yang disusun di atas sofa. Tidak mahu Ayden terus melihat dadaku yang hanya ditutup dengan singlet nipis semata-mata.

"Ayden balik la.." Ujarku sambil menolak badannya keluar dari apartmen aku.

"Kita bincang esok lepas kerja." Cadangku sebaik Ayden kini berdiri di hadapan rumah aku.

"Nope." Jawab Ayden yakin. "You cakap you sakit hati dengan I kan? Now you layanlah sakit hati tu sampai puas. Anyway you selamat malam ni, kalau bukan sebab I marah dengan you, memang you dah selamat dah agaknya."

Eleh.. Kata tak pernah tergoda dengan aku..

AYDEN, My Kryptonite ♥️Where stories live. Discover now