A Y D E N | 1 |

7.4K 336 9
                                    

Keisha Yasmin

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Keisha Yasmin

Deringan telefon di meja mengejutkan aku yang sedang ralit menaip di keyboard bagi menyiapkan report di dalam komputer.

"Cik Keisha, you have a guest." Ujar Athira laju sebelum aku sempat menjawab panggilan tersebut mengikut prosedur syarikat kami. Athira merupakan receiptionist yang ditugaskan di lobi.

Dahi aku berkerut seribu. Seingat aku, tiada sebarang appointment bersama client hari ini.

"Cik Keisha, macam mana? Saya boleh suruh dia naik?" Suara Athira kedengaran lagi sewaktu aku memikirkan siapa yang datang.

"Boleh I tahu siapa yang nak jumpa I?" Soalku sebelum memberikan jawapan.

"Sir, may I know your name please?" Kedengaran Athira menyoal tetamu aku sayup-sayup.

Sir? Maksudnya lelaki lah kan?

"Hmm. Dia cakap, dia boyfriend Cik Keisha and dia pesan suruh cakap dekat Cik Keisha yang you should've known better." Athira kembali bersuara dengan kenyataan yang memeranjatkan aku.

Boyfriend? Lelaki gila mana pula yang datang mengaku jadi boyfriend aku ni? Aku garu kepala yang tidak gatal.

Iman Mikael? Tak mungkin.. Kami dah enam bulan berpisah. Dia sudah berpindah dan bekerja di Brunei semenjak dua bulan yang lalu dan apa yang lebih penting ialah, dia sudah bertunang dengan pilihan keluarganya enam bulan yang lalu.

Ya, keputusan Mikael untuk menuruti kehendak keluarga merupakan punca kami berpisah. Aku tidak ingin menjadi wanita terdesak yang masih inginkan lelaki yang tidak mahu mempertahankan hubungan kami.

"Cik Keisha?" Panggil Athira mengejutkan aku yang jauh menggelamun.

"Ya.. Ya.. You suruh dia naik dan tunggu dekat ruang menunggu tu, nanti I keluar." Balasku pantas. Sudah tidak sabar mahu melihat siapa yang menjadi tetamu istimewa hari ini.

Tangan aku ligat menaip bagi menyambung kerja yang tertangguh tadi. Selesai bahagian yang aku sedang siapkan, document aku click save. Ya, Keisha Yasmin merupakan seorang yang kalut dan pelupa, jadi lebih baik aku save sahaja siap-siap.

Aku membetulkan badan setelah bangun. Terasa lenguh akibat terlalu lama duduk. Jam di tangan aku kerling sekilas. Sudah 12.30 tengah hari rupanya. Patutlah sendi aku seakan terkunci sahaja.

Langkah diayun ke luar kawasan department aku, terdapat ruang menunggu di luar pintu masuk, ruang tersebut yang berkeluasan sedarhana turut disediakan dua set sofa, sekaligus menjadi menjadi ruang penghubung di antara dua department yang berhadapan.

"Sorry lambat, I'm a bit busy today." Ucapku sebaik melihat seorang lelaki dengan kot biru gelap yang sedang duduk di sofa membelakangi aku. Tangannya lincah menekan skrin telefon, sedang membalas Whatsapp mahupun e-mail barangkali.

AYDEN, My Kryptonite ♥️Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin